Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Oct 2, 2012

Fenomena Matahari di Langat Hari ini


Subhanallah... Memang itu sahaja ungkapan yang terbit dari hati dan mulut tatkala melihat kebesaran Allah...



Gambar ini diambil bersama kawan ofis tatkala kitaorang keluar nak gi lunch jam 1 ptg tadi. Ambil tanpa memandang matahari sebab pedih mata sangat. Sayup-sayup cuba melihat sangat besar kelihatan. Allahu Akbar!!

P/s: Tengok gambar sahaja pun dah boleh bayangkan sinaran matahari dunia. Inikan pula di akhirat nanti.. Matahari hanya sejengkal di kepala...

Petua (Cara Islam) Menduduki Rumah Baru

InsyaAllah tak lama lagi mama sekeluarga akan berpindah masuk ke rumah baru. Moga-moga petua di bawah ini sama-sama kita jadikan panduan untuk berpindah masuk ke rumah baru nanti. Moga-moga juga amalan ini akan terus diamalkan. Amin..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Sahabat yang dirahmati Allah,

Rumah adalah salah satu keperluan kita untuk berteduh dan tidur dan membina keluarga bahagia di dalamnya iaitu tempat pendidikan ahli keluarga, beramal ibadah dan melepaskan penat lelah setelah bekerja disiang hari. Rumah yang hendak dimiliki perlulah dibeli secara Islam dan jangan menggunakan sistem riba . Perlu diingatkan kerana rumah yang dibeli dengan cara yang halal akan mendatangkan keberkataan dan keredaan Allah SWT.
Islam adalah cara hidup yang lengkap dan sempurna. Dalam setiap amalan dan pekerjaan yang hendak kita lakukan terdapat doa dan adab-adab yang dianjurkan Islam untuk kita ikuti dan amalkan. Termasuk juga apabila kita hendak menduduki rumah baru atau rumah lama yang ditinggalkan ada beberapa doa dan amalkan yang perlu kita lakukan supaya terhindar daripada gangguan makhluk halus yang menjadi penghuni rumah tersebut tanpa kita ketahui.

Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut :

1. Solat berjemaah dan azan. Rumah yang baru di beli atau baru di duduki eloklah dilakukan solat berjemaah dikalangan ahli keluarga. Mulakan dengan laungan azan untuk melakukan solat fardu ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah SAW  bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan" (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Muslim dan Nasai) 


3. Banyakkan solat sunat dan membaca al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran." (Hadis riwayat Baihaqi)

4. Baca Zikir al-Mathurat kubra setiap pagi (lepas subuh) dan petang (selepas asar atau lepas magrib) amalan ini bukan untuk menduduki rumah baru sahaja tetapi amalan harian yang sunat yang dituntut untuk dibacakan setiap hari pagi dan petang. Insya Allah jin kafir dan syaitan akan menjadi lemah untuk menggoda dan mengganggu pengamalnya yang sentiasa membaca zikir al-Mathurat .

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. 

i. Baca surah Yasin sekali dan sediakan air satu bekas kemudian 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Amalan ini adalah amalan masyarakat Islam untuk menghalang daripada gangguan jin. Setiap ayat al-Quran yang dibacakan keatas air akan ada gelumbang yang baik dan laju dan amat dibenci oleh makhluk ghaib seperti jin dan syaitan.
“... Surah Yasin adalah qalbul Quran (jantung atau hati al-Quran), tidaklah seseorang yang membacanya kerana mengharap keredhaan Allah dan negeri akhirat (syurga), melainkan akan diampunkan dosanya. Dengan itu, bacakanlah ia kepada orang yang akan mati di antara kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasaa’i. Dinilai lemah oleh ad-Daruquthni, al-Haitsami, al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth). 
Walaupun hadis di atas dhaif tetapi ulama membenarkan (untuk beramal bukan untuk menjadi sumber hukum) untuk diamalkan semata-mata mencari keredhaan Allah SWT dan terdapat hadis sahih menyatakan :

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi 10 kali, aku tidak mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Surah Yasin adalah salah satu daripada surah-surah dalam al-Quran. 

ii. Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah sekali, ayat Kursi sekali, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) sekali. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Waulahualam.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita beramal dengan amalan cara Islam dalam apa keadaan sekali pun samaada semasa kita membeli rumah atau semasa kita hendak menduduki rumah baru. Rumah yang berkat adalah rumah yang sentiasa dilaungkan bacaan al-Quran, berzikir, solat-solat sunat dan mengadakan majlis tazkirah dan tarbiah.

dan tambahannya...
  • Menyediakan jamuan
Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata : 
“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.






