Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jan 19, 2012

Kena Nebulizer

Hari ini dalam sejarah. Kesian adik adam. Sebab batuk + kahak yang banyak, so doktor buat decision untuk nebulizer dia. Mudahkan adik adam untuk bernafas katanya.

Mula-mula gelisah sebab ada benda dekat hidungnya. Last senyap je, maybe sedap & selesa kot.

Akhirnya tewas, tertidur sepanjang proses tu. Lebih mudah.

Apa pun, mama kesian tengok. Kecik-kecik dah macam ini. Mama rela ambil sakit-sakit anak mama dari tengok anak-anak mama sakit dan tak ceria. Moga-moga pasni anak-anak mama sihat sentiasa, amin..



Jan 17, 2012

Demam

Arini datang kerja dengan hati yang tidak tenteram. Kedua-dua hero kecil mama demam. Abang aliff demam dah 2 hari. Adik adam demam baru start petang semalam.

Abang aliff arini cuti sekolah lagi. Papa dengan baik hati kerja dari rumah arini. So lega. Adik adam mama terpaksa juga antar ke umah babysitter. Sekarang ni susah untuk ambil cuti sesuka hati. Pengurusan dah orang baru jadi semua cara baru. Sebab tu adik adam mama terpaksa hantar. Tapi kalau ada apa-apa takde masalah sangat sebab rumah babysitter dekat saja dengan tempat kerja mama. Moga takde apa-apalah, amin.

Mempunyai anak yang demam semuanya sangatlah susah hati. Nak kerja pun asyik ingatkan mereka saja. Kalau boleh biarlah semua sakit tu mama yang ambil. Asalkan anak-anak mama sihat-sihat saja dan happy selalu.

Mujurlah ada papa yang tolong mama. Abang aliff muntah, papa tolong lapkan lantai. Adik adam muntah pagi tadi, papa tolong lapkan jugak. Alhamdulillah. Lega hati mama. Dan juga bersyukur punyai suami yang mithali.

Kena sambung kerja + kuatkan semangat untuk hari ini. Pagi tadi travel berdua saja dengan adik adam amatlah lain rasanya. Selalu sepanjang jalan ada saja omongan dan borak-borak kosong bersama abang aliff. Paling-paling tidak mesti dikacau adiknya yang duduk dalam carseat. Mama rindu anak-anak mama... I love u all..


Jan 13, 2012

Sakit Gigi

Dah 2 hari sebenarnya campur hari ini. Asyik tertangguh + takut sebenarnya nak gi jumpa doktor gigi huhu. Tapi tengok macam tak memberansangkan pun sakit ni, makin sakit je ada.



Mana lagi menyakitkan eh? Cabut gigi geraham atau buat rawatan akar? Huhu. Sayang juga bila tengok gigi masih kukuh kan walaupun dah pernah tampal. Tapi sakit ni makin menjadi-jadi je.

Dari malam tadi asyik dok makan roti cicah air milo je. Sebab macam susah je kalau nak makan nasi sebab takleh nak nganga mulut besar. Maybe gusi pun dah bengkak. So roti cicah air dah lembek senang nak tolak masuk mulut + tak perlu nak kunyah sangat. Macam ni kalau seminggu agak-agak leh kurus tak? :p

Tengok petang nanti kalau ada kekuatan nak gi jumpa jugak doktor gigi. Huk Huk..


Jan 12, 2012

Mimpi 'Benda'

Semalam mama bermimpi berkenaan 'benda' ini. Harap-harap mimpi itu menjadi kenyataan tak lama lagi. Bangun dalam keadaan yang happy walaupun tak lena tidur sebab adik adam asyik bangun-bangun je time tidur + tidur pun lewat.

Tengok ramai yang ada 'benda' ini, macam berangan-angan untuk ada juga. Untuk memenuhi tuntutan hati dan juga keperluan seorang anak. Walaupun dah ada sebenarnya 'benda' yang sama dengannya.


*pic credit to mr.google.

Apa 'benda' itu? Tunggu dah lihat samada ia menjadi kenyataan atau tidak. :)


Jan 11, 2012

Wordless Wednesday : #2

Abang VS Adik :)





Jan 9, 2012

School : Day 4

Pagi ini seperti hari-hari sebelum, aliff amat bersemangat untuk gi school. Takde masalah untuk bangun pagi waktu papanya kejutkan. Bangun walaupun masih mamai, papa dukung terus masuk toilet untuk dimandikan.

Pagi ni mama sampai awal sikit so sempat tengok aliff buat perhimpunan pagi + senaman ringan-ringan bersama kengkawan & cikgunya. Car pula mama parking betul2 depan school jadi ambil peluang untuk snap gambar aliff semasa perhimpunan.

Datang lambat sikit so beratur kat belakang. Time ni terlindung cikgu pula time snap pic :p

Mama zoom untuk bagi nampak aliff. Tu mama bulatkan. Tengah nak ikut apa pergerakan cikgu dan kawan-kawan buat.

Apa pun mama sangat happy sebab aliff suka gi school. Bersemangat buat homework kat rumah bersama mama.

