Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Feb 19, 2013

Breastfeeding Journey..

Di kala entry ini dipublish, mama baru sahaja memulakan kursus Research ditempat kerja mama. Entry ini telah dikarang terlebih dahulu untuk tatapan kalian semua pada hari ini :)

Masuk hari ini 19 Feb 2013, usia Adam 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah masih lagi fully BF Adam. Masih dikurniakan kenikmatan air susu untuk menemani perjalanan penyusuan Adam. Semoga dengan izinNya, mama dapat bertahan sehingga Adam genap 2 tahun usianya.

Menyingkap perjalanan fully BF ini, bukanlah satu perjalanan yang mudah. Pelbagai rintangan dan dugaan yang akan mematangkan kita. Baik dari segi fizikal mahupun emosi. Susu mama bukanlah semeriah seperti orang lain. Hanya dapat bertahan untuk satu jangka masa yang pendek. Tidaklah sampai perlu membeli deep frezer seperti mommies lain. Tapi Alhamdulillah. Walaupun begitu, anak-anak mama masih lagi dikurniakan kenikmatan ini. Usaha dan doa sentiasa menjadi peneman mama.

Berbekalkan pengalaman semasa fully BF Aliff dahulu selama 2 tahun 8 bulan, mama belajar dari hari ke hari. Bukan itu sahaja, mama masih lagi rancak membaca kisah-kisah, tips dari mereka yang pakar dan pengalaman-pengalaman mommies yang lain. Semua itu menguatkan semangat mama untuk terus memperjuangkan hak anak-anak mama. Tetapi, yang paling memberi semangat pada mama adalah wajah-wajah kebahagiaan mama sendiri, Aliff dan Adam. Melihatkan wajah mereka membuatkan mama akan rasa lebih bersemangat untuk terus berusaha.

Tinggal lagi hampir separuh untuk melengkapkan perjalanan ini. Biarpun dah tiba 2 tahun, moga masih lagi menjadi peneman Adam membesar. Seperti Aliff sendiri, berhenti BF taktala mama mengandungkan Adam 8 bulan. Aliff sendiri yang dah taknak menyusu. Mungkin pada waktu itu sendiri, susu dah takde ataupun tak sedap. Alhamdulillah. Semuanya adalah dari Allah..

Buat anak-anak mama, kalianlah buah hati mama dunia dan akhirat. Mama sayangkan Abang Aliff dan Adik Adam sangat-sangat...



Nukilan,

Sep 26, 2012

1st Birthday Boy : Muhammad Adam Haikal

23 September 2012 haritu merupakan Hari Kelahiran Adik Adam yang pertama. Pejam celik pejam celik Adik Adam dah setahun. . 


Alhamdulillah. Sepanjang proses itu, susu mama masih lagi menemani perjalanan dalam membesarkan adik Adam. 

Inilah adik Adam.. Di hari pertama kelahirannya dan hari ini setelah genap setahun. Untuk entry kelahiran Adam > Di sini

Buat sedikit sambutan di rumah "Ummi" a.k.a babysitter Adik Adam . Abang Aliff turut serta dalam acara memotong kek :)

Doa mama pada adik..moga adik Adam menjadi anak yang soleh, sentiasa di bawah perlindungan & diberkati Allah hendaknya. Moga menjadi anak yang bijak, cerdik akal fikiran dan terang hati.. Berjaya di dunia & di akhirat serta sihat tubuh badan dan fikiran.. Amin...

p/s: Dapat melihat pembesaran anak-anak di depan mata adalah satu anugerah TERINDAH dari ALLAH.. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. Alhamdulillah.. Semoga mama dan papa akan terus di hati abang Aliff dan adik Adam..

p/p/s : Checkup 26 Sept 2012 berat adik Adam dah 9.4 kg tau.. :)



Sep 5, 2012

I'm back...

Waduh-waduh. Memang banyak betul sawang kat rumah mama nih. Hari tu kan dah janji untuk sentiasa menjenguk di sini tapi tak tercapai jugak hasrat tu. Kerja-kerja di ofis membuatkan diri ini tak sempat untuk menjengah rumah blog ini.

Now dah ada citer yang pelbagai. Bila jari jemari ini mula menaip di ruangan blog, 1001 cerita hendak dikongsi sampaikan tak tahu yang mana patut didahulukan.

Sekadar update ringkas :

  1. Abang Aliff semakin hari semakin cerdik dan petah. Segala benda hendak diceritakan tetapi adakalanya sampai tak faham apa yang diceritakan oleh anak sorang tu :)
  2. Adik adam next month akan genap 1 tahun. Now dah boleh melangkah sikit-sikit. Last Ahad aritu pecah rekod 7 langkah terus. Cayalah adik adam. Alhamdulillah juga sampai hari ini adik Adam masih lagi full breastfeed. Moga boleh capai sama atau lebih dari abang Aliff...
  3. Berita yang paling menyejukkan hati lagi adalah hari Sabtu ni dah boleh ambil kunci. Sangat seronok! Alhamdulillah.
  4. Malam tadi, lepas kerja bersama-sama papa & anak-anak shoot ke Houz Depot untuk rembat promotion hood, hob & oven. Alhamdulillah tercapai hajat untuk memiliki.
  5. Papa pula cool as usual sentiasa membantu di mana sahaja bantuan diperlukan.
  6. 25 Ogos haritu mama baru sahaja menyambut hari lahir yang ke tuttttt.... hihi...
Cukup dahulu. Nanti akan update untuk tiap satu cerita di atas yer... insyaAllah...

p/s: Hati berbunga riang untuk tunggu hari Sabtu nanti....



