Bangun lebih awal pagi itu. Abg Aliff begiti bersemangat bila mama mention gi school. Untuk mandi macam biasa akan ambil masa dalam 10 minit baru aliff bersetuju untuk masuk bathroom. So dah setel semua masih ceria lagi bersemangat utk ke school.
Setibanya di school, dalam kereta laju je turun utk masuk school. Mama pun ikut masuk dalam. So dah cakap2 semua dgn cikgunya, mama pun nak balik. Sekali aliff pun nak ikut. Mama cakap tak boleh. SO dah nak start melalak. Nenek yang jaga kat school pun terus dukung sebab dah faham sangat2 kot budak2 kalau baru hantar macam mana. SO sama mama gerak kuar, memang dengar aliff melalak dengan jayanya. MErah padam mukanya sambil air mata bercucuran. Ikutkan air mata mama pun nak ikut serta tapi mama tahankan aje. Dengan harapan papa x perasan. Rupa-rupanya papa memang dah faham mama dia perasan mama pun nak nangis katanya T_T.
Time petang masa ambil bukan main bahagia lagi dok main ultraman kata papanya. TIme tu mama dalam kereta sebab adik adam tengah menyusu. So lepas amik aliff terus ke pantai tengok air laut + dah janji dengannya kalau gi school + tak nangis nak belikan layang2. Walaupun syarat tu tak berapa nak cukup, mama belikan aje sbb berjaya melalui day 1 kan :)
Day 2
Pagi bangun lebih susah. Lebih pandai mengelat. Then dapat pujuk macam biasa so mandi. This time taknak berus gigi pula. Jenuh mama pujuk at last dapat juga. Dalam kereta tertido sama macam day 1. Then sampai school dah taknak turun. Ajak papa turun sekali. SO papa pula yang turun. Sama mcm day 1, kali ini x nak masuk. Then nenek angkat je terus melalak. But this time tak kuat macam day 1. Dah masuk mama n papa terus chow dari situ. Belum sempat jauh dah diam dah :)
Petang mama ambil sampai sana tengok tengah bergumbira je main2 bersama kawan2. Tanya nenek, memang sekejap je aliff nangis. Then terus main2. Alhamdulillah dah berjaya gi school untuk 2 hari.
Day 3
Pagi tadi terus taknak mandi. Dengan alasan nak tengok tv. TIme tu juga adik adam bangun. Sebelum ni tido. So mama mandikan macam biasa kali ini mandi takde nangis langsung. So good bak kata KFC :) time nak gerak gi school buat alasan sekali lagi untuk tgk tv. Puas papa pujuk cakap kat school pun ada tv. Last2 naik juga car.
Sampai school dah taknak turun. Kali ini mama n papa berdua temankan ke pintu school. Nenek kuar untuk ambil. THen nenek dukung je melalak juga. Tapi kali ini siap jerit "Nak salammmmm". Sbb mama terlupa nak salam b4 dia masuk school. So gi salam dalam keadaan masih ada tangisan & sedu, say "bye2" kat papa dan mama. huhu sangat kesian.
Moga2 lepas seminggu keadaan melalak tiap kali nenek dukung dah tak jadi. Maklumlah, 2 bulan lebih aliff duduk umah ngan mama kan. So sure lah taknak gi school.

p/s: Buat anak mama aliff, belajar rajin2 yer sayang. Be a good boy and good son ok dear. Moga anak mama aliff sentiasa selamat & sihat di mana sahaja aliff berada. Muah2 mama dan papa sayangkan aliff sangat. Walaupun adik adam ada, kasih sayang + cinta mama dan papa pada aliff tak pernah berkurangan. Tetap sama macam dulu malah semakin bertambah. Sayang aliff!
0 kawan fizumie berkata-kata:
Post a Comment
Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)