Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Mar 14, 2013

Update Rumah : Preview Kitchen Cabinet Rumahku Syurgaku

Sebenarnya dah lama setel hal kitchen cabinet nih. Alhamdulillah. Dapat pula contractor yang sangat lah baik pada pandangan mama. Senang deal dengan tokey cina nih. Walaupun kerap kena datang umah mama untuk itu dan ini. Jauh dia dari puchong nak datang area umah mama nih.

Lepas pasang pun still ada servis if ada yang dia buat tak kena di mata kita. Senang kata mama leh rekemen la sesiapa yang nak no tokey nih. Cukup bagi mama 10% komisen sudah lah. Boleh? Ngeh-ngeh :P

So preview sikitlah je la yer KC mama nih. Amaran keras bukan nak menunjuk tetapi untuk kenang-kenangan dan panduan bagi mereka yang sedah memikirkan pasal KC nih.

Alhamdulillah papanya setuju untuk pilih warna idaman mama nih. Suke sangat. Masuk dapur je sekarang nih memang sentiasa senyum aje. Hehe.

  • Shape : U Shape. (Sebenarnya L shape sahaja bagi work top. Tapi bila dah combine dengan tall unit tu yang jadi U-shape)-faham tak?
  • Work Top : Concrete Top (Tile Hitam 2x2)
  • Material Pintu : 3G
  • Warna : Combination Merah Ang-ang + White Off
  • Frame : Built In Frame
  • Dinding : Melaminie ke ape ntah namanya. Kayu la..
  • Height : Full height..sampai syiling. Boleh nampak dalam gambar.
  • Harga : Ehem-ehem :)

Proses pemasangan frame bagi setiap ruang KC. Wall Unit

Taraaa...Bila Pintu 3G pilihan warnaku merah putih siap dipasang. Lip lap tak? :P

Full Height buat utk wall unit senang tak payah fikir pasal habuk atas KC dah. Ditambah dengan dapur yang ruangnya kecil jadi perlu gunakan ruang yang ada semaksimum yang mungkin.

Ni KC untuk base unit. Satu pintu + satu drawer takde sebab ada silap sikit. So nanti tokey tu akan datang pasang. But now semua pintu dah ada. Cuma tak snap je yang terbaru.

Yang Pintu Kelabu ada nampak lubang kecil-kecil tu pintu bahagian sinki. Memang ambil pintu ada lubang sebab nasihat daripada contractor tu kawasan bawah sinki kawasan lembap, so biar ada pengudaraan sikit so takde bau sangat.

Ni bahagian lagi satu. Ada Tall unit. Untuk letak built-in oven.
Kecil je kan dapur mama. So sebab tu kena gunakan ruang yang ada semaksimum mungkin. If tak buat KC nanti barang berselerak. Now tengah cari cara untuk susun barang-barang yang ada dalam kabinet. Sebab dulu banyak yang belum buka lagi. Lagi-lagi hadiah masa kahwin. Now kebanyakkan dah buka untuk disimpan dalam KC untuk jimatkan ruang without box.

Itulah rupa paras KC mama yer. Merah tak? Hehe...

p/s: Buat papa Hafiz, thanks sebab sudi terima warna ini.. I LOVE U.. :)


Nukilan,

Mar 8, 2013

Mimpi Yang Banyak. Tanda Stress Ke?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua..

Hari ini badan mama seperti penat sahaja. Padahal baru sahaja nak mulakan langkah untuk hai Jumaat ini. Semalam macam-macam mimpi yang muncul. Semuanya berat-berat mimpinya. Bangun pagi untuk subuh, rasa macam letih sahaja. Erm. Kenapa yer. Semuanya mimpi perihal kerja. Mama stress ke?

Macam mana yer nak ukur kita ni stress atau tidak? Ada ujian ke nak buat? Ke diri kita sendiri boleh tau? Ada sesiapa yang boleh bagi mama idea? Idea untuk hilangkan stress ke. Apa-apa juga.

Rasa macam taknak buat apa-apa di office hari ini. Nak duduk sahaja surfing internet sahaja bole? Sebenarnya kerja memang tengah banyak.