May 29, 2012

Say No To Rambut Gugur

Sejak anak sudah dua ni makin menjadi-jadi pula keguguran rambut. Rasanya kalau rumah tu tak bersapu memang penuh je rambut kat lantai tu. Kadang-kadang time mandi, basahkan kepala mama tak berani untuk lap kasar-kasar sebab kuatiri rambut lebih banyak gugur. Mama gunakan kaedah bungkus kepala + rambut dengan towel sahaja untuk keringkan.


*credit to link

Tadi time lunch hour terus pergi kedai salun yang kawan mama rekemen. Sebab dah tak tahan so mama potong pendek terus macam zaman belajar sekolah menengah dulu. Puas hati sangat dengan servis kedai salun tu. Siap massage lagi sampai belakang badan. Jarang-jarang rasanya kedai untuk massage sampai belakang sebab biasanya just leher je kan. 

Ada juga google untuk cari petua + punca berkenaan rambut gugur ni. 

Punca Rambut Gugur (link)

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih. 

* Penyakit tiroid

Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius

Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala. 

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan

Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan



Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser

Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.



Petua Mengelakkan Rambut Gugur (link)

Ada beberapa petua yang dijumpai dalam internet ini untuk mengelakkan dari keguguran rambut…dan setelah dimentelaah dan di perhatikan betul2, lidah buaya merupakan antara kaedah terbaik untuk mengubati penyakit yang sememangnya telah menjadi salah satu kehidupan manusia. Mari kita melihat petua-petua nya :
Petua pertama
Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.
Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.
Petua Kedua :
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua Ketiga :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua Keempat :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.


p/s: akan try untuk cuba petua-petua di atas since rambut dah pendek so lebih senang untuk start jaga semula. Chaiyok-chaoyok...



Nov 1, 2011

Shopping Online

Maklumlahkan, mama kan dalam pantang lagi. So tak dapat la keluar2 rumah bagai kan :p so solution untuk menghiburkan diri, mama menyopping online (hihi bahasa ape la ni kan?) :p

Harini sudah hari ke-40 mama berpantang. So dah tak lama lagi tamatlah hari berpantang :) Hari-hari dok tengok baju menyusu & barang2 baby. Dah ada parcel yang sampai. Tapi tetap maklumkan kat papa dulu sebelum tu hehe. Kan papa kan :)

Dah lama sebenarnya tak buat keje-keje shopping online ni. Sebabnya waktu2 biasa boleh aje dok berjalan-jalan dengan papa dan kawan2 opismate. Dah ni duduk kat umah je kan, time anak2 tidur time tu la mama sibuk di depan laptop. Masa awal2 dalam pantang belum berani duduk lama2 sangat. Satunya sebab memang tak dapat. Satu lagi nanti mak mama akan bebel hehe. Nasib baik ada mak yang masih lagi sudi nak jaga anak2nya dalam pantang. Alhamdulillah. Moga mama juga kuat untuk menjagamu nanti mak abah.

Oklah, cukup takat tu dulu. Ni mama listkan a few web yang mama dah berjaya menyopping online :)




  1. http://trendy-muslimah.com/ - pemiliknya Sis Odah. Sangat friendly dan mesra dengan soalan2 mama hehe. tq sis. pasni boleh dapat diskaun lebih lg ek :p


  2. http://e-mumshop.com/ - pemiliknya pn.aqilah - beli botol baru kat abang aliff kat web ni


  3. http://www.fabulousmom.com/catalog/index.php - beli barang mama dan baby :)


Itu sahaja untuk hari ini. Esok2 kalau ada shopping lagi, mama update lagi yer link2 baru. :)



Jan 19, 2011

Doa amalan banyakkan susu

*credit to pn dhia

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin


Jun 10, 2010

Oh Ketumbit..

sejak smlm kelopak bwh mata kanan mama rasa sakit2..klu tenyeh mata rasa xselesa..tnya kwn minta dia tgkkan kn..dia ckp nk jd ketumbit kot.. (psttt..jgn plak ckp mama ngendap org ekk..hihi...)

tup2 pg nih..nmpk da bengkak lg..btl la kot ketumbit..

dr jauh...

close up sket...