May 28, 2012

Review Medela Freestyle - Part 2

Rentetan daripada Review Medela FS Part 1 - klik sini 


Kan dah kata, sure ada penambahan :) So di sini nak tambah tentang review FS Part 2 pula.
  1. Dari segi bunyi mama lebih suka dengan S3 sebab bunyinya lebih lembut + senyap. Berbanding dengan FS ini lebih kuat. Maybe sebab ada getaran (vibrate) rasanya. Sebab tu jarang letak atas meja, sbb akan jadi lebih kuat bunyinya. Tapi kalau di unit mama takde orang sangat + banyak benda nak buat mama letak je atas meja. Kawan-kawan keliling mama dah tau sangat rutin harian ni :P

  2. Pada yang dah biasa guna S3, termasuk mama masa pakai FS ni terus try level yang tinggi. Buat masa sekarang ni mama pakai Level 7. Rata-rata kawan mama yang dah biasa pakai S3, dorang pakai Level 9. Hah hamik hehe. Tapi yang 1st time jadi pengepam tegar terus pakai FS, dorang pakai Level 5 ke bawah. 

  3. Kalau dahulu semasa S3 tiada stimulation phase, so main hentam sahaja nak pump. Now dalam 20 minit dah cukup sebab stimulation phase tu membantu untuk mempercepatkan let down. 
Apa pun, alhamdulillah kerana mama masih lagi dikurniakan dengan air susu yang banyak. Kerana rezeki air susu ini adalah rezeki yang orang kata lain orang lain inputnya.

Yang pasti kena ingat dalam minda yang pam bukanlah penyebab susu itu menjadi banyak. Ia lebih kepada usaha + istiqamah kita dalam mengepam. So, cekal hati dan minda, laksanakan tanggungjawab ini dengan ikhlas, insyaAllah Allah akan berikan ganjaranNya, amin. 


Bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk, cuma sekadar untuk memori dan ingatan buat anak-anak apabila mereka besar nanti.



May 15, 2012

Review : Medela Freestyle (mamaSalmi Version)

Ini adalah review version mama sendiri tentang FS Medela. Lain orang lainlah pendapatnya kan :) 

Entry lama berkenaan "Mimpi Benda" telah menjadi realiti, Alhamdulillah..

p/s: Diingatkan juga, pump murah @ mahal bukanlah penyebab susu ibu itu menjadi banyak atau sikit. Semua itu terpulang kepada daya usaha dan juga disiplin serta ketekunan kita mengepam :)

  1. Pada hari pertama (7/5/12) atau minggu pertama di tempat kerja mama menggunakan FS ini hasil output tidak semeriah semasa menggunakan S3. Hati kecil mama mengatakan mungkin masih belum serasi dengan pump yang baru ini. S3 mama menggunakan hard breastshield manakala FS ni soft breastshield. So maybe suction dia lebih slow @ lembut sebabnya permulaan mama hanya berani menggunakan Level 5.

  2. Setakat dah hampir 2 minggu (hari ke-10) menggunakan FS ini, hasil output dah sama banyak semasa menggunakan S3. Malah lebih cepat masa pengepaman itu. Now mama juz buat dalam 20 minit sahaja :)

  3. Daya tahan baterinya ialah hampir seminggu utk pengepaman 2x @ 3x  @ 4x sehari macam mama ni. 

  4. Paling best FS ini dia ada stimulation phase, so dengan phase ini menggalakankan process let down akan menjadi lebih cepat. Normal time pakai S3, dalam 10 minit baru dapat let down pertama then hampir 25-30 minit baru let down ke-2. 

  5. Tapi dengan FS terus let down time stimulation phase ni, so susu memang cepat penuh. (dalam masa 20 minit sahaja)

  6. Dengan adanya handfree kit, memang lebih memudahkan mama untuk membuat 3 in 1 kerja. Sebagai contoh pernah pump semasa driving balik sebab di ofis tak sempat untuk mengepam untuk sesi petang. Jadi sangat teruja kerana dengan ke MOBILEan FS, mama dapat mengepam di mana sahaja. Tanpa perlu terikat dengan wayar + extension bagai.

  7. Dahulu dengan S3, mama akan pastikan dalam beg pam mama akan ada wayar extension. Sebab takut kawasan yang mama nak pump tu memerlukan sambungan wayar. Pernah pakai S3 mama pump ketika mesyuarat pengurusan tanpa rasa segan silu. :) Tapi dengan FS ini mama just perlu pikul pam yang hanya sekecil tapak tangan itu :) Bila bateri habis, just charge then guna semula di mana sahaja :)

  8. Now, EBM dalam peti ais dah makin bertambah sebab dah mula rajin untuk mengepam semasa di rumah. :) Mama LOIKE :p

  9. Part-part accesories (betul ke eja ni :P) lebih leceh mama rasa pada permulaannya time nak mencuci + time nak pasang semula. Now rasa ok dah :) dah terror katakan..

