Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Aug 24, 2011

Dapat kencing manis semasa mengandung

12 Ogos aritu mama kena minum air gula sbb pihak klinik suspect ada diebetis. So aritu mmg tak puasa la. Mcm biasa nk kena minum air gula kena start puasa dr jam 10 mlm sebelumnya. Pukul 8 pagi gi klinik untuk ambil darah + minum air gula. 2 jam lepas tu iaitu pukul 10pg kena gi klinik lagi skali untuk ambil darah untuk kali ke-2.



Arini dapat resultnya. Sangat mendukacitakan. Katanya mmg detect ada diabetis semasa mengandung. Dalam history family takde sesapa pun yang ada diabetis. So sangat kecewa la bila klinik call tadi. Klinik nk buat appointment untuk ambil BSP lepas raya tapi time tu masih lagi bercuti. So terpaksa tangguh dulu BSP. Klinik cakap tadi kena ambil darah 4x, cucuk kat hujung jari untuk sahkan. Adui. Macam mana pula tetiba boleh kena nih? Before puasa checkup memang ok je, start puasa maybe kurang minum air kosong, makan kuih banyak + air manis maybe puncanya. Nanti nak raya nak makan ketupat pun dah macam takde selera. So macam mana nak buat ni yer? Ada mommies2 kat luar sana yang pernah ada pengalaman macam nih? Share kan bole? Sebab tengah runsing nih. Ikutkan pembacaan, akan hilang semasa melahirkan anak. Tapi ada jugak kes yang kekal selepas melahirkan. Nauzubillah. Moga dijauhkan.



Pagi nih mood nk buat keje da terbantut......





Aug 16, 2011

Mari potong rambut Aliff

Weekend haritu papa menunaikan hasrat mama untuk potong rambut aliff. Lega rasa bila dah pendek. Takde lagi rambut masuk2 dalam telinga dan matanya.



Tapi time nak potong tu sangat memerlukan kesabaran, mama yang tengok ni pun nak tergelak pun ada. Yerlah kan, papa bukanlah seorang barber yang ada sijil jadi skill masih kurang hehe jangan marah papa :p



Lagi satu si hero kecil ni pula bukan boleh duduk diam lama, kepala asyik nak pusing, nak gerak sana sana, mulut tak berenti mengomel dan lain2 lagi. Tangan apatah lagi, asyik nak garu2 saja.



Layan gambar budak kecik mama pakai baju surat khabar :)



masa mula2 nak start enjin. Vrooom...masih steady meady...



Masih bole tersenyum time mama ambil gambarnya :)



muka agak kelat sikit, dah lama masih one side lagi papanya dok kerjakan hehe..



Tadaaa..akhirnya dah nak siap.

Tiap2 kali papa dia lepas potong asyik dok tnya, dah sudah mama? dah sudah mama?

Tersenyum riang bila last touch-up..





p/s: Jadi apa pun, kesabaran itu sangat penting dalam menjadikan kita ibu bapa yang baik kan? Moga diberi kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak2ku, amin...



Mama sayangkan aliff. Adik pun mama sayang..:)





Aug 11, 2011

Twinkle Twinkle Little Star Aliff Version

Selepas berbuka + solat semua adalah waktu untuk melayan hero kecik sorang nih. Semalam, tetiba aliff minta mama nyanyikan lagu Twinkle-twinkle little star. So mama nyanyi la 1 round then dia pulak nak nyanyi.



Dan ini lah hasil rakaman yang sempat mama buat. Sangat CUTE! hehe. Budak masih belajar kan, ada word2 yang dia belum pandai pronounce betul2. Tapi sangat happy sebab dia cepat ingat. Alhamdulillah.



Layan video ni.











p/s: abaikan latarbelakang yang macam kapal pecah tu yer! :p







 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India