Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Dec 28, 2011

Wordless Wednesday #1




Sekian.. \*_^/




Dec 27, 2011

Anak Bujang Sulung Ku

Kadang2 orang kata biarlah anak sulung itu perempuan. Sebab nanti boleh tolong mamanya buat keja2 rumah.

Tapi siapa boleh sangkal anak lelaki pun boleh buat kerja rumah kan? Tengok ni buktinya :)


Aliff memang kadang-kadang nak tolong mama buat kerja rumah macam masukkan baju dalam washing machine. Tolong lipat baju. Tolong angkat baju dari ampai. Masukkan baju dalam bakul. Kira boleh la untuk umurnya yang baru je cecah 3 tahun dapat tolong mama buat kerja-kerja macam tu kan?

So samada anak sulung itu lelaki atau perempuan tidak menjadi persoalannya. Moga-moga anak mama aliff dan adik adam rajin tolong mama yer nanti. :)

Sayang anak2 mama. Aliff dan adam




Dec 23, 2011

Happy 3 month Muhammad Adam Haikal


Alhamdulillah pejam celik, dah 3 bulan adik adam. Sepatunya hari semalam dan hari ini mama dah start keje, tapi disebabkan dekat dah dengan hujung minggu, mama tambah lagi 2 hari. So next week after Chrismast baru mula keje. Malas pula nak sambung sampai habis tahun, simpan la sikit untuk cuti-cuti malaysia ke tahun depan hehe :)

So untuk anam mama Muhammad Adam Haikal, moga cepat-cepat membesar sebab abang aliff tak sabar nak main2 dengan adik adam. Geram je selalu dia tengok adik kecik comel sangat dengan pipi labuh tu :) dan semoga adik membesar dengan sihat juga.

Tengah nak tunggu bila adik nak start meniarap ni hehe. We will see yeah..

Sayang adik adam!

Dec 16, 2011

E.S.O.K

** picture credit to google!

Esok 17 Disember 2011 adalah birthday aliff yg ke-3.

Apa la yer mama dan papa nak buat untuk aliff. Last year mama papa belikan basikal untuk birthday aliff yang ke 2 tahun. Masa tu sambut birthday dengan sepupu aliff di Port Dickson. Asalnya di Bukit Tinggi tapi ada masalah sikit so sambut di PD sahaja.

Kali ini sambut di kampung atok nenek pula, insyaAllah.

So tunggu entry pasal birthday aliff, insyaAllah..

p/s: Aunty2 yang rajin baca cerita pasal aliff, doakan aliff sentiasa sihat, selamat dan menjadi anak soleh yer.. Kiss n hug untuk aunty2 semua..:)

p/p/s : Mama yang tolong tulis, idea kononnya dari aliff :p




Dec 15, 2011

Terjah P.D

Isnin tempohari 12/12/11 papa buat plan adhoc jugak untuk ke PD. Memang dah rancang before this tapi asyik tertangguh je. So kali ini papa memang bersemangat nak ke PD juga sebab nak mandi air laut katanya.

So pagi Isninnya tu, lepas subuh terus bersiap apa2 yang patut untuk dibawa berkelah. Papa siapkan burger ayam untuk sarapan. Which memang sodap! :)

Mama siap mandi terus sebab nanti kat sana memang takde peluang untuk sama-sama main air laut sebab adik adam masih kecil lagi kan. So memang agak jeles la tak dapat mandi air laut juga. Tunggu adik adam besar sikit bole sama2 1 keluarga mandi mandi.

Bertolak dari rumah jam 8.15 pagi. So sampai pantainya lebih kurang jam 10pg gitu. Cari tempat berteduh bawah pokok hampar tikar then papa dan aliff salin baju untuk mandi air laut. Mama dan adik adam buat apa? Main-main dua orang je la atas darat + atas pasir kan :)

Layan je gambar yang sempat captured!


Bergambar dahulu sebelum operasi terjun pantai.

Adik adam bergaya ala-ala nak bersilat gitu. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan adik adam sangat behave masa papa dan aliff main air laut.

Abang aliff bergaya dengan seluar mandi baru yang dibeli oleh papa. Besar sikit so macam nak terlondeh. Saiz kecik dah habis. Pelampung ultraman tidak juga dilupa. Lama dah beli masa 1st time mandi kat PD bersama2 adik beradik ipar.

Dah siap sedia dua-dua orang ini untuk terjun ke laut. Wah sangat jeles OK!

Gambar papa yang sedang melayan anak bujangnya mandi. Smpai papa sendiri pun tak puas mandi air laut katanya. Gambar diambil dari kejauhan yang sempat mama captured guna camera Lumix papa. Jauh ni je yang boleh zoom.