  10. Akhirnya, mama bagi 5/5 star utk Medela Freestyle. Sangat rekemen untuk mommies-mommies di luar sana yang tengah pregnant atau sedang BF anak-anak. Harganya memang mahal ( for me la), sekarang ni banyak seller yang menawarkan sistem kutu. So tepuk dada tanya selera + iman sekali hehe.
Cukup takat itu dahulu Review untuk kali ini. Jika ada teringat + penambahan lagi, akan ada Part 2 Review pula. Chewah :P

P/s: Walaupun sekarang sudah berFreestyle, mama tetap merindui zaman semasa penggunaan S3. Kerana S3 lah yang banyak berjasa + membantu mama selama hampir 4 tahun, seusia abang aliff. 3 tahun semasa dengan abang aliff dan 7 bulan semasa adam. Alhamdulillah.



Gambar pump bersama accesories + susu pertama try pump

berFreestyle semasa drive balik ke rumah. Time ni tengah stop trafik light sebab tu sempat ambil gambar :)

Wajah-wajah kesayangan hamba..

p/s/s: Buat anak-anak mama Aliff dan Adam, mama akan cuba selama yang boleh untuk memberikan susu yang terbaik buat kalian. Abang Aliff telah selesai selama 2 tahun 7 bulan. Now turn adik Adam pula..Dan mama halalkan setiap titisan air susu mama yang mengalir dalam tubuh kalian. Mama sayangkan anak-anak mama...


May 8, 2012

Alhamdulillah. Akhirnya Ku Milikimu

Akhirnya, mama dapat juga memiliki gadget idaman BF mommies ni. Setelah S3 mama yang sangat-sangat berjasa hampir 4 tahun dengan jayanya. Akhirnya dia mengundurkan diri pada Khamis lepas (3 Mei 2012).

Termakbul juga mimpi mama suatu ketika dulu. Entrynya di sini >> Mimpi Benda

Terima kasih buat papa sebab sudi hadiah ini pada 6 Mei 2012 dengan senyuman yang begitu meleret. Apa maknanya ya? :) Mama beli dengan kawan sekolah mama. Alhamdulillah. Papa yang bayarkan :)

Moga FS ini akan terus berjasa bukan untuk adik adam sahaja, tapi untuk adik adam yang seterusnya. Belum ada lagi. Biarlah adik adam dapat menikmati air susu mama seperti abang aliff sekurang-kurangnya 2 tahun. Abang aliff sampai 2 tahun 7 bulan rekodnya.

 FS yang belum dibuka lagi. 
Berdebar-debar masa buka nya sebab tau harganya yang mahal

Semua gadget FS..+ perahan pertama setelah mencuba FS..alhamdulilah..


Moga Allah akan terus memberikan nikmat susu ini kepada anak-anak mama. Dan mama akan berusaha sehingga akhirnya. Amin.. Mama sayangkan anak-anak mama Aliff dan Adam..


p/s: Buat papa, terima kasih untuk segalanya...i LOVE u...


Jan 3, 2012

Bekalan Adik Adam

Biarpun susu mama takdelah melimpah ruah macam orang lain, tapi Alhamdulillah masih lagi mampu untuk membekalkan bekalan untuk adik adam hari-hari. Ini adalah hasil 3x sesi pump semasa bekerja. Ada lagi 1 sesi pump untuk petang yang buat waktu amik gambar ni.

Buat masa sekarang mama masih lagi maintain untuk pam 4x. Nanti bila kuliah dah start harap-harap masih sempat untuk buat 4x sesi pumping. Paling minima pun 3x. Malam dan tengah malam punya sesi masih lagi berjalan seperti biasa. Cuma adakalanya terMiss jugak :p

Tak boleh jadi ni. Kena istiqamah macam masa abang aliff dulu. Kalau tak kot-kot terkena pegi kursus ke apa tahun ni naya plak adik. Cian adik. Moga-moga Allah masih lagi memberikan nikmat susu ini berterusan, amin.

Mama dah siap divide susu ikut sukatan adik adam minum tiap kali feeding.

Biasanya adik adam minum 3oz untuk 5x feeding. So perahan hari ini 3 botol yang fresh + 2 ebm = 5 botol untuk bekalan. Yang lain akan masuk freezer untuk jadi stok EBM.

p/s: Moga-moga mama dapat menyusukan adik adam sama macam abang aliff iaitu 2 tahun 7 bulan. Amin..





Dec 14, 2011

BAYI CUKUP MINUM SUSU IBU?

BAYI CUKUP MINUM SUSU IBU?

**Info dari FB MyComel Cloth II

Bagi ibu-ibu yang menyusu bayi sepnuhnya dengan susu ibu selalu bertanya “Berapa banyak susu yang diperlukan bayi?”

Kadang-kadang ibu-ibu selalu berfikir “Oh, bayi saya tidak cukup minum susu dan saya tidak dapat menghasilkan susu yang banyak untuk bayi saya”

Bagi ibu yang mengepam susu mungkin boleh Nampak berapa jumlah susu yang diperah dan bagi yang memberi bayi susu secara terus mungkin tertanya-tanya cukupkah bayi dengan hanya susu badan? Perlukah makanan tambahan walaupun bayi belum mencapai usia sepatutnya diberi makanan pejal? Atau perlukah bayi diberi tambahan susu formula walaupun sudah diberi susu badan?

Berapa besar perut bayi baru lahir?

Mungkin ramai yang tidak tahu, perut bayi yang baru lahir hanya sebesar sebiji guli! Jadi kolestrum yang dihasilkan ibu melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi walaupun kolestrum dihasilkan sedikit.

Perut bayi yang baru dilahirkan hingga hari ketiga hanya sebesar ini!

