Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Sep 5, 2012

I'm back...

Waduh-waduh. Memang banyak betul sawang kat rumah mama nih. Hari tu kan dah janji untuk sentiasa menjenguk di sini tapi tak tercapai jugak hasrat tu. Kerja-kerja di ofis membuatkan diri ini tak sempat untuk menjengah rumah blog ini.

Now dah ada citer yang pelbagai. Bila jari jemari ini mula menaip di ruangan blog, 1001 cerita hendak dikongsi sampaikan tak tahu yang mana patut didahulukan.

Sekadar update ringkas :

  1. Abang Aliff semakin hari semakin cerdik dan petah. Segala benda hendak diceritakan tetapi adakalanya sampai tak faham apa yang diceritakan oleh anak sorang tu :)
  2. Adik adam next month akan genap 1 tahun. Now dah boleh melangkah sikit-sikit. Last Ahad aritu pecah rekod 7 langkah terus. Cayalah adik adam. Alhamdulillah juga sampai hari ini adik Adam masih lagi full breastfeed. Moga boleh capai sama atau lebih dari abang Aliff...
  3. Berita yang paling menyejukkan hati lagi adalah hari Sabtu ni dah boleh ambil kunci. Sangat seronok! Alhamdulillah.
  4. Malam tadi, lepas kerja bersama-sama papa & anak-anak shoot ke Houz Depot untuk rembat promotion hood, hob & oven. Alhamdulillah tercapai hajat untuk memiliki.
  5. Papa pula cool as usual sentiasa membantu di mana sahaja bantuan diperlukan.
  6. 25 Ogos haritu mama baru sahaja menyambut hari lahir yang ke tuttttt.... hihi...
Cukup dahulu. Nanti akan update untuk tiap satu cerita di atas yer... insyaAllah...

p/s: Hati berbunga riang untuk tunggu hari Sabtu nanti....



1 kawan fizumie berkata-kata:

Lizan said...

seronoknya adik adam dah pandai tatih.... sat jer tu...nanti dia lari terus sampai tak terkejar :)

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India