*Nota kaki : Seronok dapat berkelah macam ini sekali sekala. Nanti boleh buat lagi yer papa. Apa kata next time kita gi C.H pulak? :) Windu nak makan stroberi la :p \^_^/




Dec 14, 2011

BAYI CUKUP MINUM SUSU IBU?

BAYI CUKUP MINUM SUSU IBU?

**Info dari FB MyComel Cloth II

Bagi ibu-ibu yang menyusu bayi sepnuhnya dengan susu ibu selalu bertanya “Berapa banyak susu yang diperlukan bayi?”

Kadang-kadang ibu-ibu selalu berfikir “Oh, bayi saya tidak cukup minum susu dan saya tidak dapat menghasilkan susu yang banyak untuk bayi saya”

Bagi ibu yang mengepam susu mungkin boleh Nampak berapa jumlah susu yang diperah dan bagi yang memberi bayi susu secara terus mungkin tertanya-tanya cukupkah bayi dengan hanya susu badan? Perlukah makanan tambahan walaupun bayi belum mencapai usia sepatutnya diberi makanan pejal? Atau perlukah bayi diberi tambahan susu formula walaupun sudah diberi susu badan?

Berapa besar perut bayi baru lahir?

Mungkin ramai yang tidak tahu, perut bayi yang baru lahir hanya sebesar sebiji guli! Jadi kolestrum yang dihasilkan ibu melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi walaupun kolestrum dihasilkan sedikit.

Perut bayi yang baru dilahirkan hingga hari ketiga hanya sebesar ini!

Selepas tiga hari, besar perut bayi membesar sidikit tetapi tidaklah terlalu drastik. Apabila bayi masuk hari ketiga, besar perut bayi adalah sebesar bola pingpong sahaja. Anda masih boleh membekalkan susu dengan mencukupi kepada bayi diwaktu ini.

Perut bayi pada hari ketiga selepas dilahirkan hanya sebesar sebiji bola pingpong!

Jadi, anda tidak perlu risau jika anda fikir bayi anda tidak cukup minum susu atau anda merasakan penghasilan susu anda tidak mencukupi buat bayi. Selepas dua minggu, perut bayi hanya sebesar telur ayam dan bayi masih cukup dengan kuantiti sebanyak itu.

Perut bayi dua minggu selepas dilahirkan sebesar sebiji telur ayam biasa!

Jika dibandingkan dengan orang dewasa mempunyai perut sebesar penumbuk. Jadi dalam perbandingan perut bayi sebesar telur ayam itu dengan perut orang dewasa sebesar penumbuk itu dapat dibayangkan kuantiti yang diambil itu tidaklah terlalu dramatik. Ramai ibu-ibu terlalu risau dengan jumlah susu yang diambil bayi.

Perbandingan perut bayi dengan perut orang dewasa.

Jadi anda tidak perlu risau yang bayi anda tidak cukup minum susu hanya dengan susu badan. Apa yang perlu dilakukan ialah masa memberi susu kepada bayi yang konsisten serta masa mengepam susu yang kosisten dapat mengekalkan dan membekalkan susu yang mencukupi kepada bayi.

** Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah Kau putuskan nikmat rezeki air susuku ini. Semoga ia terus mengalir dan dapat dipanjangkan kepada anakku Muhammad Adam Haikal dan adik-adiknya nanti. amin...

Dec 10, 2011

Tukar Signature

Disebabkan sekarang ini dah ada 2 hero, so signature haruslah ditukar kan? :)

Pada yang tertanya-tanya bagaimana cara hendak buat signature boleh Klik Sini > Tutorial Buat Signature ni yang dah lama mama pernah buat dulu :)

Actually banyak lagi perubahan yang perlu dilakukan pada blog ini. Rasa macam hendak tukar template pun ada. Baru feel baru pula untuk bagi rajin menulis kan, macam suatu ketika dulu yang setiap hari adalah wajin tulis blog + blogwalking. Kalau tak dapat update blog adalah tidak kena rasanya hari-hari yang dilalui :)

So tunggu waktu yang sesuailah yer. Masa sekarang belum sesuai :)

p/s: Hari minggu yang terlebih rajin mengupdate blog di kala adik adam tengah tidur + abang aliff tengah kusyuk main PSP yang dipanggilnya Tekan-Tekan :)

Dec 8, 2011

Jom Tambah Follower


Siapa yang tidak suka mempunyai FOLLOWER yang ramai? Begitu juga dengan mama! Sangat suke tiap kali tengok jumlah follower bertambah dari hari ke hari :)

Kira boleh senyum sampai telinga orang kata :)

So kengkawan yang mempunyai impian macam mama bolehlah sama2 ke Lulu Pages untuk join segmen ini. Memang sangat seronok sebab jarang2 dapat peluang orang2 otai dalam blog nak masukkan link kita dalam blog dorang kan?