So langkah pertama ialah menulis entry baru di blog + blogwalking dahulu untuk memberi semangat pada diri sendiri. Aci tak? :)

p/s : Tengah kumpul kekuatan untuk memulakan kerja yang tengah menimbun atas meja...

Nukilan,

Mar 7, 2013

Abang Aliff Sifu Adam

Dah lama rasanya tak bercerita perihal anakanda berdua itu kan? Bagi yang follow blog baru mama ni terima kasih diucapkan. Takperlah, baru dua orang pun jadi lah kan. Kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit :P

Sekarang ni usia adik Adam 1 tahun 6 bulan. Abang Aliff pula 4 tahun 3 bulan. Ikutkan tahun sekolah, abang Aliff dan 5 tahun la kan.

Apa jua yang abang Aliff buat akan diikuti oleh adik Adam. Buku apa yang abang Aliff pegang, adik Adam pun nak pegang juga. Kira kata, semua yang Aliff buat, Adam akan ikut. Boleh jadi sifu la kiranya. Tengok gambar ni sebagai bukti, Cuma time ni adik Adam takde pedang je. :)


Tapi alhamdulillah anak-anak membesar dengan sihat. Dengan cergas dan semakin hari semakain cerdik. Semoa anak-anak mama sentiasa menjadi anak-anak yang soleh. Cerdik akal dan bersih hati. Amin. Papa dan mama sayangkan Abang Aliff dan Adik Adam...


Nukilan,

Mar 6, 2013

Adakalanya..

Adakalanya terasa macam nak sahaja berhenti kerja duduk di rumah sebagai suri rumah.. Alangkah bahagianya...

Adakalanya terasa macam nak minta cuti panjang, pergi holiday setahun. Alangkah gembiranya hati..

Adakalanya terasa seperti nak sambung belajar lagi. Jadi dapat cuti belajar so boleh concentrate pada study sahaja.. Alangkah seronoknya..

Tapi itulah. Tak semua yang kita mahukan kita boleh perolehi dengan mudah. Dan sekuat mana pun kita berusaha, yang pasti Allah penentunya. Dan kita sebagai hambanya, perlu lebih berusaha dan berusaha dan berusaha. Seterusnya berdoa dan bertawakal.

Tapi apa yang pasti, yang kita ada sekarang inilah yang terbaik untuk diri kita. Untuk keluarga kita. Untuk anak-anak kita. Allah lebih mengetahui..



Nukilan,

Feb 20, 2013

Kursus Pendek di Kolej Komuniti Kuala Langat

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Harapnya semuanya sihat-sihat belaka. Hari ini tak dapat nak mengarang lebih lanjut jadi mama hanya nak iklankan kalau ada sesiapa yang duduk area berdekat dengan Banting, bolehlah join kursus pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Langat pada setiap hujung minggu. Ni kursus untuk Feb dan Mac 2013.

So ada apa-apa pertanyaan boleh bagitau yer.

Ataupun boleh terus ke www.kkkla.edu.my ataupun boleh klik untuk apply di sini http://online.kkkla.edu.my/e_psh_v7s/borang/default.asp 


Kursus Februari (Klik pada imej untuk besarkan)

Kursus Mac (Klik pada imej untuk besarkan)
 
 
Nukilan,

Feb 19, 2013

Breastfeeding Journey..

Di kala entry ini dipublish, mama baru sahaja memulakan kursus Research ditempat kerja mama. Entry ini telah dikarang terlebih dahulu untuk tatapan kalian semua pada hari ini :)

Masuk hari ini 19 Feb 2013, usia Adam 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah masih lagi fully BF Adam. Masih dikurniakan kenikmatan air susu untuk menemani perjalanan penyusuan Adam. Semoga dengan izinNya, mama dapat bertahan sehingga Adam genap 2 tahun usianya.

Menyingkap perjalanan fully BF ini, bukanlah satu perjalanan yang mudah. Pelbagai rintangan dan dugaan yang akan mematangkan kita. Baik dari segi fizikal mahupun emosi. Susu mama bukanlah semeriah seperti orang lain. Hanya dapat bertahan untuk satu jangka masa yang pendek. Tidaklah sampai perlu membeli deep frezer seperti mommies lain. Tapi Alhamdulillah. Walaupun begitu, anak-anak mama masih lagi dikurniakan kenikmatan ini. Usaha dan doa sentiasa menjadi peneman mama.

