**Info dari FB MyComel Cloth II
Bagi ibu-ibu yang menyusu bayi sepnuhnya dengan susu ibu selalu bertanya “Berapa banyak susu yang diperlukan bayi?”
Kadang-kadang ibu-ibu selalu berfikir “Oh, bayi saya tidak cukup minum susu dan saya tidak dapat menghasilkan susu yang banyak untuk bayi saya”
Bagi ibu yang mengepam susu mungkin boleh Nampak berapa jumlah susu yang diperah dan bagi yang memberi bayi susu secara terus mungkin tertanya-tanya cukupkah bayi dengan hanya susu badan? Perlukah makanan tambahan walaupun bayi belum mencapai usia sepatutnya diberi makanan pejal? Atau perlukah bayi diberi tambahan susu formula walaupun sudah diberi susu badan?
Berapa besar perut bayi baru lahir?
Mungkin ramai yang tidak tahu, perut bayi yang baru lahir hanya sebesar sebiji guli! Jadi kolestrum yang dihasilkan ibu melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi walaupun kolestrum dihasilkan sedikit.

Selepas tiga hari, besar perut bayi membesar sidikit tetapi tidaklah terlalu drastik. Apabila bayi masuk hari ketiga, besar perut bayi adalah sebesar bola pingpong sahaja. Anda masih boleh membekalkan susu dengan mencukupi kepada bayi diwaktu ini.

Jadi, anda tidak perlu risau jika anda fikir bayi anda tidak cukup minum susu atau anda merasakan penghasilan susu anda tidak mencukupi buat bayi. Selepas dua minggu, perut bayi hanya sebesar telur ayam dan bayi masih cukup dengan kuantiti sebanyak itu.

Jika dibandingkan dengan orang dewasa mempunyai perut sebesar penumbuk. Jadi dalam perbandingan perut bayi sebesar telur ayam itu dengan perut orang dewasa sebesar penumbuk itu dapat dibayangkan kuantiti yang diambil itu tidaklah terlalu dramatik. Ramai ibu-ibu terlalu risau dengan jumlah susu yang diambil bayi.

Jadi anda tidak perlu risau yang bayi anda tidak cukup minum susu hanya dengan susu badan. Apa yang perlu dilakukan ialah masa memberi susu kepada bayi yang konsisten serta masa mengepam susu yang kosisten dapat mengekalkan dan membekalkan susu yang mencukupi kepada bayi.
** Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah Kau putuskan nikmat rezeki air susuku ini. Semoga ia terus mengalir dan dapat dipanjangkan kepada anakku Muhammad Adam Haikal dan adik-adiknya nanti. amin...

0 kawan fizumie berkata-kata:
Post a Comment
Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)