So apa tunggu lagi. Klik je banner di atas tu atau just klik sini Jom Tambah Follower.

p/s: Ingat join before 11.12.11 sebelum midnight yer..:) da..


Dec 7, 2011

Kisah Ke Sekolah

Day 1

Bangun lebih awal pagi itu. Abg Aliff begiti bersemangat bila mama mention gi school. Untuk mandi macam biasa akan ambil masa dalam 10 minit baru aliff bersetuju untuk masuk bathroom. So dah setel semua masih ceria lagi bersemangat utk ke school.

Setibanya di school, dalam kereta laju je turun utk masuk school. Mama pun ikut masuk dalam. So dah cakap2 semua dgn cikgunya, mama pun nak balik. Sekali aliff pun nak ikut. Mama cakap tak boleh. SO dah nak start melalak. Nenek yang jaga kat school pun terus dukung sebab dah faham sangat2 kot budak2 kalau baru hantar macam mana. SO sama mama gerak kuar, memang dengar aliff melalak dengan jayanya. MErah padam mukanya sambil air mata bercucuran. Ikutkan air mata mama pun nak ikut serta tapi mama tahankan aje. Dengan harapan papa x perasan. Rupa-rupanya papa memang dah faham mama dia perasan mama pun nak nangis katanya T_T.

Time petang masa ambil bukan main bahagia lagi dok main ultraman kata papanya. TIme tu mama dalam kereta sebab adik adam tengah menyusu. So lepas amik aliff terus ke pantai tengok air laut + dah janji dengannya kalau gi school + tak nangis nak belikan layang2. Walaupun syarat tu tak berapa nak cukup, mama belikan aje sbb berjaya melalui day 1 kan :)

Day 2

Pagi bangun lebih susah. Lebih pandai mengelat. Then dapat pujuk macam biasa so mandi. This time taknak berus gigi pula. Jenuh mama pujuk at last dapat juga. Dalam kereta tertido sama macam day 1. Then sampai school dah taknak turun. Ajak papa turun sekali. SO papa pula yang turun. Sama mcm day 1, kali ini x nak masuk. Then nenek angkat je terus melalak. But this time tak kuat macam day 1. Dah masuk mama n papa terus chow dari situ. Belum sempat jauh dah diam dah :)

Petang mama ambil sampai sana tengok tengah bergumbira je main2 bersama kawan2. Tanya nenek, memang sekejap je aliff nangis. Then terus main2. Alhamdulillah dah berjaya gi school untuk 2 hari.

Day 3

Pagi tadi terus taknak mandi. Dengan alasan nak tengok tv. TIme tu juga adik adam bangun. Sebelum ni tido. So mama mandikan macam biasa kali ini mandi takde nangis langsung. So good bak kata KFC :) time nak gerak gi school buat alasan sekali lagi untuk tgk tv. Puas papa pujuk cakap kat school pun ada tv. Last2 naik juga car.

Sampai school dah taknak turun. Kali ini mama n papa berdua temankan ke pintu school. Nenek kuar untuk ambil. THen nenek dukung je melalak juga. Tapi kali ini siap jerit "Nak salammmmm". Sbb mama terlupa nak salam b4 dia masuk school. So gi salam dalam keadaan masih ada tangisan & sedu, say "bye2" kat papa dan mama. huhu sangat kesian.

Moga2 lepas seminggu keadaan melalak tiap kali nenek dukung dah tak jadi. Maklumlah, 2 bulan lebih aliff duduk umah ngan mama kan. So sure lah taknak gi school.

Inilah wajah budak yang waktu pagi akan menangis kuat time kat school :)

p/s: Buat anak mama aliff, belajar rajin2 yer sayang. Be a good boy and good son ok dear. Moga anak mama aliff sentiasa selamat & sihat di mana sahaja aliff berada. Muah2 mama dan papa sayangkan aliff sangat. Walaupun adik adam ada, kasih sayang + cinta mama dan papa pada aliff tak pernah berkurangan. Tetap sama macam dulu malah semakin bertambah. Sayang aliff!



Dec 5, 2011

Cerita Satu Macam

Disebabkan kekangan masa + tenaga, mama akan update cerita terus dalam satu n3 pasal wajah2 kesayangan hamba ini :)

Adik adam mama dah start train dia utk minum susu thru botol. Alhamdulillah 1st attempt bjaya sbb time dia bangun tido menangis kelaparan, so minta papa yang susukan dengan botol. Atas alasan, baby pandai bau mamanya, so kalau mama yang pangku untuk bagi minum thru botol, takut adik akan tolak.