Selepas tiga hari, besar perut bayi membesar sidikit tetapi tidaklah terlalu drastik. Apabila bayi masuk hari ketiga, besar perut bayi adalah sebesar bola pingpong sahaja. Anda masih boleh membekalkan susu dengan mencukupi kepada bayi diwaktu ini.

Perut bayi pada hari ketiga selepas dilahirkan hanya sebesar sebiji bola pingpong!

Jadi, anda tidak perlu risau jika anda fikir bayi anda tidak cukup minum susu atau anda merasakan penghasilan susu anda tidak mencukupi buat bayi. Selepas dua minggu, perut bayi hanya sebesar telur ayam dan bayi masih cukup dengan kuantiti sebanyak itu.

Perut bayi dua minggu selepas dilahirkan sebesar sebiji telur ayam biasa!

Jika dibandingkan dengan orang dewasa mempunyai perut sebesar penumbuk. Jadi dalam perbandingan perut bayi sebesar telur ayam itu dengan perut orang dewasa sebesar penumbuk itu dapat dibayangkan kuantiti yang diambil itu tidaklah terlalu dramatik. Ramai ibu-ibu terlalu risau dengan jumlah susu yang diambil bayi.

Perbandingan perut bayi dengan perut orang dewasa.

Jadi anda tidak perlu risau yang bayi anda tidak cukup minum susu hanya dengan susu badan. Apa yang perlu dilakukan ialah masa memberi susu kepada bayi yang konsisten serta masa mengepam susu yang kosisten dapat mengekalkan dan membekalkan susu yang mencukupi kepada bayi.

** Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah Kau putuskan nikmat rezeki air susuku ini. Semoga ia terus mengalir dan dapat dipanjangkan kepada anakku Muhammad Adam Haikal dan adik-adiknya nanti. amin...

Dec 5, 2011

Cerita Satu Macam

Disebabkan kekangan masa + tenaga, mama akan update cerita terus dalam satu n3 pasal wajah2 kesayangan hamba ini :)

Adik adam mama dah start train dia utk minum susu thru botol. Alhamdulillah 1st attempt bjaya sbb time dia bangun tido menangis kelaparan, so minta papa yang susukan dengan botol. Atas alasan, baby pandai bau mamanya, so kalau mama yang pangku untuk bagi minum thru botol, takut adik akan tolak.


Abang aliff bergaya bersama dengan beg barunya Angry Birds. Beli beg baru atas alasan untuk antar pegi school :)

Start today 5 Dis 2011, aliff dah mula pergi nursery @ taska. Awal tahun depan akan masuk playschool sekali. Biarlah dia berkawan pula sebab sebelum ni abg aliff duduk umah pengasuh kan. So ikut tahun, tahun depan abg aliff da 4 tahun. Ni yang org kata kalau anak lahir hujung tahun susah sikit hehe. Bukan susah apa, budak2 yang lahir bulan 1@2 dah membesar dengan jayanya. Abg aliff mama rasa masih je kecik nak bagi dia masuk playschool. Ni pun ikutkan 17 Dis ni baru birthday abg aliff yg ke-3 :).

Moga abg aliff seronok belajar di playschool nanti yer sayang. Rajin2 belajar + jaga diri yer sayang.. :)


Ini adalah adik adam yang kekadang time tido bole buat pusingan 45 darjah :) Mama tido kan adik adam meniarap so lebih jerap@nyenyak. Jadi macam ni sebabnya adik adam cuba utk ubah posisi kepalanya. Alhamdulillah leher adik adam cepat keras. Try tiarapkan adik adam masa seminggu usianya, tup2 dia pandai ubah kepalanya sendiri sikit demi sedikit. Memang cepat!


Dan yang terakhir, di mana ada adik adam, di situlah ada abg aliff hehe. :)

Sekian untuk hari ini. Will update agains :) see ya... hehe..

p/s: Kehidupan mama hari-hari dibungakan dengan insan2 yang bernama lelaki buat masa ini hehe. Papa, abg aliff dan adik adam :) Apa pun, mama tetap bahagia, alhamdulillah..


Nov 13, 2011

Mengidam!

Sangat-sangat rasa mengidam sekarang ni. Nak tau kenapa?

Baru-baru ni di rumah mama bersama kakak2 dan abg2 berlangsung discussion berkenaan BF dan gadgetnya. Kakak mama, k intan mengatakan yang dia nak beli pump baru. Fuh berdetik dalam hati, best ek. Tapi memula ingatkan sekadar begitu sahaja.

Hari ini ada masa lapang yang banyak sebab adik adam tidur dengan nyenyaknya. Abg aliff pula leka bermain bersama cousin2nya, aqeela dan aleeya. So mama pun surfing pasal FS iaitu Freestyle Medela. Gambar macam kat bawah nih. Fuhhhh...Menggoda You!!!!


Wah sangat teruja bila tengok gadgetnya. Nak2 lagi boleh dikatakan FS ni sangatlah mobility dan sangat mengujakan. Paling geram bila tengok mesin pump tersebut alahai sangatlah comel! Bole dibawa ke sana ke sini dengan mudah dan jayanya!

Erm tapi S3 mama pun masih lagi ok sebenarnya. Cuma kehendak hati sahaja yang terlebih nak dapatkan gadget yang superb nih. Agak2 papa approve tak ek? Mau taknya, bukan murah. Paling koman pun Rm1500+-. Erm kena fikir jugak jangka panjang sebab kalau ada rezeki by mid march akan masuk rumah. SO akan pakai lagi banyak duit.

