Akhirnya, mama dapat juga memiliki gadget idaman BF mommies ni. Setelah S3 mama yang sangat-sangat berjasa hampir 4 tahun dengan jayanya. Akhirnya dia mengundurkan diri pada Khamis lepas (3 Mei 2012).
Termakbul juga mimpi mama suatu ketika dulu. Entrynya di sini >> Mimpi Benda
Terima kasih buat papa sebab sudi hadiah ini pada 6 Mei 2012 dengan senyuman yang begitu meleret. Apa maknanya ya? :) Mama beli dengan kawan sekolah mama. Alhamdulillah. Papa yang bayarkan :)
Moga FS ini akan terus berjasa bukan untuk adik adam sahaja, tapi untuk adik adam yang seterusnya. Belum ada lagi. Biarlah adik adam dapat menikmati air susu mama seperti abang aliff sekurang-kurangnya 2 tahun. Abang aliff sampai 2 tahun 7 bulan rekodnya.
FS yang belum dibuka lagi.
Berdebar-debar masa buka nya sebab tau harganya yang mahal
Semua gadget FS..+ perahan pertama setelah mencuba FS..alhamdulilah..
Moga Allah akan terus memberikan nikmat susu ini kepada anak-anak mama. Dan mama akan berusaha sehingga akhirnya. Amin.. Mama sayangkan anak-anak mama Aliff dan Adam..
p/s: Buat papa, terima kasih untuk segalanya...i LOVE u...

0 kawan fizumie berkata-kata:
Post a Comment
Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)