Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Sep 27, 2012

Blogger List a.k.a Exchange Link

Mama nak buat Blogger List yang baru..

Sebab dah lama tak update..

If mommies atau sesiapa sahaja di sana yang nak exchange link..

Sudilah kiranya comment di entry ini yer..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah sini...

Wink..wink.. \^_*/


Milestone : Adam Setahun


Walaupun telah setahun berlalu, seperti semalam sahaja proses kelahiran adik Adam. Seperti baru sahaja adik Adam menjadi sebahagian ahli keluarga. Tapi itulah, masa terlalu pantas berlalu..

Sudah lama kan tak update milestone adik Adam. Kesian pula adik. Ni mama update yer sayang.. :)
  1. Checkup setahun adik adam pada 26/9/12, berat dah 9.4kg.

  2. Gigi masih lagi belum ada :)

  3. Dah boleh berjalan. Tapi belum betul2 lancar lagi. Kadang-kadang tersadung kaki sendiri. 

  4. Dah boleh sebut mama & papa. Adik Adam 1st word is MAMA u.. :)

  5. Masih makan bubur. Still blend sebab Adam tak suka kalau tekstur bubur tu kasar. Camna nak tumbuh gigi kalau macam ni dik?

  6. Dah pandai berebut barang dengan abang Aliff.

  7. Dah pandai rasa itu barang dia punya if dia tengah pegang abang Aliff nak rampas. Meaning, dia akan pertahankan barang yang dia tengah pegang :P

  8. Pandai main gomol-gomol dengan abang Aliff. Siap boleh liuk lentok landing atas abangnya. So Sweet :)

  9. Sangat suka ketawa mengekek if abang Aliff agah dia.

  10. Pandai meniru bunyi atau pergerakan orang. Contoh macam kita ketuk barang atas meja, dia pun akan ketuk.

  11. Bila sebut bye-bye, adik Adam akan lambaikan tangan.

  12. Bila sebut salam dik. Dia akan hulurkan tangan untuk salam.

  13. Mulut memang sentiasa berbunyi cuma tak tahu apa yang diomelkannya :)

  14. Suka naik motor, scooter atau kerusi dalam keadaan terbalik. Tak caya? Tengok gambar kat atas :P

  15. Bila nyanyi tepuk amai-amai, akan terus tepuk laju-laju.

  16. Dah pandai memanjat. Motor abang Aliff pada mulanya menjadi sempadan dapur, dah berjaya dipanjat. So now dah tak jadi penghadang. Skill sangat terrer nih...

  17. Kalau abang Aliff tengah buat homework, memang suka kacau. Last akan bagi adik Adam satu buku juga. Pandai dia tengok buku.

  18. Jari kecil adik Adam dah pandai point pada tablet papa. Syomel je jari kecik tu dok touch-touch.

  19. Dah pandai merajuk. If tunjukkan kita tengah marah, akan merajuk dengan tundukkan kepala. Ataupun menangis bagai nak rak. Sebek-sebek mulut memang dah lama pandai :)

  20. Pantang tengok botol susu abang Aliff. Memang suka main + terbalikkan botol susu biar titik-titik atau akan hisap puting.

  21. Kalau kita panggil namanya, dari jauh dah boleh datang. 

  22. Suka buat mimik muka yang sangat syomel + cute. Geram je rasa. Then buat hidung kedut-kedut hehe.
Rasa till now dulu. Nanti mama sambung lagi yer sayang.. Ketemuk lagi di sesi milestone akan datang.

Apa pun, mama sangat bahagia dapat melihat adik Adam membesar dengan sihat, riang, cergas dan cerdik. Alhamdulillah. Jadi anak yang soleh yer nak. Mama love u! Mama love abang Aliff jugak!!!! Muahhhhzzz....



Sep 26, 2012

1st Birthday Boy : Muhammad Adam Haikal

23 September 2012 haritu merupakan Hari Kelahiran Adik Adam yang pertama. Pejam celik pejam celik Adik Adam dah setahun. . 


Alhamdulillah. Sepanjang proses itu, susu mama masih lagi menemani perjalanan dalam membesarkan adik Adam. 

