Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Sep 27, 2011

Selamat melahirkan putera ke-2

MEMPERKENALKAN....



PUTERA ke-2 kami..

Name : Muhammad Adam Haikal bin Nurul Hafiz

D.O.B : 23 September 2011

T.O.B : 12.37 pagi

Weight : 3.65 kg


p/s: will update later.. terima kasih pada yang mendoakan keselamatan mama dan adik adam..


Sep 21, 2011

Sudah Bercuti + Menunggu hari

Sebenarnya sudah beberapa hari mama berada di kampung kedah. Balik untuk berehat + menunggu hari ketibaan sakit untuk bersalin :)

Lebih kurang ambil cuti dalam 2 minggu awal. Bukan apa takut terbersalin kt kl + setelah berbincang dengan papa, nak continue untuk bersalin dengan doctor yang sama. Ingat tak n3 Bersalin + berpantang di mana? So keputusannya pilihan 1st hehe :)

Minggu ni dah masuk 39weeks of pregnancy dah. Last monday hari tu dah checkup dengan doktor yang sama masa abang aliff dulu. Next appoinment selasa depan pula. Moga2 semuanya ok. Papa dah selamat balik kl. Cian papa sorang2 kat sana. Jaga diri yer sayang. Ingat isterimu dan anakmu aliff + adik. Hehe.. I Love U...

So kita tengok bila sebenarnya adik nak keluar ni yer. Sama macam abang aliff o.n.d.a.d.o.t atau tau :) Last day adalah 29 Sept nanti.. Semoga semuanya selamat. Amin..

Sep 12, 2011

Harini dan Ujian BSP (Blood Sugar Profile)

Sudah terkena baru nak ambil tahu apa itu BSP. BSP ialah Blood Sugar Profile. Ni semua gara2 aritu semasa 34week pregnancy, masa checkup kena minum air gula + detect ada diebetis. BSP ini kena buat dengan cara 4x ambil darah kt hujung jari. Jadualnya adalah :
  1. 8 pg - bacaan 5.3 (update 8.30 pg)
  2. 10 pg - bacaan 4.8 (update 11.30 pg)
  3. 2 ptg - bacaan 4.8 (update 3.25 ptg)
  4. 8 mlm
Jadual ini maybe depend pada KK masing2 kot. Ikut KK mama macam ini la. Dan yang paling menarik kena berpuasa 2 jam sebelum ambil darah ini. Untuk memastikan bacaan darah tu betul. Ermm agak seksa jugak.

Untuk pertama kalinya, kena buat BSP arini. Tadi jam 8 pagi dah buat sesi pertama. Alhamdulillah bacaan masih ok. 5.3. Next ialah kul 10pg. Tunggu dan lihat pulak resultnya macam mana. Erm sebenarnya takut juga bila detect diebetis semasa pregnant ni. Dulu masa abang aliff takde masalah2 macam ini. Maybe faktor umur kot. Padahal belum masuk 30an lagi. :p

So kita tunggu story untuk sepanjang BSP hari ini yer. Moga2 semunya ok. Amin...



Sep 9, 2011

Normal @ C-ser?

Mana satu pilihan di hati? Normal atau c-ser? Semalam 8 Sept 2011 ada appointment dengan doktor pakar hospital. Berkenaan delivery nanti. Kebetulan memang ada scan, so dapat tau baby sekarang estimate beratnya 3.5kg. Abang aliff dulu lahir 4kg.

Masih ada lagi dalam 2 minggu sebelum deliver. Banyak & macam-macam yang diperkatakan oleh doktor. Antaranya pros and cons untuk bersalin normal @ c-ser. Risiko-risiko yang ada. Tambahan pula, mama kan ada detect diabetis semasa mengandung, lagilah doktor cerita macam-macam. Antaranya, kemungkinan dalam 2minggu ini berat baby akan bertambah lagi, jadi itu akan menipiskan harapan untuk dapat normal. Mama and papa buat keputusan untuk try normal juga, walaupun ada % risiko. Berdoa dan berserah padaNya. Kalau memang ada rezeki untuk mama normal untuk anak ke2, Alhamdulillah. Kalau rezekinya c-ser macam abang aliff dulu, pun Alhamdulillah. Asalkan mama dan adik selamat.