(abaikan sembab bwh mate tu yer kalians...:p )


info tentang ketumbit..

Pengenalan

Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.

Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.

Penyebab

Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan

Patogenesis

Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.

Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.

Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.

Simptom-simptom

* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah

NYatalah ketumbit ni takda kena mengena dengan mengintai anak dara orang tgh mandi ke hape ke…

(thanx wiki wiki)

info dr sini..tq yeah...

Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.



Apr 14, 2010

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama..

Arini agak bz sket..so ni mr.hubby ada bg link utk kuliah zohor katanyer hihi...tq syg..best baca..klu korang ada masa layan smpai abeh..mmg bagus nih...

perihal kehidupan kita..

------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada para pengunjung IbnRajab Online, inilah emailnya..

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela… Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la…) “Saya harap ini tak pernah terjadi”. Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata “Some people just don’t know what to wish for” (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya ‘just nice’. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.
Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah…

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always greener on the other side’. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm… Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah… tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 – 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi… Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni… Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan…

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP….ALHAMDULILLAH …..”

p/s: mama : alhmdlh utk rezeki ini...

Mar 25, 2010

Impetigo penyakitnye bukan chicken pox..

susulan daripada entry spot merah di badan aliff..lps jumpa doc..IMPETIGO penyakitnyer...

doc ckp maybe pengasuh tu pembawanya kuman nih..sbb dia pernah ada anak yg kena benda nih ms kecil..dan juga maybe jiran pengasuh pmbawa juga sbb anaknye pn baru je lps jadi..

doc pesan hygean kena jga..make sure minta pengasuh mandikan aliff atleast 3x buat ms skrg..

bla bla bla...rujuk sini utk maklumat lanjut lg..


Apa itu impetigo?
Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Bagaimana ia berlaku?
Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan. Penyakit ini sangat gatal.

Bahagian badan manakah ia berlaku?
Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

Bagaimana ia berjangkit?
Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :

  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini

  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian lain.

Komplikasi

  1. Kadang-kadang, jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.

  2. Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.

Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?

  1. Bawa anak anda berjumpa doktor

  2. Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan

  3. Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk

Tindakan lain :


  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari

  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain

Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?

  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga ia kering

  • Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar

  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang berjangkit

  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih

  • Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor


p/s: rasa2 mcm sok nk EL je..nk make sure aliff mkn ubat antibiotik yg doc bekalkan dan sapu ubatnye btl2..ikutkan dlm artikel malay n english mama baca tu dia soh kuarantin anak2 yg kena penyakit nih..kira dia kategori penyakit berjangkit mcm chicken pox dll...

p/p/s: mommies2 kt luar ada x pengalaman anak2 dpt penyakit nih? apa tindakan yg dibuat yer? tlg....





Mar 12, 2010

Sungai dalam laut..lihatlah kebesaranNya...

got dis picture from my collogue...

lihatlah kebesaran-Nya...allahu akbar!!!










p/s: to lin mama qaisara, bila aku tgk n3 ko br aku tingat aku pn ada gmbr yg menunjukkan kebesaran Allah..:)


Mar 11, 2010

KL International Book Fair 2010

salam...

just nk update pada yang belum tau lagi...

ada Pesta Buku 2010 dr 19 - 28 Mac 2010 di PWTC..

jomlah ke sana...


p/s: mama ingt nk pegi la..jom gi reramai2...hihi...


Feb 23, 2010

Pedoman Suami Isteri

Pedoman utk suami

"Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai."

"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

"Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. suami yang matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"

"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan"

"Janganlan suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak0- budaknan isteri"

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya.

"Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"

"Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar, kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"

"Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan"

"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka
seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan" .

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya" .

"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".

"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."

"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."

"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"

"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"

"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

"Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji jika tidak bersedia menepatinya" .

"Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu bersana beri perhatian sewajarnya".

"Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara, ia barat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri".

"Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka".
Mutiara Kata: "Malam itu panjang dan jangan dipendekkan dengan tidur, Siang itu terang dan jangan digelapkan dengan dosa, Hati yang gersang, suburkanlah dengan zikrullah"


Pedoman utk isteri

"Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya."

"Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga. "

"Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak bersosial."

"Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong. Apabila pembohongan terbongkar, suami akan rasa tertipu sehingga menjejaskan rasa kepercayaan terhadap isteri."

"Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan."

"Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah."

"Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai.."

"Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda
an perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya."

"Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami akan
tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya".

"Isteri yang terlalu cerewet dalam semua perkara pasti tidak akan disukai suami. Terlalu cerewet menyebabkan perkara senang menjadi sukar dan yang ringan menjadi berat".

"Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang samaada terhadap suami dan anak-anak.Isteri yang terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya" .

"Isteri yang tidak menjaga penampilan diri, comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami. Isteri yang selalu kemas dan memakai haruman lebih disenangi suami".

"Suami berasa terabai sekiranya isteri mementingkan kerjaya hingga mengenepikan rumahtangga dan keluarga. Berilah perhatian pada keluarga, pasti anda dihati mereka".

"Isteri yang tidak menjaga pergaulannya dengan lelaki lain akan menimbulkan rasa tidak senangdan cemburu pada diri suami malah boleh menggugat keamanan rumahtangga" .

"Isteri yang kuat berleter akan timbulkan suasana tidak tenang pada suami, terutamanya pada pagi hari. Cari masa yang sesuai berbincang dan buat suami rasa dihargai"

"Curiga yang keterlaluan terhadap suami perlu dikawal kerana sangkaan melulu boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga serta timbulkan rasa tidak selesa kepada suami"

"Memaksa suami beralah ketika berselisih faham hanya memberi keuntungan jangka pendek pada pihak isteri kerana suami akan memendam perasaan marah yang berterusan".



Aug 3, 2009

Sama-sama cegah H1N1

1. Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?
Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu

Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)

Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran

Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI).

Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma,
diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

Common Cold

Disebabkan oleh berbagai jenis virus Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari

Pharyngitis / radang tekak

Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya

Pneumonia/ jangkitan paru-paru

Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital

2. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1). Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.
Lagi...

3. Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan ?swine flu? (selesema
babi)?


Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan kajian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara. Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

4. Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada pril 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en

5. Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan erasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

6. Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

7. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?

Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

  • Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat
    kerja, sekolah atau tempat sesak
  • Berehat dan meminum banyak air
  • Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu,
    buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan
    segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan
    alkohol
  • Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan
    hidung dengan dengan lengan dan siku anda
  • Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di
    sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
  • Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami
    dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
  • Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan
    bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
  • Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk
    seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera
    berjumpa doktor untuk pemeriksaan

9. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

10. Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

  • Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan Adab batuk yang baik (cough etiquette)
  • Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
  • Pengudaraan dalam rumah yang baik
  • Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di
    hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik
    dapat diminimakan
  • Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan
    berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala
    menjadi lebih berat.
  • Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan
    keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu
    diberi perhatian utama
  • Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko
    tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan
    penyakit kronik paru-paru
  • Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk
    mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
  • Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat
    Kesihatan Daerah yang terdekat

11. Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan. Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).

12. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.

13. Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?

Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

14. Bolehkah kita ke luar negara?

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana. Sekiranya anda jatuh sakit sama ada emasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera
dapatkan rawatan doktor.

15. Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?

  • Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.
  • Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.
  • Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.
  • Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
  • Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami
    gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

16. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut
Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor. Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

17. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

18. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?

Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah. Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat
di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

19. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh
hadir ke tempat kerja seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

20. Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan
perjalanan ke Negara yang terjejas.

Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.

21. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan
(sustained human to human transmission)?

Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti

22. Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai. Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Lagi...

23. Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku
dan tombol pintu)?


Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan
menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

24. Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?

Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol
boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

25. Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja,
sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka
sendiri sebelum membasuh tangan.

26. Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?

Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03?8881 0200/0300 atau e-mel ke
cprc@moh.gov.my

Take care,


Jul 16, 2009

KURSUS PENYUSUAN EKSKLUSIF BAGI IBU BERKERJAYA

Hi All, This is STICKY POST!
please scroll down to read my new post ok...TQ..


