Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Feb 19, 2013

Breastfeeding Journey..

Di kala entry ini dipublish, mama baru sahaja memulakan kursus Research ditempat kerja mama. Entry ini telah dikarang terlebih dahulu untuk tatapan kalian semua pada hari ini :)

Masuk hari ini 19 Feb 2013, usia Adam 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah masih lagi fully BF Adam. Masih dikurniakan kenikmatan air susu untuk menemani perjalanan penyusuan Adam. Semoga dengan izinNya, mama dapat bertahan sehingga Adam genap 2 tahun usianya.

Menyingkap perjalanan fully BF ini, bukanlah satu perjalanan yang mudah. Pelbagai rintangan dan dugaan yang akan mematangkan kita. Baik dari segi fizikal mahupun emosi. Susu mama bukanlah semeriah seperti orang lain. Hanya dapat bertahan untuk satu jangka masa yang pendek. Tidaklah sampai perlu membeli deep frezer seperti mommies lain. Tapi Alhamdulillah. Walaupun begitu, anak-anak mama masih lagi dikurniakan kenikmatan ini. Usaha dan doa sentiasa menjadi peneman mama.

Berbekalkan pengalaman semasa fully BF Aliff dahulu selama 2 tahun 8 bulan, mama belajar dari hari ke hari. Bukan itu sahaja, mama masih lagi rancak membaca kisah-kisah, tips dari mereka yang pakar dan pengalaman-pengalaman mommies yang lain. Semua itu menguatkan semangat mama untuk terus memperjuangkan hak anak-anak mama. Tetapi, yang paling memberi semangat pada mama adalah wajah-wajah kebahagiaan mama sendiri, Aliff dan Adam. Melihatkan wajah mereka membuatkan mama akan rasa lebih bersemangat untuk terus berusaha.

Tinggal lagi hampir separuh untuk melengkapkan perjalanan ini. Biarpun dah tiba 2 tahun, moga masih lagi menjadi peneman Adam membesar. Seperti Aliff sendiri, berhenti BF taktala mama mengandungkan Adam 8 bulan. Aliff sendiri yang dah taknak menyusu. Mungkin pada waktu itu sendiri, susu dah takde ataupun tak sedap. Alhamdulillah. Semuanya adalah dari Allah..

Buat anak-anak mama, kalianlah buah hati mama dunia dan akhirat. Mama sayangkan Abang Aliff dan Adik Adam sangat-sangat...



Nukilan,

0 kawan fizumie berkata-kata:

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India