Tapi apa cara sekalipun, mama akan ambil cuti awal sminggu lebih before tarikh deliver iaitu 29 sept 2011. So akan stay je kat kampung sampai hari bersalin. Last day ialah 29 Sept 2011. Doktor tak bagi extend sebab diabetis. By hook or by crook mama kena bersalin juga on that day. Kali ini bercadang akan bersalin di PMC. Sebabnya doktor yang lama dah berpindah ke situ. Dulu masa abang aliff mama di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra. So doktor dah pindah, mama pun ikut juga la :p

Papa hanya ikutkan mama, bagi papa bilangan anak bukan penentu kebahagiaan rumahtangga. Dengar papa cakap macam tu, sejuk sikit hati ini kalau takde rezeki untuk normal. So paling ramai pun akan ada anak 3org sahaja. Sekurang-kurangnya papa cakap, masih dikurniakan zuriat tu dah lebih dari cukup. Betul juga kan. Tapi apa pun, penentunya semasa nak bersalin nanti. Moga-moga Allah perkenankan doa mama untuk bersalin secara semulajadi iaitu normal. Dan semoga kami (mama dan adik) selamat hendaknya.

Dah update blog, nak sambung buat keje. Banyak keje sebenarnya sedang menanti, sebelum cuti panjang 3 bulan. So ada masa akan update lagi berkenaan mama dan baby. Dah lama kan tak cerita pasal perkembangan abang aliff. Cian abang aliff. Sekarang ni seperti menagih kasih dari mama. Tapi disebabkan mama kekadang teramatlah rasa penat, perhatiannya dialih pada papanya. Malam-malam susu botol minta papa dia yang buatkan. Siap kekadang tu boleh bangun dan kejutkan papanya. Alahai sayang mama, kesian anak mama sorang ni. Mama bukan tak sayangkan abang aliff tau, mama sayang sangat2. Maafkan mama kalau aliff terasa mama pinggirkan. Mama tak berniat sayang. Aliff jadi anak dan abang yang baik yer sayang..

Love u always my son...

Sep 7, 2011

37 weeks sudah..

Update Pregnancy:
Kejap pejam kejap celik, itulah betapa cepatnya masa berlalu. Minggu ni dah masuk 37 weeks dah. Esok ada appointment dengan Hospital Banting berkenaan kelahiran normal atau tidak. Based on semua perkara. Harap semuanya ok. Amin..

Mood:
Sekarang nih mood nak update blog pun dah macam hilang saja. Sebabnya banyak perkara dalam fikiran yang perlu diselesaikan before cuti bersalin. Nak kena siapkan dokumen serah kelas, serah tugas, siapkan kertas kerja dan lain-lain lagi. Dalam masa tu juga mula dari minggu ini dah kena checkup tiap-tiap minggu. Itu lagilah meletihkan.

Normal @ c-ser?
Keputusan terakhir samada nak balik awal untuk persediaan bersalin akan dibuat menjelang esok. Tengok apa kata doktor pakar kerajaan tentang adik kali ini. Memang tiap-tiap hari berdoa semoga dapat bersalin secara normal kali ini. Moga Allah perkenankan doa hambanya.

Barangan Adik:
Semalam bersama papa menyopping barangan untuk adik. Buat tambah-tambah. Baju abang aliff memang sangat banyak sebab membesar dengan cepat, so belikan juga la sikit baju baru untuk adik. Pasal jantina adik belum diketahui lagi. Just amik kaler umum je la semalam untuk baju adik. Disebabkan rasa tak tahan dengan baju kaler pink mama rembat satu :p

Itu sahaja update untuk hari ini. Cau cin cau.. :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India