Abang aliff bergaya bersama dengan beg barunya Angry Birds. Beli beg baru atas alasan untuk antar pegi school :)

Start today 5 Dis 2011, aliff dah mula pergi nursery @ taska. Awal tahun depan akan masuk playschool sekali. Biarlah dia berkawan pula sebab sebelum ni abg aliff duduk umah pengasuh kan. So ikut tahun, tahun depan abg aliff da 4 tahun. Ni yang org kata kalau anak lahir hujung tahun susah sikit hehe. Bukan susah apa, budak2 yang lahir bulan 1@2 dah membesar dengan jayanya. Abg aliff mama rasa masih je kecik nak bagi dia masuk playschool. Ni pun ikutkan 17 Dis ni baru birthday abg aliff yg ke-3 :).

Moga abg aliff seronok belajar di playschool nanti yer sayang. Rajin2 belajar + jaga diri yer sayang.. :)


Ini adalah adik adam yang kekadang time tido bole buat pusingan 45 darjah :) Mama tido kan adik adam meniarap so lebih jerap@nyenyak. Jadi macam ni sebabnya adik adam cuba utk ubah posisi kepalanya. Alhamdulillah leher adik adam cepat keras. Try tiarapkan adik adam masa seminggu usianya, tup2 dia pandai ubah kepalanya sendiri sikit demi sedikit. Memang cepat!


Dan yang terakhir, di mana ada adik adam, di situlah ada abg aliff hehe. :)

Sekian untuk hari ini. Will update agains :) see ya... hehe..

p/s: Kehidupan mama hari-hari dibungakan dengan insan2 yang bernama lelaki buat masa ini hehe. Papa, abg aliff dan adik adam :) Apa pun, mama tetap bahagia, alhamdulillah..


Dec 1, 2011

Dia Sangat Kreatif

Minda kanak2 berkembang mengikut usianya. Kadang2 diluar batasan pemikiran kita orang dewasa pun ada. Seronok melihat anak2 membesar dengan sihat. Alhamdulillah Ya Allah.

Ini adalah contoh kreativiti aliff pada pandangan mama.

Aliff kata : "Mama tengok ni tutup kepala". Maybe dia samakan benda yg dibuatnya ini dengan helmet @ cap. Sangat shomel apabila melihatnya senyum simpul2 bahasa gitu :)





Ini pula mama x sempat nk dengar apa dia cakap. Adakah aliff cuba menghasilkan satu seni yang mama sendiri x faham? yang mama dengar masa dia panggil bagitau hasilnya, "mama tengok ni. aliff buat. cantikkk.." tu je :)

apa pun, sangat2 bersyukur dikurniakan anak2 yang sihat lagi cerdik ini. Alhamdulillah. Moga anak2 mama terus sihat dan menjadi anak2 yang soleh yer sayang.

p/s: minggu depan abang aliff dah nak start pegi school. Moga aliff tak melalak nanti :)




Buli

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

Siapa yang membuli? Siapa yang kena buli?



Mangsa buli yang comel



Pembuli yang sentiasa ensem di mata mama


Itulah yang terjadi sekarang ini.

Kata orang Kedah, pantang lepa saja adiknya kompem kena dengan abang aliff. Huhu. Kejap telinga kena piat. Kejap pipi kena pulas. Kejap kepala kena hanggok. Kejap perut kena tindih. Kejap kaki naik kepala. Kejap kena cubit. Kekadang tu nak tergelak pun ada. Nak marah pun ada. Geram pun ada. Semua ada la kiranya. Macam astro jugak. Macam2 ada :)

So apa yang adik adam buat bila kena buli dengan abangnya? Hanya mampu "oh eh oh eh" sahaja bunyinya. Atau paling tidak kalau dah sampai tak tahan sangat, waaaaaaaaa la jawabnya :)

Kekadang tu aksi ultraman pun dibuatkan kat adik. Tang fire adik yang paling tak tahan. Ade ke patut fire adik. Sebab raksasa takde semua dah mati kot sebab tu adik kena fire hehe. Aliff2. Macam2 kerenah anak2 kan. Tu baru dua :) dah penat kadang2 tu melayan. Moga2 mama sentiasa tabah + SABAR menghadapi ultraman sorang ini dan adiknya yang oh eh oh eh itu :)

Apa pun, mama tetap sayang pembuli itu & mangsa buli jugak.. :) Semoga anak2 mama sentiasa menjadi orang yang soleh & sabar, amin...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India