Kan dah kata, sure ada penambahan :) So di sini nak tambah tentang review FS Part 2 pula.
- Dari segi bunyi mama lebih suka dengan S3 sebab bunyinya lebih lembut + senyap. Berbanding dengan FS ini lebih kuat. Maybe sebab ada getaran (vibrate) rasanya. Sebab tu jarang letak atas meja, sbb akan jadi lebih kuat bunyinya. Tapi kalau di unit mama takde orang sangat + banyak benda nak buat mama letak je atas meja. Kawan-kawan keliling mama dah tau sangat rutin harian ni :P
- Pada yang dah biasa guna S3, termasuk mama masa pakai FS ni terus try level yang tinggi. Buat masa sekarang ni mama pakai Level 7. Rata-rata kawan mama yang dah biasa pakai S3, dorang pakai Level 9. Hah hamik hehe. Tapi yang 1st time jadi pengepam tegar terus pakai FS, dorang pakai Level 5 ke bawah.
- Kalau dahulu semasa S3 tiada stimulation phase, so main hentam sahaja nak pump. Now dalam 20 minit dah cukup sebab stimulation phase tu membantu untuk mempercepatkan let down.
Apa pun, alhamdulillah kerana mama masih lagi dikurniakan dengan air susu yang banyak. Kerana rezeki air susu ini adalah rezeki yang orang kata lain orang lain inputnya.
Bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk, cuma sekadar untuk memori dan ingatan buat anak-anak apabila mereka besar nanti.

0 kawan fizumie berkata-kata:
Post a Comment
Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)