Aliff yang colorkn. Mama cuma tunjuk cara sambil pegang tangan aliff di telinga bear + tangan bear warna hijau. Rest aliff yang color sendir tau aunty2 sekalian..

Aliff happy, mama papa pun happy! Alhamduliilah.

p/s: Belajar & main elok-elok yer sayang..We love u abang!




Jan 6, 2012

School : Day 3

Ini adalah wajah budak kesayangan hamba :)

Bersemangat untuk gi school pada hari ke-3. Rupa-rupanya baju seragam aliff da tertukar dgn budak lain. Maybe cikgu taskanya tersalah masukkan dlm beg maklumlah semuanya pakai seragam yang sama kan. Pulak tu adalah hari 1st cikgu taska sebabnya taska untuk budak trasnit dah masuk ke rumah baru. So masih lagi tak kenal la kot empunya tuan beg. Harap tanya kan anak-anak tu ape la dorang tau sangat kan.

So pagi tadi baru mama dan papa notice benda tu sebab time nak iron tengok besar semcam. Cek nama tengok takde nama. Baju aliff mama tulis namanya kat kolar baju macam zaman mama sekolah dulu mak mesti tolong tuliskan kat kami semua. Sayang mak! Tetiba rindu pula zaman sekolah :) Then try ukur dengan baju yang masih kotor tengok memang big saiz. Yg bestnya butang satu takde kat baju tu. Huk Aloh. Cakap dengan aliff "Kita pakai baju lain yer sayang." Terus cakap "Taknak aliff nak pakai baju sekolah" huhu. Lastnya pakaikan juga.

Sampai di school mention benda ni pada penyelia so penyelia akan tanya cikgu taska nanti. So kita tengok pula petang nanti macam mana.

p/;s: Esok dan lusa aliff cuti sekolah so sebab good boy mama dan papa bawak jalan-jalan yer esok :p Padahal mama yang nak jalan-jalan hehe.




Jan 5, 2012

Homework Aliff : Day 1

Semalam 4 Jan 12 adalah hari pertama aliff melangkah ke school. So secara normal, bila bercakap tentang school, sure ada homework cikgu bagi kan? Memang tak dapat lari la kan :p

Ini adalah salah satu aktiviti yang aliff buat semasa di schoolnya. Comel pun ada bila lihat hasil kerja anak bujang sorang ni.


Cantikkan? hehe. Boleh pula dia colour setompok-setompok sana sini. Yang bestnya warna coklat pula tu. Mana ada watermelon warna coklat sayang :) Memang selalu colour-colour book dengan dia, memang macam ini aliff colour.

Ingat malam tadi nak sama-sama warnakan dengan dia. Last-last mama tertidur masa susukan adik adam. Dah jaga tengok aliff pula da tidur. So pagi tadi mama kalut-kalut tolong aliff siapkan homeworknya :p disudahkan pula oleh papa. lupa pula nak snap. Tengok nanti kalau masih ada lagi dalam beg hasil kerja semalam, mama snap hehe.

So kita tunggu pula hari ini aliff dapat homework apa yer. Till then :)

p/s: Belajar rajin-rajin yer nak..




School : Day 2

Hari ni hanya story semata-mata. Tiada gambar disertakan. Kenapa takde gambar? Sebab abang aliff laju je nak masuk dalam school.

Sampai saja di school, mama turunkan aliff then cikgu-cikgu dah siap menanti di pagar school. Semua senyum-senyum simpul. Ada seorang cikgu yang agak mama maybe Ketua la kot arahakan anak-anak bersalaman dengan cikgu-cikgu. Aliff pun turut serta. Tapi yang paling best lepas je aliff salam dengan cikgu kelasnya, Cikgu Yasmin, terus dihulurkan begnya bagi cikgu. Aliff sayang hehe.

Cikgu pun sempoi aje ambil dan serahkan balik pada aliff mention suruh letak di tempat beg. Then suruh aliff susun shoes. Tapi yer la kan, dok biasa kat rumah laju je sepahkan shoes time nak masuk, masih lagi menjadi tabiatnya. So mama tolong susunkan tadi. Dan aliff terus lesap masuk dalam school. Dah takde pun nak salam-salam kiss-kiss mama macam biasa. Bertuah punya anak ni hehe.

Takpelah sayang mama, asalkan aliff seronok & happy pergi sekolah, mama pun sama. Sebab adakalanya mama terasa macam awal sangat untuk hantar aliff ke school tapi keadaan sekarang ni memaksa mama untuk berbuat demikian sayang. Rata-rata orang dah hantar anak ke school seawal usia 2 dan 3 tahun. Sebabnya juga sekarang ini umur 5 tahun dah boleh masuk Pra Sekolah, jadi sepatutnya waktu tu aliff dah boleh menulis dan mengenal huruf.

Waktu mama daftarkan aliff untuk masuk school, aliff baru sahaja nak sambut Birthday yang ke-3. Sebab tu mama rasa kecil je anak mama sorang ni. Tapi terpaksa juga mama sayang. Sebab school mengikut tahun kelahiran, bukan tarikh birthday tau sayang mama.

