Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Nov 13, 2011

Mengidam!

Sangat-sangat rasa mengidam sekarang ni. Nak tau kenapa?

Baru-baru ni di rumah mama bersama kakak2 dan abg2 berlangsung discussion berkenaan BF dan gadgetnya. Kakak mama, k intan mengatakan yang dia nak beli pump baru. Fuh berdetik dalam hati, best ek. Tapi memula ingatkan sekadar begitu sahaja.

Hari ini ada masa lapang yang banyak sebab adik adam tidur dengan nyenyaknya. Abg aliff pula leka bermain bersama cousin2nya, aqeela dan aleeya. So mama pun surfing pasal FS iaitu Freestyle Medela. Gambar macam kat bawah nih. Fuhhhh...Menggoda You!!!!


Wah sangat teruja bila tengok gadgetnya. Nak2 lagi boleh dikatakan FS ni sangatlah mobility dan sangat mengujakan. Paling geram bila tengok mesin pump tersebut alahai sangatlah comel! Bole dibawa ke sana ke sini dengan mudah dan jayanya!

Erm tapi S3 mama pun masih lagi ok sebenarnya. Cuma kehendak hati sahaja yang terlebih nak dapatkan gadget yang superb nih. Agak2 papa approve tak ek? Mau taknya, bukan murah. Paling koman pun Rm1500+-. Erm kena fikir jugak jangka panjang sebab kalau ada rezeki by mid march akan masuk rumah. SO akan pakai lagi banyak duit.

Kat ofis mama pun ada jugak kengkawan yang beli s3 lepas mama beli, dah bertukar arah ke FS nih. Fuhh. Camana yer? Agak2 nak ikut serta ke tak ek? Hihi..

Tengok keadaan macam mana. So FS now adalah target kalau hal2 lain setel :p So papa, tunaikanlah permintaan isterimu ini.. :)

p/s: papa.....belikan lah... (pujuk rayu nih...hihi...)

Nov 1, 2011

Shopping Online

Maklumlahkan, mama kan dalam pantang lagi. So tak dapat la keluar2 rumah bagai kan :p so solution untuk menghiburkan diri, mama menyopping online (hihi bahasa ape la ni kan?) :p

Harini sudah hari ke-40 mama berpantang. So dah tak lama lagi tamatlah hari berpantang :) Hari-hari dok tengok baju menyusu & barang2 baby. Dah ada parcel yang sampai. Tapi tetap maklumkan kat papa dulu sebelum tu hehe. Kan papa kan :)

Dah lama sebenarnya tak buat keje-keje shopping online ni. Sebabnya waktu2 biasa boleh aje dok berjalan-jalan dengan papa dan kawan2 opismate. Dah ni duduk kat umah je kan, time anak2 tidur time tu la mama sibuk di depan laptop. Masa awal2 dalam pantang belum berani duduk lama2 sangat. Satunya sebab memang tak dapat. Satu lagi nanti mak mama akan bebel hehe. Nasib baik ada mak yang masih lagi sudi nak jaga anak2nya dalam pantang. Alhamdulillah. Moga mama juga kuat untuk menjagamu nanti mak abah.

Oklah, cukup takat tu dulu. Ni mama listkan a few web yang mama dah berjaya menyopping online :)




  1. http://trendy-muslimah.com/ - pemiliknya Sis Odah. Sangat friendly dan mesra dengan soalan2 mama hehe. tq sis. pasni boleh dapat diskaun lebih lg ek :p


  2. http://e-mumshop.com/ - pemiliknya pn.aqilah - beli botol baru kat abang aliff kat web ni


  3. http://www.fabulousmom.com/catalog/index.php - beli barang mama dan baby :)


Itu sahaja untuk hari ini. Esok2 kalau ada shopping lagi, mama update lagi yer link2 baru. :)



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India