Inilah adik Adam.. Di hari pertama kelahirannya dan hari ini setelah genap setahun. Untuk entry kelahiran Adam > Di sini

Buat sedikit sambutan di rumah "Ummi" a.k.a babysitter Adik Adam . Abang Aliff turut serta dalam acara memotong kek :)

Doa mama pada adik..moga adik Adam menjadi anak yang soleh, sentiasa di bawah perlindungan & diberkati Allah hendaknya. Moga menjadi anak yang bijak, cerdik akal fikiran dan terang hati.. Berjaya di dunia & di akhirat serta sihat tubuh badan dan fikiran.. Amin...

p/s: Dapat melihat pembesaran anak-anak di depan mata adalah satu anugerah TERINDAH dari ALLAH.. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. Alhamdulillah.. Semoga mama dan papa akan terus di hati abang Aliff dan adik Adam..

p/p/s : Checkup 26 Sept 2012 berat adik Adam dah 9.4 kg tau.. :)



Sep 24, 2012

Update Rumah : Pilih Grill

Weekend hari tu dah selamat memilih design grill untuk rumah baru. Actually design ni pilihan 99% daripada papa hanya 1% sahaja mama contribute untuk ya kan atau tidak untuk design ini hehe :) 




Untuk gate belum decide lagi samada nak ikut macam tu atau tidak sebab hari tu plan asal tak tukar gate pun. Maybe akan tukar bentuk gate je tapi still pakai corak yang sama. So tu dalam katalog la kan. Kita tunggu dan lihatlah camana rupa sebenar nanti. 

p/s: Mama ikutkan aje sebab janjinya papa jangan kacau pilihan mama untuk design kitchen cabinet nanti hehe..

p/p/s : Semalam 23 September 2012 adalah Hari Lahir Adik Adam yang pertama.. Nanti akan citer lebih untuk next entry yea...


Sep 19, 2012

Penumpang Beg Mama

Rupa-rupanya ntah berapa lama la ada penumpang dalam beg mama nih. Dengar tajuk macam ngeri tak? :) Hehe takde apa la. 

Dahulu pernah buat entry lebih kurang macam ni jugak. Nak tau kisah dahulu >> Klik Sini

Patut la mama rasa handbag mama ni berat je :P Cer perati tengok betul-betul siapa penumpang tersebut :)


Psstt..abaikan item-item lain yer :P 
Nampak tak siapa yang menempel tu.. :)

Yeah..inilah die penumpang itu. Ultraman Tiga kalau mama tak salah.. kena confirmkan semula dengan Aliff ni :)

Rasa-rasanya Aliff yang masukkan dalam ni. Atau mama sendiri ntah la dah lupa. Sebabnya kadang-kadang memang Aliff jenis yang suka keluar rumah bawa barang tapi last minute nanti dah jalan-jalan dah taknak bawa barangnya. Last-last handbag mama jadi sasaran tumpang barangnya. Sebab tu handbag mama berat tau papa :P


Apa pun, sangat geli hati + enjoy melihat ultraman jadi peneman di meja mama hari ini... 

p/s:: Abang Aliff, mama pinjam ultraman yer.. :)



Sep 18, 2012

Update Rumah : Hood, Hob dan Oven Baru

Haritu 4 September 2012 (Selasa), kami sekeluarga telah menerjah Houz Depot, PJ lepas balik dari kerja. Kisahnya sebab nak rembat promosi hood, hob & oven di sana. Setelah merempuh jem yang amat, selamat sampai di Houz Depot PJ lebih kurang jam 8.15 malam macam tu. Pilih itu ini, dengar penjelasan dari salesman itu ini, mama pun tanya macam-macam untuk puaskan hati, lastly. Ambil item-item di bawah.



Atas sekali kotak hitam : Shower Heater (ni item last minute grab sebab tengah promo :)
Kotak tengah : Hob 2 burner brand Rubine
Kotak besar bawah : Adalah oven hehe.. sorry kotak terbalik. Rubine brand also

Ini adalah hood brand Rubine jugak.
Bola merah tidak dibeli yer. Tu bola adik adam :)

Rubine ni brand baru untuk hood hob oven. Tp sebab ada promotion baik punya sebab mama decide ambil. Untuk gambar yang real punya nanti kita snap skali dengan kitchen cabinet lah yer :) kali ni papar gambar item dalam kotak je dulu yer :)

p/s: Moga-moga makin berasap lah dapur baru mama nanti :) Amin... (mode : mama sangat teruja untuk cepat-cepat install kat kabinet dapur )


Sep 10, 2012

Update Rumah : Penyerahan Kunci Rumah Baru

Sabtu hari tu 8 September 2012 adalah hari yang sangat menggembirakan hati mama & papa kerana dapat ambil kunci untuk rumah baru. Alhamdulillah. Setelah menunggu dengan penuh tidak sabar untuk sampai hari itu :)

Jadinya, pagi sabtu tu dalam kul 11 ke tapak perumahan untuk sesi serah kunci. Tapi takde la buat majlis bagai sebab tak ramai pun yang dipanggil untuk ambil.