Setiap hari makin ramai anak-anak yang cerdik pandai. Mama pun nak anak mama cerdik pandai juga. Sebab tu mama hantar aliff pergi school sayang. Mudah-mudahan, aliff menjadi anak yang soleh dan cerdik akal fikiran yer sayang, amin.

Mama dan papa sayang aliff sesangat!

Jan 4, 2012

Day 1st Going School

Sebelum ini aliff gi shcool adalah taskanya. Entrynya adalah di sini .

Hari ini 4 Jan 2012 adalah hari pertama aliff betul-betul ke school. Untuk 3 & 4 tahun, adalah lebih kepada Playschool. Takde sangat sukatan yang khusus. Yer lah kan, nama pun Playschool atau dalam BM nya Sekolah Main-Main :)

Layan gambar aliff untuk Day 1:

Suka happy semua ada semasa masih di rumah. Mulanya taknak pakai seragam. At last dapat pujuk untuk pakai. Seluar pakai yang biasa dulu sebab seluar seragam besar jadi kena otter dulu.

Keadaan semasa proses pendaftaran. Anak-anak yang duduk tu dah biasa ke school, umur 5 tahun. Comel je semuanya pakai baju seragam school siap dengan kopiah & tudung.

Aliff agak confuse sebab hari ini datang tempat lain. Biasa hari-hari sebelum ini pergi taska tempat lain. So time school aliff kat sini start jam 8.00pg - 11.30pg. Lepas tu akan transit masuk taska yang sebelum ini sampai jam 5ptg.

Tengok ramai yang pakai kopiah, dia pun cakap "Mama nak pakai topi" hehe

Time ini dah masuk kelas. Kelas diasingkan ikut umur. So cikgunya lebih mudah untuk mengajar ikut sukatan.

Muka dah start masam cuka sebab ada kids lain yang menangis kat dalam tu. Siap pegang tangan mama. Last-last aliff pun angkut nangis sekali :p Puas pujuk-pujuk semua tak jalan. Siap dia cakap "Mama duduk sini, jangan pergi mama. Duduk sini mama. Main dengan aliff. Aliff nak mama" huhu.

Pandai sungguh anak sorang ni memujuk rayu. Lastnya mama tinggalkan sikit demi sikit time aliff da ralit nangis + cikgu tengah pujuk main-main mainan.

Then mama terus gi ofis. Mesej cikgunya tanya macam mana keadaan, alhamdulillah dah stop nangis + tengah main-main + senyum-senyum dengan kengkawan.

p/s: Aliff sayang, belajar elok-elok yer sayang. Main pun elok-elok yer :) Semoga anak mama selamat & sihat di mana saja anak mama berada.

p/p/s: Petang ni mama dengan adik adam datang ambil abang aliff macam biasa yer.. :)



Jan 3, 2012

Hadiah Birthday 3rd Year Boy

Susulan dari entry mama pasal birthday Aliff yang ke-3 (klik sini untuk entry) mama dan papa sepakat untuk hadiahkan aliff "benda" ini.

Bukan main happy lagi dapat naik. Tapi yang lawaknya masa kat kedai mainan, suruh aliff pilih sendiri motor yang dia nak, shy-shy cat pula anak mama sorang ini. Sebab awek2 amoi tu dok tengok dia hehe. At last aliff pilih yang ini dengan hasutan bantuan dari mama :p

So anak mama, main elok2 yer. Jadi anak yang soleh! Jangan ganas-ganas :p + jangan jadi mat rempit yer hehe. Sayang anak mama aliff!





Bekalan Adik Adam

Biarpun susu mama takdelah melimpah ruah macam orang lain, tapi Alhamdulillah masih lagi mampu untuk membekalkan bekalan untuk adik adam hari-hari. Ini adalah hasil 3x sesi pump semasa bekerja. Ada lagi 1 sesi pump untuk petang yang buat waktu amik gambar ni.

Buat masa sekarang mama masih lagi maintain untuk pam 4x. Nanti bila kuliah dah start harap-harap masih sempat untuk buat 4x sesi pumping. Paling minima pun 3x. Malam dan tengah malam punya sesi masih lagi berjalan seperti biasa. Cuma adakalanya terMiss jugak :p

Tak boleh jadi ni. Kena istiqamah macam masa abang aliff dulu. Kalau tak kot-kot terkena pegi kursus ke apa tahun ni naya plak adik. Cian adik. Moga-moga Allah masih lagi memberikan nikmat susu ini berterusan, amin.

Mama dah siap divide susu ikut sukatan adik adam minum tiap kali feeding.

Biasanya adik adam minum 3oz untuk 5x feeding. So perahan hari ini 3 botol yang fresh + 2 ebm = 5 botol untuk bekalan. Yang lain akan masuk freezer untuk jadi stok EBM.

p/s: Moga-moga mama dapat menyusukan adik adam sama macam abang aliff iaitu 2 tahun 7 bulan. Amin..





 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India