Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Mar 14, 2013

Update Rumah : Preview Kitchen Cabinet Rumahku Syurgaku

Sebenarnya dah lama setel hal kitchen cabinet nih. Alhamdulillah. Dapat pula contractor yang sangat lah baik pada pandangan mama. Senang deal dengan tokey cina nih. Walaupun kerap kena datang umah mama untuk itu dan ini. Jauh dia dari puchong nak datang area umah mama nih.

Lepas pasang pun still ada servis if ada yang dia buat tak kena di mata kita. Senang kata mama leh rekemen la sesiapa yang nak no tokey nih. Cukup bagi mama 10% komisen sudah lah. Boleh? Ngeh-ngeh :P

So preview sikitlah je la yer KC mama nih. Amaran keras bukan nak menunjuk tetapi untuk kenang-kenangan dan panduan bagi mereka yang sedah memikirkan pasal KC nih.

Alhamdulillah papanya setuju untuk pilih warna idaman mama nih. Suke sangat. Masuk dapur je sekarang nih memang sentiasa senyum aje. Hehe.

  • Shape : U Shape. (Sebenarnya L shape sahaja bagi work top. Tapi bila dah combine dengan tall unit tu yang jadi U-shape)-faham tak?
  • Work Top : Concrete Top (Tile Hitam 2x2)
  • Material Pintu : 3G
  • Warna : Combination Merah Ang-ang + White Off
  • Frame : Built In Frame
  • Dinding : Melaminie ke ape ntah namanya. Kayu la..
  • Height : Full height..sampai syiling. Boleh nampak dalam gambar.
  • Harga : Ehem-ehem :)

Proses pemasangan frame bagi setiap ruang KC. Wall Unit

Taraaa...Bila Pintu 3G pilihan warnaku merah putih siap dipasang. Lip lap tak? :P

Full Height buat utk wall unit senang tak payah fikir pasal habuk atas KC dah. Ditambah dengan dapur yang ruangnya kecil jadi perlu gunakan ruang yang ada semaksimum yang mungkin.

Ni KC untuk base unit. Satu pintu + satu drawer takde sebab ada silap sikit. So nanti tokey tu akan datang pasang. But now semua pintu dah ada. Cuma tak snap je yang terbaru.

Yang Pintu Kelabu ada nampak lubang kecil-kecil tu pintu bahagian sinki. Memang ambil pintu ada lubang sebab nasihat daripada contractor tu kawasan bawah sinki kawasan lembap, so biar ada pengudaraan sikit so takde bau sangat.

Ni bahagian lagi satu. Ada Tall unit. Untuk letak built-in oven.
Kecil je kan dapur mama. So sebab tu kena gunakan ruang yang ada semaksimum mungkin. If tak buat KC nanti barang berselerak. Now tengah cari cara untuk susun barang-barang yang ada dalam kabinet. Sebab dulu banyak yang belum buka lagi. Lagi-lagi hadiah masa kahwin. Now kebanyakkan dah buka untuk disimpan dalam KC untuk jimatkan ruang without box.

Itulah rupa paras KC mama yer. Merah tak? Hehe...

p/s: Buat papa Hafiz, thanks sebab sudi terima warna ini.. I LOVE U.. :)


Nukilan,

0 kawan fizumie berkata-kata:

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India