Kat ofis mama pun ada jugak kengkawan yang beli s3 lepas mama beli, dah bertukar arah ke FS nih. Fuhh. Camana yer? Agak2 nak ikut serta ke tak ek? Hihi..

Tengok keadaan macam mana. So FS now adalah target kalau hal2 lain setel :p So papa, tunaikanlah permintaan isterimu ini.. :)

p/s: papa.....belikan lah... (pujuk rayu nih...hihi...)

Jan 19, 2011

Entry untuk mommies yg berazam nak fully bf anaknya..

Untuk pembuka bicara, entry ni khas utk kawan opismate mama, nurhuda & juga mommies yg lain yg berazam utk fully breastfeed..

Dan pengakuan mama ialah :

  1. Saya bukanlah seorang kaunselor susu ibu atau seangkatan dengannya..

  2. Saya juga tidak mempunyai apa2 sijil kelayakan tentang susu ibu ini.. (hanya sijil kelahiran anak sy sj yg mbuktikan umurnya merangkap lama mana dia telah menyusu dgn sy :) )

  3. Hanya sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang 2 thn fully breastfeed anak saya...Muhammad Aliff Haziq...

  4. Maaf dipinta andai ada yg terguris dengan entry kali ni..bukanlah untuk membezakan atau berbangga dgn pcapaian ini..tp betul2 hanya utk berkongsi pengalaman..sbb ada yg menanyakan perihal susu ibu nih pada mama...
Gmbr hiasan : gmbr ini diambil ketika aliff masih kecil lg..7 bln dat time..

Actullay mungkin pada sesetengah org bab susu ini adalah bab yang x perlu difikirkan..benda kecik je org kata..semasa mama mengandungkan aliff dulu, mama dpt inspirasi dr kakak mama, k intan, sbbnya dulu dia fully bf anaknya aqeela..sbb tu mama pun berazam nk mcm tu..so spjg mengandung tu mmg xde fikir la nk beli susu apa utk bg pada anak nnt..sbb dok azam nk bg susu ibu kan..susu tbaik...

berbalik pada perkataan yg TERBAIK...percaya atau tidak, semasa penyediaan pakaian anak, barang keperluan anak, kita sebagai ibu bapa pasti akan ambil yg tbaik utk anak2 kan..sebagai contoh, brand johnson mmg jd pilihan dr segi bedak, shower foam, losyen dan sebagainya.. dan segi pakaian, maybe brand Anakku jd pilihan..tu yg tbaik kan? so kenapa bila berbalik pada susu, kita mencari susu formula? kenapa kita sebagai mama tidak berazam nk berikan susu ibu kerana semua org tahu kan susu ibu adalah terbaik..dan ia adalah F.O.C..iaitu free of charge.. kan?

perkataan BERKORBAN adalah menjadi perkataan yg setara dengan mommies yg menyusukan anaknya...kerana apa? kena berpantang makan itu dan ini kerana takut susu berkurang, takut anak kena angin dan mcm2 lagi..x cukup tdo, sakit belakang, sakit pinggang, lenguh bahu, makan cepat2, mmg sinonim dgn ibu yg menyusukan anaknya.. ntah la, kalau ikut pengalaman sendiri, mmg btl2 memenatkan..tp kerana memikirkan nak beri yg TERBAIK itulah mama kuatkan semangat mama.. dan semangat itu jgk datang dr papa..sbbnya papa sgt support mama perihal bf nih.. mmg pada mulanya papa seperti tak yakin, tp akhirnya papa akur + sokong mama..terima kasih syg...!

bagi diri mama, dlm penyusuan ini ada 4 fasa. kenapa 4 fasa kerana mama takut tak mampu utk menyusukan anak selama 2 tahun walaupun mama memang berazam nak fully bf aliff selama 2 tahun..actually benda ni tpulang pd individu mcm mana dia nk siapkan dirinya sndiri. ini adalah cara mama..biar targetnya sikit2 tp akan tercapai jgk target yg sebenarnya..tul x?

4 fasa tu ialah :
  • fasa 1 : utk pmulaan, buat mommies yg nk fully, tetapkan target 6 bln pertama dahulu..kerana penyusuan ini dinamakan exclusive bf..saat yg paling penting kerana 6 bln pertama ini hanya susu yg menjadi makanan pd anak2 kita..takde mknan lain..xde minuman air lain yg masuk ke dlm perutnya melainkn air susu kita..

  • fasa ke 2 : target selepas 6 bln ialah setahun..semasa fasa ke2 ini, anak kita da mkn makanan lain...+ air susu kita..so kandungan air susu bukan lg 100% ketika itu..air susu kita tu da jd mcm minuman dia shj..utk menghilangkan dahaga..

  • fasa ke 3 -: target selepas setahun iaitu setahun 1/2.. masa nih mmg akan ada mcm2 dugaan seperti air susu da bkurang..masa ni boleh try ambil supplement dgn saranan doc atau kaunselor..

