Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jun 27, 2012

Kursus Pendek Pizza dan Roti

Sabtu lepas 23 Jun 2012, mama berpeluang untuk menyertai Kursus Pendek di tempat mama sendiri di Kolej Komuniti Kuala Langat. Kursus Pizza dan Roti. Memang tak menyesal pergi sebab banyak sangat dapat belajar. Selama ini asyik dok makan pizza hut + roti bun yg beli sahaja. Hari tu dapat belajar cara-cara untuk buat. Makin jadi seronok bila tengok hasil tangan sendiri dan SEDAP pula tu :)


Layan je gambar yer..

Mama bersama tenaga pengajar + peserta kursus

Mama bersama group mate + tenaga pengajar

Pizza yang belum dibakar. Banyak kan cheese..

Bun yang sedap dimake up hehe.

Bun sosej + bun mexico a.k.a. roti boy a.k.a papa roti a.k.a mama roti.. sama ja sebenarnya..

Bun yang dah siap dimasak. Fuhhh...

Bun Sardin, Bun Redbean dan bun sosej... Memang Sodap!

Hawaiian Pizza yang di bawa balik untuk santapan cik abang  terchenta.. hehe..
Upah sebab tolong jaga Abang Aliff dan Adik Adam sementara mama gi kursus :)

Bagi yang berminat untuk join kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti berhampiran, boleh access Link ini untuk maklumat lanjut, Macam-macam ADO... :) Kursus komputer, kursus perisian macam Adobe Photoshop, Illustrator, 3D Max, Kursus Memasak, Kursus Jahitan.. Senang kata, MACAM-MACAM ADO.. :) 


p/s: Kalau datang Kolej Komuniti Kuala Langat ,boleh la bagitau mama. Hehe..




 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India