Berbekalkan pengalaman semasa fully BF Aliff dahulu selama 2 tahun 8 bulan, mama belajar dari hari ke hari. Bukan itu sahaja, mama masih lagi rancak membaca kisah-kisah, tips dari mereka yang pakar dan pengalaman-pengalaman mommies yang lain. Semua itu menguatkan semangat mama untuk terus memperjuangkan hak anak-anak mama. Tetapi, yang paling memberi semangat pada mama adalah wajah-wajah kebahagiaan mama sendiri, Aliff dan Adam. Melihatkan wajah mereka membuatkan mama akan rasa lebih bersemangat untuk terus berusaha.

Tinggal lagi hampir separuh untuk melengkapkan perjalanan ini. Biarpun dah tiba 2 tahun, moga masih lagi menjadi peneman Adam membesar. Seperti Aliff sendiri, berhenti BF taktala mama mengandungkan Adam 8 bulan. Aliff sendiri yang dah taknak menyusu. Mungkin pada waktu itu sendiri, susu dah takde ataupun tak sedap. Alhamdulillah. Semuanya adalah dari Allah..

Buat anak-anak mama, kalianlah buah hati mama dunia dan akhirat. Mama sayangkan Abang Aliff dan Adik Adam sangat-sangat...



Nukilan,

Feb 18, 2013

Selamat Berpindah Rumah Baru

Alhamdulillah. Segala puji-pujian kepada Allah. Mama telah selamat pindah masuk ke rumah baru. Ada sedikit dugaan semasa nak masuk rumah baru tapi biarlah menjadi rahsia mama sekeluarga sahaja :)

Yang pasti sekarang selesai sudah kusut masai perihal nak pindah. Cuma ada sedikit lagi barang di rumah lama yang maybe akan angkut hujung minggu ini. Last. Sebabnya sewa rumah bulan ini dah tak perlu bayar just pakai duit deposit masa nak start sewa hari itu. Alhamdulillah.

Dah pindah, rasa lengkap semuanya. Walaupun pada dasarnya kelengkapan rumah masih belum lengkap. Sebab ada barang-barang keperluan yang perlu ditukar ganti dengan yang baru. Telah selamat memakai hampir 5 tahun seusia dengan perkahwinan mama dan papa.

Takpe, kita cuba lengkapkan sikit demi sikit kan. Kalau nak beli sekali harung, namanya memang cop duit yer tak? :)

Nanti akan post gambar-gambar. Pakai komputer di office susah untuk tranfer gambar. Hari itu entry pasal rumah dah terbantut sebab kena hack dan sebagainya. Entry-entry dan gambar-gambar perihal rumah, bukan nak menunjuk, tetapi untuk menjadi kenangan untuk mama, papa dan anak-anak suatu hari nanti. Dan juga semoga menjadi panduan kepada mereka yang dalam proses untuk masuk rumah baru dan sebagainya. Sharing is caring kan? Sekiranya ilmu dikongsi, ganjaran itu akan sentiasa diperolehi selagi amalan itu digunakan atau dipanjangkan kepada orang lain kan?

Kita bertemu lagi di lain entry..:)

Nukilan,

Feb 14, 2013

Tutorial : Bina Blog Baru Tapi Masih Kekal Posting dari Blog Lama

Alhamdulillah. Bila dah setel isu hack tu, dah rasa bersemangat kembali untuk mencoret-coret di blog baru. Berkobar-kobar gitu :)

Tutorial : Bina Blog Baru Tapi Kekal Posting dari Blog Lama (Request by Lia)

Kalau rasa sayang dengan entry-entry yang dibuat semasa blog lama, cara ini memang sangat baik. Tetapi kalau takde niat nak bina blog baru pun, still kena backup juga sekali sekala posting yang pernah dibuat sebelum-sebelum ini. In case jadi apa-apa pada blog kita, kita ada backup.

Step 1 : Klik Setting >> Other. Then akan kuar macam gambar di atas.