Kursus : Penyusuan Eksklusif Bagi Ibu Berkerjaya
  • Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
  • Masa : 8.00 pagi - 1.00 tgh (5jam)
  • Tempat : Kolej Komuniti Kuala Langat, Banting
  • Yuran : RM10 sahaja (termasuk makan)
  • Penceramah : Pn Zatul Hijanah Ramzi (Kaunselor Laktasi)

Topik
  • Pengenalan Penyusuan Ibu
  • Kepentingan susu, cara penyusuan yang betul, teknik2 penyusuan
  • Penyusuan bagi ibu berkerjaya - sebelum & selepas mula berkerja (pengendalian ebm)
  • Masalah2 penyusuan
  • Mitos penyusuan susu ibu, penyusuan semasa berpuasa, penyusuan ketika stress,
  • penyusuan ibu ketika hamil
Kepada sesiapa yang berminat atau ingin maklumat lebih lanjut :
sila emel rohayu@kkkla.edu.my

atau hubungi rohayu 03-31202030 ext 307
atau kalau shy2 cat nak contact rohayu bagitau mama..nnt mama mention kt kwn mama..ok..hehe..

Mari bersama-sama kita meuar2kan ilmu penyusuan eksklusif susu ibu kepada semua ibu di Malaysia...

Note : Kepada rakan yang berminat, sila buat pengesahan kehadiran dengan memasukkan yuran RM10 ke dalam akaun wakil Kolej Komuniti Kuala Langat 1630 6406 3631 (MAYBANK) SEBELUM 16 Julai 2009 bagi memudahkan membuat tempahan makanan. Sila kemukakan slip pembayaran/slip maybank2u pada hari kursus.


Jun 25, 2009

Pemakanan Bayi

sumber dari : The Malaysian Paediatric Assocition

S1 : Mengapakah proses memperkenalkan makanan tambahan (weaning) mustahak?


Susu ibu merupakan makanan yang terbaik dan mencukupi untuk bayi sehingga umur 4 hingga 6 bulan. Apabila berumur 6 bulan, makanan tambahan perlu diperkenalkan kepada bayi untuk melengkapkan keperluan tenaga, protein dan zat-zat lain untuk membesar dengan sempurna.

S2 : Bilakah masanya untuk memperkenalkan makanan tambahan?

4 hingga 6 bulan

S3 : Bagaimana caranya untuk memulakan makanan tambahan?

Ibu harus bersabar dan cuba berulang-ulang memberi makanan tambahan tanpa paksaan. Jika makanan diludah keluar, jangan bimbang kerana keadaan ini tidak berpanjangan sudu kecil patut digunakan.

Untuk menggalak anak mengunyah 1-2 sudu bijirin (bubur nasi), ubi-ubi yang rebus atau pisang masak yang dilecekkan boleh diberi sebagai permulaan. Apabila bayi biasa dengan makanan tersebut, kadar dan jenis makanan boleh ditingkatkan kepada 3-4 kali sehari

S4 : Makanan jenis apakah yang boleh diberi?

Gunakan makanan yang baru dimasak, atau baru dikupas dan dibasuh untuk menentukan kebersihan. Apabila bayi telah biasa mengunyah, selalunya dalam linkungan umur 6-7 bulan, makanan yang sempurna perlu diberikan.

Makanan yang sempurna mengandungi :

1. makanan asas seperti bijirin/bubur nasi
2. bahan makanan protein seperti ikan, telur ayam, daging, kacang-kacang
3. makanan berkhasiat vitamin seperti sayur-sayuran dan/atau buah-buahan

Contoh jadual makanan tambahan :

Umur 3-6 bulan
  • 6-8 pagi - Susu ibu
  • 10 pagi - Makanan bijirin, susu atau buah-buahan yang dilecek
  • 2 petang - Susu / Bubur atau sup / Puree buah-buahan atau sayur-sayuran
  • 6 petang Susu ibu- Waktu tidur Susu ibu
Umur 6-12 bulan
  • 6 pagi - Susu ibu
  • 9-10 pagi - Bijirin dan susu atau buah-buahan dengan bubur/sup atau telur rebus
  • 1-2 tengahari -Nasi dan ikan dengan sayur-sayuran hijau atau daging dan puree sayur
  • 3-4 petang - Susu atau buah-buahan atau air
  • 5-6 petang - Nasi dan kacang-kacang /Pisang lecek
  • Masa tidur - Susu ibu
Panduan jadual diatas patut diubahsuai mengikut jenis-jenis makanan yang terdapat dikawasan-kawasan atau negeri-negeri yang berlainan.

S5 :Bagaimanakah diketahui pemakanan mencukupi untuk pesakit?

