Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jun 22, 2011

1st version of Apam Polka Dot

Lastweek mama gather bsama2 abah mak dan adik beradik yang lain di rumah abang mama di klang. So kebetulan mmg da bawak siap2 semua kelengkapan untuk buat apam polka dot nih. Mama try je. Actually adalah 1st time mama buat apam nih hehe.


lupa nak ambil masa mula2 adun tepung semua. Ingt nak amibil gmbr time dah masukkan color utk portion2 adunan tepung hehe.


Adik mama volunteer nak tlg. so ni la chef assistance mama utk aritu..

posing sket chef...:)

bila da siap masukkan dalam bekas muffin nih, mama dot2 kan apam mama tu. Ada jgk dot2 yang tak jadi, dah jadi macam2 bentuk da. Lantokkkk je la :p


Taraaaaaaaaaaaa....ni lah hasilnya....

nyum2..agak sedap untuk di makan di waktu panas....

lenkali bole cuba lg.. :)

bila dah jadi mcm best pulak. Sangat shomel sbb very the colorfulllll :)





Jun 17, 2011

Style tido Aliff

masa ni otw balik dari keje, lps fetch aliff dr umah pengasuh. Maybe penangan ubat batuk kot petang tu dia mkn, sbbnye aliff skrg tgh batuk, so amatlah mengantuk dalam kete. Aliff skrg nih dalam kete kalau ber2 dengan mama, akan duduk dpn. Kira macam BOSS KECIK la kan hehe.

Cuma sekarang ni tak pakai carseat dah, mmg tak safety sebenarnya tapi itulah belum sempat nak survey + beli carseat utk toddler.

Camana aliff tido? Tengok gambar nih..




Elok je tertonggeng masa tu. Alahai cian betul. Nak stop kete masa tu takde tempat yang sesuai pulak. Kekadang tu kalau diubah posisinya, akan mengamuk so dibiarkan aje la ikut selesa dia. Sampai la ke rumah statik macam tu. Tapi elok je tarik handbrek dah parking kt rumah, mata akan automatik terbuka + terus bangun dan berkata "Dah sampai ye mama".. hihi mulut comel nih.. :)


tu je nk citer untuk pagi nih. Semoga anak mama aliff sentiasa sihat + cerdik + jadi anak yang soleh yer sayang..


Jun 16, 2011

Preview Rumah Kami

Semalam tengah hari tadi sempat pergi tengok progress umah dengan papa. Actually adalah 2nd time mama pergi tengok progress rumah (pergi dengan ofismate) manakala papa adalah 1st time :) tapi still lagi excited sebab dapat 1st time pergi tengok progress rumah dengan papa leh + bincang2 apa2 yang patut kan.. \^_~/

Hari tu pergi tak ingat nak bawak hp untuk snap2 gambar sebab masa tu handbag tinggal dalam kete je, kali ni memang ingat terus. Kuar kete terus bawak hp sebab nak snap gambar.




1. Pemandangan rumah dari depan
2. Bilik ke-2
3. Ruang tamu
4. Bilik master bed.


5. Bilik no-2
6. Bilik no-3
7. Ruang tamu
8. Ruang dapur + pelakon tambahan a.k.a PAPA :)



Ada lagi terlupa, seronok punya bincang itu ini dengan papa, terlupa nak ambil gambar yard. Lainkali lah ambil pula, sure akan pergi sana tengok lagi :p

Apa pun, sangat puas hati dengan progress rumah. Moga2 takde yang problem nanti by on time nye. Sikit sebanyak dah list down dengan papa apa yang perlu dibuat dahulu bila nak masuk rumah nanti. Semoga rumah ini akan menjadi Rumahku Syurgaku, amin...


p/s: Mode sangat happy dapat pergi tengok rumah dengan papa, sebab dah banyak kali dok plan nak tengok asyik ada hal saja :)



Jun 9, 2011

Mari Mengaji (Aliff Version)

Betullah kata pakar, Tv memberikan impak besar kepada anak2.

Semalam lepas layan cite upin ipin di tv 9, ada slot mari mengaji. Masa tu juga mama pun baru lepas solat magrib + nak baca quran, aliff tetiba datang kat mama minta quran mama. So mama tanya, mana muqaddam aliff? Kan mama dah belikan aliff punya. Then laju je gi capai muqaddam + rehal atas meja studynya. Terus duduk tepi mama depan Tv. Dan inilah yang berlaku.

Layan video.




p/s: dapat dengar tak suara merdu aliff mengaji? :)

So lepas nih mama akan selalu bukak slot mari mengaji dari slot Bertukar or Kamen Rider huhu. Sebab waktunya hampir sama jer. Harap2 aliff cepat pandai mengaji yer sayang.

Alif Ba Ta da boleh baca, cuma ada huruf2 yang masih tertinggal. Tak banyak sikit je yang tinggal. Alhamdulillah..

Jun 8, 2011

Checkup 6 Bulan

Susulan daripada n3 6 bulan (klik sini)

Checkup scan berjalan dengan baik tadi. Sampai klinik tepat2 jam 2pm. So dpt giliran no 3, tapi sebab mama hanya utk wat scan, so org 1st la scan.