Step 2 : Then Klik Export Blog. Akan pop up seperti gambar di bawah.
Step 3 : Klik Download Blog. Akan keluar pop up untuk save file.
Save sahaja di mana-mana yang kita hendak. File akan appear dalam format .xml
 
 

Step 4 : Bila da bina blog baru. Pergi ke bahagian ini juga. Klik Setting >> Other.

Step 5 : Klik Import Blog. Akan keluar pop up seperti gambar di bawah ini.

 

Step 6 : Klik Browse >> Pilih file .xml yang telah dibackup tadi. Then klik OK.

Step 7 : Bahagian yang Automatically publish all imported post tu ::
i) Adalah bahagian option di mana if kalau dah import nanti dia akan terus publish all posting yang ada dalam blog lama.
Tapi macam mie, mie UNCHECK kan box tu sebab ada nak pilih juga posting lama yang rasa dah taknak appear dalam blog baru :)


So tarra. Siap dah import posting di blog lama ke blog baru. Semudah ABC kan? Boleh faham tak Lia?? :)

Diharap tutorial ini memudahkan kalian untuk buat new blog ok!! Harap membantu. If ada pertanyaan, kemusykilan, bolehlah contact Cikgu Salmi yer.. :)

Nukilan,

Exchange Link

 
Pertamanya nak cakap, MAMA SALMI SAYANG ANDA SEMUA!! :)

Terima kasih kerana masih lagi sudi untuk blogwalking di blog ini. Di harap kalian sudi meninggalkan link kalian untuk mama add dalam list blog yer. Sebab nanti senang untuk mama blogwalking ke blog kalian pula!!

Thankx semua!! :)

Nukilan,

Feb 13, 2013

Pindah Blog

Assalamualaikum semua..

<<Ini adalah entry melekat lama juga ok!! Sila scroll bawah untuk baca entry terkini>>

Ini adalah kesinambungan daripada blog mamaaliff.blogspot.com
 
Sekiranya memang ada yang mengikuti blog mamaaliff sebelum ini. Blog itu dah didelete atas sebab-sebab kena hack. So memang tak pakai dah yer. Boleh delete terus daripada list mommies2.

If memang yang tahu, tahu kan selalu aje ada posting pasal apa-apa ntah. Disebabkan tak tahan tengok, dah tukar password bagai masih jadi. So mama amik keputusan untuk delete terus blog itu dan pindah ke alamat baru.

So diharap mommies diluar sana sudi untuk meninggalkan link pada entry Exchange Link untuk mama add semula anda semua dalam list mama yer..

Mama Salmi sayang semua!!! :)

Nukilan,

Jan 18, 2013

Kena HACK lagi...

Aduhla. Dah tukar password pun still kena HACK LAGI.. wahai la en.hacker, u dah takde kerja lain untuk dibuat ker? Blog i ni bukanlah glamour mana pun kalau u nak hack..

Sedih tul la.. dah la kisah-kisah dalam blog ni bukanlah mengganggu ketenteraman jiwa dan raga orang lain. Hanya kisah berkisah tentang family..

MODE : SEDIH....


Jan 14, 2013

Header Blog 2013


Yea. Akhirnya selesai juga header blog 2013. Kesian adik adam, gambar dia takde dalam header. Now dah ada. Yea. But url blog still guna pakai url lama memandangkan dah ada ramai follower. Chewah :)

Santek tak header baru? Hehe. Dah lama tidak mengasah skill photoshop, dah berkarat la orang kata. Fuh..


Salam 2013 daripada mama Aliff dan Adam kepada semua pembaca blog Kisah KAMI..harap-harap masih belum terlambat..:)

Blog kena HACK

Sedihnya tengok blog. Dapat tahu blog kena hack dari papa sebab dia rajin buka blog mana untuk tengok kalau-kalau ada update. Mama sendiri yang dah lama tak jenguk blog sendiri. Now dah tukar password. Hopefully orang yang rajin buat kerja tak elok ni bawa-bawa bertaubat.

Agak busy dengan rutin kerja harian. Now alhamdulillah satu tanggungjawab yang besar dah diserahkan kepada orang lain, InsyaAllah boleh kembali berblog seperti dahulu..

Cerita pasal rumah pun belum habis kan :) ramai juga rupanya kenalan mama yang tertunggu story morry bout my house. Cewah konon-konon glamour gitu :)

Ok till meet then..


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India