Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Apr 22, 2012

Cuba Try Test

Assalamualaikim.

Bersiaran Dari kampung Mak mama di Kedah, menggunakan gadget Baru heje. So heaven dapat pulang ke kampung. Today punya plan nak melayan Mak gi cuci mata untuk kitchen cabinet Rumah Baru Mak nanti.

Mama pun excited juga hehe.

Nanti update lagi hehe.

Apr 19, 2012

Kasih Ibu

Di pagi hening ini teringat mak abah di kampung. Terasa lama betul tak menjengah diaorg di sana. Rindu di hati sangatlah amat! Bila bercerita tentang mak, mulalah mata ini menjadi kabur. Betapa kasihnya seorang ibu kepada anaknya yang bernama Umie ini. Mama lebih dikenali sebagai Cik Umie di kalangan keluarga dan juga kawan-kawan semasa belajar.

Bila menjadi seorang ibu barulah tahu betapa nilainya kasih ibu kepada anaknya. KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA!

Betapa setiap saat ibu itu dambakan kasih dan perhatian seorang yang bergelar anak. Duhai anakku Aliff dan Adam, ketahuilah mama ini akan sentiasa mencuba untuk menjadi mama yang mithali buat kalian. Akan cuba sedaya upaya untuk mendidik kalian ilmu di dunia dan di akhirat. Itulah janji mama kepada kalian berdua.

Sebab itulah Rasulullah bersabda, syurga itu di bawah telapak kakinya. Maknanya, restu ibu itulah paling tinggi. Taatilah ibumu 3x lebih daripada ayahmu. Kerana ibumu yang melahirkanmu dengan menyabung nyawa untukmu. Mak, maafkan anakmu ini andai ada salah dan silap. Terasa begitu kerdil diri ini dibandingkan kasihmu kepada ku sebagai anakmu.

Tak sabar untuk melihat mak abah di kampung. Buat anak-anakku, jadilah mama mu ini sebagai idolamu suatu hari ini. Semoga dikau membesar menjadi anak-anak yang soleh dan sayang pada mamamu.

Apr 10, 2012

Milestone Adam : 6 Bulan

Tengok blog mama ni sudah penuh dengan sawang2 dan debu. Apa tak nya, since Januari mama tak update. Bz tahap gaban yang amat!

Cuma sebab ada perkara penting perkembangan anak-anak yang perlu dicatat mama gagahkan diri juga.

Akhirnya, turn 6 bulan adik adam mula meniarap. Tanda-tanda nak meniarap tu dah ditunjukkan since adam 4 bulan lagi. Cuma tahap kegigihan tu sikit2 aje, puas try dia telentang balik. :) Yang best sekali, adam start meniarap di rumah ummi dia (pengasuh). Jeles jugak hehe. Takpe la adik, asalkan adik membesar dengan sihat alhamdulillah. Umminya cakap "Owh adik nak tunjuk kat ummi dulu yer.. :)"

Wajah keriangan adam bila dapat meniarap :) Debab tak adam? Checkup 6 bulan berat dah 8.2kg :p

Sekarang ini pantang lepa memang meniarap je. Tapi sebab adam da biasa tidur meniarap, so on that day juga dia pandai telentangkan diri balik. So takde masalah sangat, pandai dia telentangkan diri bila dah penat. Maybe la kot. Tu andaian mama je. Hehe.

So adik adam, mama da update ni yer, jangan kata mama tak update :P hehe.

Mama love anak-anak mama. Papa juga :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India