Berdebar jugak masa scan tu, sesi perbualan mama dengan doc :

Doc : Dah 24minggu yer?
Mama : A'ah yer

Doc : Baby macam mana? Dah gerak2?
Mama : Dah rasa. Aktif jer. (Sambil senyum2 kt doc)

Doc : Owh ye ke. Baru 24minggu ni dah aktif? (sambil tangan start scan)
Doc : Yerla. Aktif nih. Gerak2 jer.
Mama : Tersenyum saja.

Doc : Uri semua ok, kt atas, kepala baby pun kat aras bawah. Tumbesaran ok. (sambil2 tunjuk kt mesin scan sini body baby, sini pundi kencing, ini tulang kaki dan lain2)
Mama : Owh ye ye (dalam hati, macam mana la leh nampak nih :) )

Doc : Due ikut scan nih 24.4 so tak lari jauh dari tarikh kiraan period 29.9. So kita still pakai tarikh period yer puan.
Mama : Owh ok ok. (alhmdlh semua ok)

Dah suda jam 230pm. Then terus balik ke opis. Tunggu opismate balik sebab dia nak beli pizza. Ada org belanje. Yuhuuu.....

Dah 6 bulan

Harini genap 6 bulan adik aliff dlm perut mama :) Alhamdulillah.

Setakat hari ni, checkup ok cuma aritu ada kes kecik hehe. Moga petang nih punya checkup scan pun ok. Berdebar2 jugak utk scan petang nih. Mama checkup dekat klinik kesihatan kerajaan jer, lebih senang + FREE kan? :) bukan nak berkira soal duit, tapi dah alang2 kerajaan dah bagi free, why not gunakan kemudahan yang ada. Lagipun dekat je dengan tempat keje mama nih ha, tak sampai 5km kot.

Cuma tu la kadang2 tu agak lambat la servis, tapi boleh tahan sabar lagi. :) kalau nak cepat memang kena betul2 datang awal sebelum masa temujanji. Sebagai contoh haritu punya checkup, appointment jam 2 ptg, 5minit nak jam 2ptg mama da terpacak kat depan klinik dah so dapat la no 1. Kebetulan checkup pula takde masalah apa2, so by 2.30pm da siap dah. Klinik tempat mama checkup pun nurse2 dah kira ok sangat la. Tapi tu la checkup kat klinik kerajaan nih dia lebih concern la. Sebagai contoh, kalau berat kita tambah banyak sangat dalam tempoh 1bln, dia akan bagi kita checkup 2 minggu sekali. Takut kita ada penyakit lain macam diabetes ke, BP tinggi ke dan lain2. Tu yang leceh sikit tapi takper la, bukan untuk org lain kan? Untuk ibu dan anak dalam kandungan jugak kan? \^_^/

So kita tunggu entry checkup petang nanti pula lah yer. Hehe. Maybe ada masa nanti nak pegi scan 4D macam time aliff dulu. Tapi sure ajak papa sekali nanti, untung2 aliff pun dapat tengok adik dia dlm tummy mama nih ha hehe.

p/s: nak layan Nora Elena pula ni, semalam tak sempat tengok sebab berebut channel tv dengan abang aliff. Hehe.

Jun 7, 2011

Rumah Pertama Kami

Sangat suka kalau dengar kengkawan beli rumah sendiri. Memang sangat teruja mendengar cerita kisah2 mereka cari utk keperluan rumah, sampaikan kadang2 ikut ofismate mama pegi tengok rumah dorang dalam proses pembinaan. Harga rumah makin hari bukan makin turun, malah makin naik kan? Harga tanah pun sama..

Ekoran dari itu mama n papa decide utk beli juga rumah pertama kami. Dekat dgn area mama bekerja, so lebih senang utk mama uruskan anak2 nanti. Soal sekolah dah difikirkan sekarang ni walaupun aliff masih lagi kecil. Maklumlah kalau nanti rumah jauh dari tempat keje mama, mama kena fikirkan kena ada maid la, anak kena transit bagai. So lebih senang rumah dekat dgn tempat keje mama. Setakat ini itulah yg terbaik. Moga2 begitulah.

Rumah pertama kami kecil saja, tapi cukuplah untuk duduk bertiga, berempat, berlima nanti. Kalau ada rezeki lagi. Biarlah kecil dahulu, asalkan semuanya cukup, kan? Kata org, kalau nanti rumah sewa tuan rumah nak duduk @ ambil balik ada tempat kita nak duduk kan? Gitulah fikirkannya. So rumah pertama kami masih lagi dalam proses pembinaan. Baru sempat semlm pegi tengok. Dah pasang tile, n dah separuh cat. Kata pemaja, by september nih rumah i.allah dah siap, by end of this year dah boleh masuk. Moga2 macam tu la seperti yang diperkatakan. Time tu maybe agak kalut sikit sebab due mama hujung sept @ awal oktober kan.. so lepas pantang 2 bulan, uruskan packing2 barang la kot. Cadang kali ini amik 3 bulan cuti bsalin. So sebulan lagi tu uruskan persiapan rumah. Semoga proses rumah bjalan dengan baik, amin...

Actually tak sabar nk masuk rumah. Tapi kompem penat nanti. Takper la, untuk rumah sendiri kan. Nak survey grill la, kithen cabinet la, lampu kipas la, itu ini la. Sure macam2 kan? :)

Kalau ada kengkawan yang ada contact2 best utk buat kitchen kabibet ker, apa2 la bkaitan rumah, roger la ek..heheh...

p/s: Mode : berangan2 bila tgk kitchen cabinet rumah org...bestnyer....

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India