Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

May 15, 2012

Review : Medela Freestyle (mamaSalmi Version)

Ini adalah review version mama sendiri tentang FS Medela. Lain orang lainlah pendapatnya kan :) 

Entry lama berkenaan "Mimpi Benda" telah menjadi realiti, Alhamdulillah..

p/s: Diingatkan juga, pump murah @ mahal bukanlah penyebab susu ibu itu menjadi banyak atau sikit. Semua itu terpulang kepada daya usaha dan juga disiplin serta ketekunan kita mengepam :)

  1. Pada hari pertama (7/5/12) atau minggu pertama di tempat kerja mama menggunakan FS ini hasil output tidak semeriah semasa menggunakan S3. Hati kecil mama mengatakan mungkin masih belum serasi dengan pump yang baru ini. S3 mama menggunakan hard breastshield manakala FS ni soft breastshield. So maybe suction dia lebih slow @ lembut sebabnya permulaan mama hanya berani menggunakan Level 5.

  2. Setakat dah hampir 2 minggu (hari ke-10) menggunakan FS ini, hasil output dah sama banyak semasa menggunakan S3. Malah lebih cepat masa pengepaman itu. Now mama juz buat dalam 20 minit sahaja :)

  3. Daya tahan baterinya ialah hampir seminggu utk pengepaman 2x @ 3x  @ 4x sehari macam mama ni. 

  4. Paling best FS ini dia ada stimulation phase, so dengan phase ini menggalakankan process let down akan menjadi lebih cepat. Normal time pakai S3, dalam 10 minit baru dapat let down pertama then hampir 25-30 minit baru let down ke-2. 

  5. Tapi dengan FS terus let down time stimulation phase ni, so susu memang cepat penuh. (dalam masa 20 minit sahaja)

  6. Dengan adanya handfree kit, memang lebih memudahkan mama untuk membuat 3 in 1 kerja. Sebagai contoh pernah pump semasa driving balik sebab di ofis tak sempat untuk mengepam untuk sesi petang. Jadi sangat teruja kerana dengan ke MOBILEan FS, mama dapat mengepam di mana sahaja. Tanpa perlu terikat dengan wayar + extension bagai.

  7. Dahulu dengan S3, mama akan pastikan dalam beg pam mama akan ada wayar extension. Sebab takut kawasan yang mama nak pump tu memerlukan sambungan wayar. Pernah pakai S3 mama pump ketika mesyuarat pengurusan tanpa rasa segan silu. :) Tapi dengan FS ini mama just perlu pikul pam yang hanya sekecil tapak tangan itu :) Bila bateri habis, just charge then guna semula di mana sahaja :)

  8. Now, EBM dalam peti ais dah makin bertambah sebab dah mula rajin untuk mengepam semasa di rumah. :) Mama LOIKE :p

  9. Part-part accesories (betul ke eja ni :P) lebih leceh mama rasa pada permulaannya time nak mencuci + time nak pasang semula. Now rasa ok dah :) dah terror katakan..

  10. Akhirnya, mama bagi 5/5 star utk Medela Freestyle. Sangat rekemen untuk mommies-mommies di luar sana yang tengah pregnant atau sedang BF anak-anak. Harganya memang mahal ( for me la), sekarang ni banyak seller yang menawarkan sistem kutu. So tepuk dada tanya selera + iman sekali hehe.
Cukup takat itu dahulu Review untuk kali ini. Jika ada teringat + penambahan lagi, akan ada Part 2 Review pula. Chewah :P

P/s: Walaupun sekarang sudah berFreestyle, mama tetap merindui zaman semasa penggunaan S3. Kerana S3 lah yang banyak berjasa + membantu mama selama hampir 4 tahun, seusia abang aliff. 3 tahun semasa dengan abang aliff dan 7 bulan semasa adam. Alhamdulillah.



Gambar pump bersama accesories + susu pertama try pump

berFreestyle semasa drive balik ke rumah. Time ni tengah stop trafik light sebab tu sempat ambil gambar :)

Wajah-wajah kesayangan hamba..

p/s/s: Buat anak-anak mama Aliff dan Adam, mama akan cuba selama yang boleh untuk memberikan susu yang terbaik buat kalian. Abang Aliff telah selesai selama 2 tahun 7 bulan. Now turn adik Adam pula..Dan mama halalkan setiap titisan air susu mama yang mengalir dalam tubuh kalian. Mama sayangkan anak-anak mama...


4 kawan fizumie berkata-kata:

Rose said...

as slm..hi follow cni:)

iswatie "colours of life" said...

Welcome to the club!

lia said...

lia x sesuai dgn fs.... anak ke2 ni, samada balik ke s3 @ nak try pisa... ;)

mama salmi said...

rose> hi tq follow sini..

iswatie> hehe...toce2..:)

llia> ye ke.. mie pun ingt at 1st x rasi jugak, then dah lbh sminggu br nmapak keserasian itu..:) mcm yg mie ckp, pump mahal bukan penentu susu banyak or sikit.. :) asalkan, istiqamah..kan? :)

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India