  • fasa terakhir, fasa ke 4 : target selepas setahun 1/2 iaitu cukup 2 tahun. yg mana waktu ini dia minum susu ktia sekadar suka2..maybe da tak sekerap yg dulu2..tp masih minum lg..sebabnya dia minum rindukan ngempeng tu kalau ikut pengalaman aliff la..sbbnya lepas minum air lain pun still minta nk susu...:)
so buat huda dan mommies2 yg lain, kuatkan semangat, cekalkan mental dan fizikal utk hadapi pengalaman yg begitu menakjubkan sepanjang penyusuan ini. di saat anak da putus susu, pasti korang akan rasa begitu syahdu sekali..hati kecil akan merindui saat anak "mengempeng" susu anda...saat di mana anak anda mencari anda utk menyusu, saat di mana mata anda bertentang mata dgn anak yg sedang menyusu..percayalah! saat di mana air mata pasti akan tumpah seperti mana air susu yg dipam tertumpah ke lantai.. sangat mengecewakan ati tgk susu yg dipam tumpah..walaupun setitis pasti hati akan berbisik, ruginya susu aku tumpah...percayalah kwn2!

walaupun skrg nih aliff da 2thn++ masih lg menyusu mama, mama sendiri blm pasti sampai bila aliff nk menyusu nih..biarlah shingga waktu yg menentukan..selagi air susu ni mengalir dan selagi aliff blm ada adik :)

dan mama jg amat bersyukur pada Allah kerana memberikan rezeki susu ini kepada anak mama..moga rezeki susu ini akan terus mengalir hingga anak2 yg lain pula..sama2 kita berdoa moga yg tbaik utk anak2 kita yer mommies...

Doa amalan banyakkan susu

*credit to pn dhia

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin


Nov 3, 2010

Sudah hampir 2 tahun perjalannya...


Sudah hampir 2 tahun perjalannya...

perjalanan ape? perjalanan penyusuan mama...bermacam liku yg terpaksa ditempuhi sepanjang perjalanan itu..tp semuanya hanyalah utk mberikan yg tbaik buat anakku Muhammad Aliff Haziq..berkat dorongan & semangat dari papa, alhmdlh semua dapat diteruskan...

Hari ni, tatkala n3 ini ditulis, telah menjangkau 1thn 10 bulan 2 minggu & 3 hari perjalannya... bulan 12 nih cukuplah 2 tahun mama menyusu aliff sepenuhnya..sebenarnya, dlm masa terdekat nih dlm proses juga, mama sebenarnya mahu aliff menyusu dari botol..ape sebabnya?? Sebabnya mama taknak aliff putus susu nnt bila da stop bf dengan mama... mama nk aliff continue mendapat khasiat dari susu lain pula... tp pada masa tu sanggup tak mama utk putus susu dgn aliff.. ntah la...

sekarang nih, mama buat susu tepung sikit2 utk aliff..biarlah aliff cuba2 dahulu..mama taknak aliff terkejut terus bila putus susu mama nnt... sure ms tu mama akan nangis... :(

buat anak mama aliff, minumlah syg susu dr botol yer sayang... mama nk yg tbaik je utk anak mama...

moga mama tabah nnt... mama sygkn aliff..papa pun sama....

Nukilan,

Aug 6, 2010

Kad Ucapan TAHNIAH buat IBU MENYUSU

Kad Ucapan TAHNIAH buat IBU MENYUSU..

ada kwn FB bg pd mama..so mama share kan kt sini utk mama2 lain kt luar sana yg menyusukan anaknya..
samada da stop, atau sempat sususkan dlm tempoh yg singkat atau masih lg menyusukan...


p/s: buat anak mama aliff, sehingga ke saat ini, air susu mama masih lg mengalir dlm tubuh aliff..setiap titik susu yg mengalir tu mama halalkan pd anak mama dan mama berdoa semoga ianya menjadikan aliff anak yg baik, anak yg soleh, anak yg bijak, anak yg taat pd Allah, pd Rasulullah & pada papa mama.. Mama & papa sgt2 menyayangi aliff kerana aliff adalah satu anugerah Allah yg tak ternilai buat mama n papa...

Jun 23, 2010

Perjalannnya sudah lebih separuh jalan...lagi suku untuk mencapainya...


alhamdulillah..

apabila si kecil mama menginjak umur sthn 6 bulan...tu juga memberi erti perjuangan mama dalam dunia penyusuan susu ibu ini juga sudah lebih separuh jalan...

1thn 6 bulan..maknanya..mama da sampai target untuk fasa yang ketiga...lg 6 bulan untuk mencapai fasa yg terakhir..iaitu 2 thn...

syukur ke hadrat Illahi kerana mama diberikan peluang untuk memberikan yang terbaik buat anak mama aliff...

bukan mudah..bukan senang..untuk mencapai saat ini..moga mama diberikan sedikit masa lg untuk meneruskan perjuangan ini..dan juga semoga anak mama Muhammad Aliff Haziq masih lg dahagakan air susu mama ini...

walapun skrg nih aliff da xnak minum ebm di umah bs, mama bekalkan dia ngan air susu dutchlady ke milo ke ape2 la..untuk supply susu di umah bs...

bila diingatkan kembali saat di mana pertama kali mama hendak menyusukan aliff..saat tu di mana mama rasa begitu getir skali..dgn n**ple mama yang tenggelam itu..mama rasa begitu sukar sekali aliff nak grab mamanye.. hendak menitik air mata mama bila aliff begitu berusaha utk mencari cara utk menekap mulut pada B mama..masa tu mama pun tak tahu kenapa n**ple mama xnak mengeras..smpai kan mama perlu lakukan sesuatu sebelum aliff menyusu.. pada ms tu mama tidak terfikir ttg sarung nip.. mama pun tak tahu ada kewujudan benda tu...

tp alhamdulillah aliff anak mama ini berusaha utk menyusu juga..terima kasih mama ucapkan kepada anak mama ini atas usaha aliff..walaupun aliff masih lg kecil tp kesungguhan aliff pada masa tu mama nampak...

