Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Dec 15, 2011

Terjah P.D

Isnin tempohari 12/12/11 papa buat plan adhoc jugak untuk ke PD. Memang dah rancang before this tapi asyik tertangguh je. So kali ini papa memang bersemangat nak ke PD juga sebab nak mandi air laut katanya.

So pagi Isninnya tu, lepas subuh terus bersiap apa2 yang patut untuk dibawa berkelah. Papa siapkan burger ayam untuk sarapan. Which memang sodap! :)

Mama siap mandi terus sebab nanti kat sana memang takde peluang untuk sama-sama main air laut sebab adik adam masih kecil lagi kan. So memang agak jeles la tak dapat mandi air laut juga. Tunggu adik adam besar sikit bole sama2 1 keluarga mandi mandi.

Bertolak dari rumah jam 8.15 pagi. So sampai pantainya lebih kurang jam 10pg gitu. Cari tempat berteduh bawah pokok hampar tikar then papa dan aliff salin baju untuk mandi air laut. Mama dan adik adam buat apa? Main-main dua orang je la atas darat + atas pasir kan :)

Layan je gambar yang sempat captured!


Bergambar dahulu sebelum operasi terjun pantai.

Adik adam bergaya ala-ala nak bersilat gitu. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan adik adam sangat behave masa papa dan aliff main air laut.

Abang aliff bergaya dengan seluar mandi baru yang dibeli oleh papa. Besar sikit so macam nak terlondeh. Saiz kecik dah habis. Pelampung ultraman tidak juga dilupa. Lama dah beli masa 1st time mandi kat PD bersama2 adik beradik ipar.

Dah siap sedia dua-dua orang ini untuk terjun ke laut. Wah sangat jeles OK!

Gambar papa yang sedang melayan anak bujangnya mandi. Smpai papa sendiri pun tak puas mandi air laut katanya. Gambar diambil dari kejauhan yang sempat mama captured guna camera Lumix papa. Jauh ni je yang boleh zoom.


*Nota kaki : Seronok dapat berkelah macam ini sekali sekala. Nanti boleh buat lagi yer papa. Apa kata next time kita gi C.H pulak? :) Windu nak makan stroberi la :p \^_^/




0 kawan fizumie berkata-kata:

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India