Kerja-kerja inspection by Mr. Hubby. Cek jangan tak cek sayang :)

Abang Aliff menguji kekuatan tile di ruang living dengan melompat-lompat :)

Kepala kasi tengok syiling kalau ada syiling yang tak ok sambil tangan mengetuk-ngetuk tile. 2 + 1.. Cayalah Papa! :)

Adik Adam pun turut serta dalam kerja-kerja inspection ni. Tugas Adik Adam adalah cek dinding kalau-kalau dorang pasang senget :) 
Sebenarnya Adik Adam dah boleh melangkah sikit-sikit tapi dia lebih suka merangkak la kan. Dah dukung lama mama tak larat da so pakaikan dia shoes untuk dia jalan sendiri. 
Sebab tu letak di tepi dinding, bolehlah dia meniti sepanjang dinding tanpa mengotorkan bajunya :)

Adik Adam : "Mama, adik rasa dinding ni ok. Lulus 100%. Apa kata nanti kita cat warna lain kasi cantik sikit? Nak tak mama? " :) 

So sekian dahulu update tentang rumah. Lepas dah isi borang komen untuk diserahkan kepada pemaju, patutnya dah boleh ambil kunci kalau dah puas hati, Disebabkan tak puas hati lagi, kunci belum diambil untuk kerja-kerja baikpulih oleh pemaju yang telah dikomen-komen. So pemaju janji 2 minggu untu setelkan semua tu. Kita tunggu 2 minggu lagi. Harapnya ok.. Amin..

p/s: Hati sangat berbunga-bunga, hati sabtu tu juga dah panggil kontraktor Kitchen Cabinet datang ukur. :) Tak sabar sebenarnya untuk masuk pindah. Moga rumahku nanti menjadi rumah bahagia yang penuh dengan keberkatan dan keredhaan dari-Nya, amin..

Sep 5, 2012

I'm back...

Waduh-waduh. Memang banyak betul sawang kat rumah mama nih. Hari tu kan dah janji untuk sentiasa menjenguk di sini tapi tak tercapai jugak hasrat tu. Kerja-kerja di ofis membuatkan diri ini tak sempat untuk menjengah rumah blog ini.

Now dah ada citer yang pelbagai. Bila jari jemari ini mula menaip di ruangan blog, 1001 cerita hendak dikongsi sampaikan tak tahu yang mana patut didahulukan.

Sekadar update ringkas :

  1. Abang Aliff semakin hari semakin cerdik dan petah. Segala benda hendak diceritakan tetapi adakalanya sampai tak faham apa yang diceritakan oleh anak sorang tu :)
  2. Adik adam next month akan genap 1 tahun. Now dah boleh melangkah sikit-sikit. Last Ahad aritu pecah rekod 7 langkah terus. Cayalah adik adam. Alhamdulillah juga sampai hari ini adik Adam masih lagi full breastfeed. Moga boleh capai sama atau lebih dari abang Aliff...
  3. Berita yang paling menyejukkan hati lagi adalah hari Sabtu ni dah boleh ambil kunci. Sangat seronok! Alhamdulillah.
  4. Malam tadi, lepas kerja bersama-sama papa & anak-anak shoot ke Houz Depot untuk rembat promotion hood, hob & oven. Alhamdulillah tercapai hajat untuk memiliki.
  5. Papa pula cool as usual sentiasa membantu di mana sahaja bantuan diperlukan.
  6. 25 Ogos haritu mama baru sahaja menyambut hari lahir yang ke tuttttt.... hihi...
Cukup dahulu. Nanti akan update untuk tiap satu cerita di atas yer... insyaAllah...

p/s: Hati berbunga riang untuk tunggu hari Sabtu nanti....



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India