mama juga masih ingt saat di mana n**ple mama luka..saat tu pedih sekali bila aliff nyusu dengan sungguh2..tp mama tahankan aje..biarlah..biarlah pedih asalkan aliff dapat menikmati dengan rasa puas..menitiklah air mata jika mahu..mama biarkan air mata mama meleleh..walaupun perit..mama tahankan jua..sebab mama mahu aliff puas...

utk tu sayang mama aliff, moga air susu mama yang mengalir dlm tubuh aliff tu menjadi aliff anak yang soleh..anak yg ingt pada ibu bapa..anak yang bjaya dlm hidup..bjaya dalam keberkatan dr-Nya..anak yang akan berbakti pada ibu bapa...

pintuku pada-Mu Ya Allah, semoga diri ini mnjadi mama yang terbaik buat anakku Muhammd Aliff Haziq..dan mama akan berusaha untuk mendidik aliff menjadi seperti yang mama hajati, seperti yg mama doakan selalu..amin...dan mama akan berusaha untuk menyusukan aliff selagi keringat dan air susu mama ini mengalir dlm tubuh mama...semgoa impian mama untuk menyusukan aliff shingga 2 tahun dimakbulkan oleh-Nya..amin...i.allah..

mama dan papa amatlah menyayangimu anakku...


Apr 19, 2010

I Miss my little boy...

salam...n3 arini adalah n3 yg lgsung tidak bsemangat... :(

ini adalah kerana da 2 ari aliff xnk nyusu direct dgn mama...smlm gi checkup doc ckp tonsilnye bengkak..jd mybe sbb tu dia xnk nyusu..dia nk nyusu, tp bila dkt spt ada benda yg halang utk dia nyusu...trus ditolaknye B mama...:( my MIL da siap amikkan air penawar takut2 ada benda yg blok kt situ..


sgt2 rindukan wajah syomel ini..mood nye pn x ok sbb mlm bila jaga nk nyusu then xjd nyusu aliff akan mengamuk dan merengek spjg masa smpai la dia ttdo sendiri setelah kepenatan.. :( hasilnye bgn pagi B mmg bengkak giler..smlm kt umah MIL nasib baik papa ada utk tolong kuarkan coz mama mmg xpandai utk kuarkan secara manual..dr dlu lg cuba tp xbleh..

buat abang, terima kasih kerana dah 2 malam bjaga bsama2 b utk layan aliff..i really love u..

buat anak mama aliff, susu la syg..mama rindukan aliff utk nyusu dgn mama..ngempeng B mama..smlm mama siap mimpi lg aliff nak nyusu dgn mama...:(

p/s : sgt rindukan aliff..moga ptg ni tonsilnye da baik..dan aliff nk nyusukan mama..rindu nk dgar pkataan naknak then tepuk2 dada mama syg...

Apr 1, 2010

Me and Malas..

M.A.L.A.S...

tulah penyakit yg tgh melanda diri mama skrg nih...ermmm...xtau la nape leh tjebak ngan penyakit tu..

mama skrg nih kt opis da jarang2 pump..kdg2 tu hanya skali je pump..hasil tenusu mama pn da byk kurangnyer...klu dlu pam leh dpt2 botol penuh dan 1 botol 1/2..kira 3 botol skali pump..mmg meriah sgt susu waktu tu..sgt sronok!!

skrg nih hasilnye kdg2 tu cuma 8z camtu je..plak tu aliff mama pn xtau la nape lately nih mmg xnk minum susu kt umah bbstr baru..ari isnin aritu 4oz yg mama bekalkan rosak mcm tu je..mama da pesan soh pnskan sket2 je skali minum..tp mybe nk cpt trus pnksn 4oz skali..hasilnye aliff xmnum lgsung...mmg blk menitik air mata tgk susu dibazirkn mcm tu..:(

penyakit M ni dtg sejak tu...kdg2 mama pikir xpayah la pump bg direct je kt aliff ms smpai umah..mmg ms kt umah dia akan trus bf sungguh2..mcm kehausan sgt2..tp kt umah bbstr dia byk minum air kosong..

skrg nih mama minta bbstr bg minum pkai cawan plak..mama da bekalkan 1oz je stiap plastik..so dia pnskn 1 per 1..kdg2 2oz..sbb tu kan stok lama jd ada yg 4oz mcm2..

hatiku sgt runsing..syoh2..penyakit M pergilah dikau dr diriku ini...

buat anak mama Muhammad Aliff Haziq:
minumlah susu yg mama bekalkan ni syg..mama sedih kalu aliff xnk minum..sbb mama setiap hari berusaha utk dapatkan susu utk aliff..minum yer syg...susu mama nih tiada tandingnye..air susu mama yg aliff minum mama halalkan dan semoga mnjadikan anak mama aliff nih anak yg soleh..anak yg sht..anak bjaya dlm hidup..sayang anak mama sorang nih...

mode: tgh bersedih..:(

Mar 16, 2010

4oz sehari...cukupkah?

rasa mcm dah lama xciter psl BF..ermm..alhmdlh till now mama masih lagi menyusukan aliff sepenuhnyer...lg 3 bln utk capai fasa ke3 iaitu susukan aliff shingga 1 thn 1/2..dah azam ini akan diteruskn shingga aliff 2 thn i.allah...

