Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jan 19, 2011

Entry untuk mommies yg berazam nak fully bf anaknya..

Untuk pembuka bicara, entry ni khas utk kawan opismate mama, nurhuda & juga mommies yg lain yg berazam utk fully breastfeed..

Dan pengakuan mama ialah :

  1. Saya bukanlah seorang kaunselor susu ibu atau seangkatan dengannya..

  2. Saya juga tidak mempunyai apa2 sijil kelayakan tentang susu ibu ini.. (hanya sijil kelahiran anak sy sj yg mbuktikan umurnya merangkap lama mana dia telah menyusu dgn sy :) )

  3. Hanya sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang 2 thn fully breastfeed anak saya...Muhammad Aliff Haziq...

  4. Maaf dipinta andai ada yg terguris dengan entry kali ni..bukanlah untuk membezakan atau berbangga dgn pcapaian ini..tp betul2 hanya utk berkongsi pengalaman..sbb ada yg menanyakan perihal susu ibu nih pada mama...
Gmbr hiasan : gmbr ini diambil ketika aliff masih kecil lg..7 bln dat time..

Actullay mungkin pada sesetengah org bab susu ini adalah bab yang x perlu difikirkan..benda kecik je org kata..semasa mama mengandungkan aliff dulu, mama dpt inspirasi dr kakak mama, k intan, sbbnya dulu dia fully bf anaknya aqeela..sbb tu mama pun berazam nk mcm tu..so spjg mengandung tu mmg xde fikir la nk beli susu apa utk bg pada anak nnt..sbb dok azam nk bg susu ibu kan..susu tbaik...

berbalik pada perkataan yg TERBAIK...percaya atau tidak, semasa penyediaan pakaian anak, barang keperluan anak, kita sebagai ibu bapa pasti akan ambil yg tbaik utk anak2 kan..sebagai contoh, brand johnson mmg jd pilihan dr segi bedak, shower foam, losyen dan sebagainya.. dan segi pakaian, maybe brand Anakku jd pilihan..tu yg tbaik kan? so kenapa bila berbalik pada susu, kita mencari susu formula? kenapa kita sebagai mama tidak berazam nk berikan susu ibu kerana semua org tahu kan susu ibu adalah terbaik..dan ia adalah F.O.C..iaitu free of charge.. kan?

perkataan BERKORBAN adalah menjadi perkataan yg setara dengan mommies yg menyusukan anaknya...kerana apa? kena berpantang makan itu dan ini kerana takut susu berkurang, takut anak kena angin dan mcm2 lagi..x cukup tdo, sakit belakang, sakit pinggang, lenguh bahu, makan cepat2, mmg sinonim dgn ibu yg menyusukan anaknya.. ntah la, kalau ikut pengalaman sendiri, mmg btl2 memenatkan..tp kerana memikirkan nak beri yg TERBAIK itulah mama kuatkan semangat mama.. dan semangat itu jgk datang dr papa..sbbnya papa sgt support mama perihal bf nih.. mmg pada mulanya papa seperti tak yakin, tp akhirnya papa akur + sokong mama..terima kasih syg...!

bagi diri mama, dlm penyusuan ini ada 4 fasa. kenapa 4 fasa kerana mama takut tak mampu utk menyusukan anak selama 2 tahun walaupun mama memang berazam nak fully bf aliff selama 2 tahun..actually benda ni tpulang pd individu mcm mana dia nk siapkan dirinya sndiri. ini adalah cara mama..biar targetnya sikit2 tp akan tercapai jgk target yg sebenarnya..tul x?

4 fasa tu ialah :
  • fasa 1 : utk pmulaan, buat mommies yg nk fully, tetapkan target 6 bln pertama dahulu..kerana penyusuan ini dinamakan exclusive bf..saat yg paling penting kerana 6 bln pertama ini hanya susu yg menjadi makanan pd anak2 kita..takde mknan lain..xde minuman air lain yg masuk ke dlm perutnya melainkn air susu kita..

  • fasa ke 2 : target selepas 6 bln ialah setahun..semasa fasa ke2 ini, anak kita da mkn makanan lain...+ air susu kita..so kandungan air susu bukan lg 100% ketika itu..air susu kita tu da jd mcm minuman dia shj..utk menghilangkan dahaga..

  • fasa ke 3 -: target selepas setahun iaitu setahun 1/2.. masa nih mmg akan ada mcm2 dugaan seperti air susu da bkurang..masa ni boleh try ambil supplement dgn saranan doc atau kaunselor..

  • fasa terakhir, fasa ke 4 : target selepas setahun 1/2 iaitu cukup 2 tahun. yg mana waktu ini dia minum susu ktia sekadar suka2..maybe da tak sekerap yg dulu2..tp masih minum lg..sebabnya dia minum rindukan ngempeng tu kalau ikut pengalaman aliff la..sbbnya lepas minum air lain pun still minta nk susu...:)
so buat huda dan mommies2 yg lain, kuatkan semangat, cekalkan mental dan fizikal utk hadapi pengalaman yg begitu menakjubkan sepanjang penyusuan ini. di saat anak da putus susu, pasti korang akan rasa begitu syahdu sekali..hati kecil akan merindui saat anak "mengempeng" susu anda...saat di mana anak anda mencari anda utk menyusu, saat di mana mata anda bertentang mata dgn anak yg sedang menyusu..percayalah! saat di mana air mata pasti akan tumpah seperti mana air susu yg dipam tertumpah ke lantai.. sangat mengecewakan ati tgk susu yg dipam tumpah..walaupun setitis pasti hati akan berbisik, ruginya susu aku tumpah...percayalah kwn2!

walaupun skrg nih aliff da 2thn++ masih lg menyusu mama, mama sendiri blm pasti sampai bila aliff nk menyusu nih..biarlah shingga waktu yg menentukan..selagi air susu ni mengalir dan selagi aliff blm ada adik :)

dan mama jg amat bersyukur pada Allah kerana memberikan rezeki susu ini kepada anak mama..moga rezeki susu ini akan terus mengalir hingga anak2 yg lain pula..sama2 kita berdoa moga yg tbaik utk anak2 kita yer mommies...

1 kawan fizumie berkata-kata:

iswatie "colours of life" said...

saya setuju..jom huda..huda boleh...

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India