1. Sejarah pesakit :
1.1 Pemakanan pesakit dan keluarga dalam masa 24 jam kebelakangan
1.2 Penyakit-penyakit tenat yang boleh mengurangkan berat badan pesakit seperti cirit-birit, jangkitan pernafasan

2. Pemeriksaan pesakit :
2.1 Ukuran anthropometri
2.1.1 Berat badan
2.1.2 Ukuran tinggi

Cara-cara untuk menentukan tahap pemakanan anak seperti lilitan pertengahan lengan (mid-armcircumference), ketebalan kulit (skin fold thickness) dan sebagainya boleh juga digunakan.

Malnutrisi dikatakan berlaku apabila berat badan anak kurang daripada – 2SD dalam carta NCHS. (sila lihat apendiks 5). Pertumbuhan terbantut pula terdapat apabila ketinggian anak kurang daripada – 2SD dalam carta ketinggian yang sama.

Bagaimana Cara Menimbang Anak
1.Tentukan mesin timbang dikalibrat
2.Tanggalkan pakaian dan kasut anak
3.Letak anak di atas mesin timbang *
4.Berat badan diambil apabila jarum ukuran berhenti

* Jika anak tidak berdiam diri, maka timbang ibu bersama anak dan seterusnya timbang ibu seorang.

* Berat badan anak = Berat ibu dan anak – Berat ibu.


Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail
Dr. Iean Hamzah Sendut


Jun 8, 2009

Carta pemakanan bayi

Umur : 5-6 bulan
Tekstur makanan : Puree halus
Minuman : Susu Ibu 5x sehari
Makanan : Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
Elakkan : Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang.

Umur : 6-8 bulan
Tekstur makanan : Puree sedikit kasar
Minuman : Susu ibu /FM 4x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang
Elakkan : Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin(sardin), organ dalaman haiwan.

Umur 8-9 bulan
Tekstur makanan : Lenyek atau kisar
Minuman : sama seperti 6-8 bulan
Makanan : sama seperti 6-8 bulan
Elakkan : sama seperti 6-8 bulan

Umur 9-12 bulan
Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu /FM 3x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur
Elakkan : Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam dan gula(sedikit sahaja), organ dalaman haiwan dan lemak.

Umur 12-18 bulan
Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu /FM 2x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga
Elakkan : Telur mentah, cili dan kerang-kerangan

copy form lin aka mama qaisara

Jun 2, 2009

DIA LAH PROFESOR KU...MAK...

HAYATI TULISAN INI DAN SELAMI SEIKHLASNYA,

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata....memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku......mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut......Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat
marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku......mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk......mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk....... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri..... .

Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata jika kita mendengarnya......Tapi kalau mak sudah tiada....... ......

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

p/s: buat MAK ESHAH DARUS..ceq teramat beruntung kerana punyai emak macam seorang mak..mak lah segalanya bagi ceq..mak yang melahirkan ceq..mak yang membesarkan ceq..makla segalanya..semuanya mak telah lakukan yang terbaik utk anak mak nih..walau di mana ceq berada i.allah ceq akan sentiasa doakan mak..maafkan ceq andainya sewaktu ceq berada di bawah jagaan mak, ceq byk sakitkan ati mak..sekarang nih bila bergelar seorang ibu, barulah ceq faham macam mana perasaannya bila anak2 berada disamping..dapat melihat anak adalah satu anugerah yang indah..begitulah ceq rasa bila tatap wajah aliff..dan ceq bleh bayangkan mak pun akan rasa macam tu pada ceq dan anak2 mak yang lain..KAMI SEMUA SAYANGKAN MAK...

Apr 15, 2009

18 - 19 April 2009 Pureen Stock Clearance Promotion

>> msg ini mma tujukan dengan penuh kasih syg khas buat papa..:p

"pstt papa..ada pureen warehouse la syg...ehem2..jom :p"

>> buat kengkawan just nk roger2..jom pakat p serbu 18 - 19 april nih hehe...



Product Offered

  • Baby Diapers
  • Baby Apparels
  • Baby Toiletries
  • Baby Accessories
  • INCO Adult Diapers
  • Adult Toiletries
  • Sanitary Pads
  • Maternity Pads

Brands Featured

  • Pureen Pride ‘N’ Joy
  • Pureen Basic
  • Tracia Toiletries
  • Dr Mist

Time: 10am to 6pm

Location (Tel 603 7628 8888)
Summit Company (M) Sdn Bhd
Lot 6 Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

more info layari : http://www.pureen.com.my/

p/s: sesapa yg gi tu sila2 lah wt review yerk...:)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India