cuma mama ingin berkongsi resah hati dgn kwn2 yg lain..aliff skrg nih sejak btkar pengasuh..mama pn xpasti apa puncanye..susunye da bkurang..skrg nih dr jam 8pg - 5ptg..hanya 4oz je yg minum..kata akak pengasuh tu..tu pun susah nk abehkn 4oz..kena wt 2x minum br abeh...b4 nih masa pengasuh lame..aliff minum 2x feeding je..8oz..tu pun sjk dia da kuat mkn..lately..

skrg nih da jd 4oz..mama risau la plak..stok kt umah tu jd btmbh sbb dia minum sbtl je shari..ok ke mcm tu ek...

jadual pemakanan aliff..(sblm btkar pengasuh)
  • 8.00 - 8.30 : sarapan pg..(roti, oat+buah, nestum dll)
  • 9++ - 10pg : tdo...
  • 10++ : mandi...+ mkn ringan2 biskut + roti
  • 10.30++ : minum susu 40z
  • 12 t.ari : mkn bubur
  • 1 ++ - 2 ptg : tdo..
  • 2++ ptg : minum susu 4oz
  • 4.30 ++ : tdo + minum ptg / mkn bubur lg skali...
s0 tu la sedikit jadual yg biasa akak bbbsiter lama bgtau..tp yg pengasuh baru nih blm btl2 ada jadual sbb mood aliff mcm da btkr..kebtulan akak tu tak ikut sgt jadual yg mama bgtau dia..

maybe la kot aliff pn nga membesar..n faktor tkar pengasuh lg..dan jg skrg aliff da laju bjln..menyebabkn semua tu berubah..ye ke? risau nih..masuk minggu nih merupakan minggu ke3 antar aliff..mesti ramai heran kn nape tukar pengasuh hihi..mama sbenarnye blm story lg perihal aliff da tukar pengasuh..next n3 citer ok...

p/s: soalannye, ok ke aliff juz minum susu 4oz sehari? klu blk umah tu mmg memanjang lekat ng mama..susu botol yg mama pam klu nk bg kt umah jgn harap la..mmg xpandang langsung..huhu...

Feb 18, 2010

BLACKOUT...takut weh...

hye all..happy CNY..hihi...

blog nih lama menyepi sbb tuan blog sakan bcuti kt kg di kedah..heheh..best tul blk lama2 nih...

ok2..kembli pada topik...BLACKOUT...sgt takut weh...

aritu..ari khamis lps...hari yg mama tpaksa bawak aliff ke kolej sbb bbsitter apply cuti..so blk je umah ptg tu...bukak je pintu umah ON SUIS KIPAS....tup2...

eh?? nape kipas xpusing ni???? ape da jd?? takkan blackout kot...aahhh sudah...dlm hati bdoa Ya Allah,,bg la cpt ada karan nih...(karan = letrik ye kawan2..:p )

terus on suis lampu plak..xnyala...so...mmg btl2 blackout...sudahhhhh...terus STOK EBM yg mama pikir...camne nih...then trus ckp ng aliff...aliff camne ni syg..susu mama dlm peti ais...aliff sengeh2 je...huhu...

mama pnh baca kt blog mommies yg lain..jgn buka fridge klu blackout..so mama biarkan je dlu...dlm masa yg sama trus sms k ayu ibu husna n sarah..sbb dia kata dia penah call TNB..dalam ms yg sama sms jiran tnya kul brp lg blackout..skali dia reply kata dr t.ari lg...alamakk...lagi cemas...then trus sms papa, syg, cpt blk...blackout..susu b dlm fridge...

so pas k ayu reply n bg no terus call tnb...

mama : sy nk buat aduan blackout di ..................

tnb : kejap je cik...sy cek sistem...

tnb : a'ah la cik..ada kerosakan dkt pencawang utama di ....................

mama : yer ke..errm...cuma nk tnya, agak2 bila bleh ada letrik yeah? (pstt...soalan cepu emas kannn?? :p)

tnb : x pasti la cik sbb technician kami tgh repair tu...

mama : bukan ape..sbenarnya mcm nih..sy nih menyusu baby sy, saya ada simpan stok susu dlm fridge..takut cair nnt akan rosak..kalau boleh pihak tnb usahakan setelkan mslh ini..

tnb : yer2 puan..sy paham..pihak kami akan cuba...

tup2..tak lama lps tu...papa pn smpai umah..masa tu da kui 715mlm...papa ckp dia nmpk ada lori bwk generator kt pencawang tmpt mama tu...kejap pastu...YEHAAAAAAAAAAAA....KARAN DAH ADA....

alhmdlh...trus blari bukak fridge atas..susu mama masih maintain keras kt dlm tu..almdlh...trus gi kt aliff kiss2 dier..aliff pun cengang2...hihi...

p/s: MOMMIES2...KLU BLACKOUT..paling penting...jgn bukak fridge langsung sblm ada backup plan...biar je dlm tu...ok...


Oct 26, 2009

Akibat STRESSSSSS...

MODE N3 : SANGATLAH SEDEY...:(

hukhuk..

mama sgtlah tension skrg nih..

sgtla STRESS..

sbb ape??

sbb kt opis mama ni org spkk dtg mengejut nk tgk potfolio pelajar..

patutnye arini mamanyer plan nk setel keje lain..

tup2 nih plak jadinyer...

smpikn effect mamanyer ouput 4 today...

tgk nihhhh...


biasanye 2 2 penuh..ni nape ntah sblah byk sblah sket..

p/s: mmgtlah sgt btul stress itu mengEFECCTkn ouput susu...:(

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India