Siapa yang membuli? Siapa yang kena buli?

Mangsa buli yang comel

Pembuli yang sentiasa ensem di mata mama
Itulah yang terjadi sekarang ini.
Kata orang Kedah, pantang lepa saja adiknya kompem kena dengan abang aliff. Huhu. Kejap telinga kena piat. Kejap pipi kena pulas. Kejap kepala kena hanggok. Kejap perut kena tindih. Kejap kaki naik kepala. Kejap kena cubit. Kekadang tu nak tergelak pun ada. Nak marah pun ada. Geram pun ada. Semua ada la kiranya. Macam astro jugak. Macam2 ada :)
So apa yang adik adam buat bila kena buli dengan abangnya? Hanya mampu "oh eh oh eh" sahaja bunyinya. Atau paling tidak kalau dah sampai tak tahan sangat, waaaaaaaaa la jawabnya :)
Kekadang tu aksi ultraman pun dibuatkan kat adik. Tang fire adik yang paling tak tahan. Ade ke patut fire adik. Sebab raksasa takde semua dah mati kot sebab tu adik kena fire hehe. Aliff2. Macam2 kerenah anak2 kan. Tu baru dua :) dah penat kadang2 tu melayan. Moga2 mama sentiasa tabah + SABAR menghadapi ultraman sorang ini dan adiknya yang oh eh oh eh itu :)
Apa pun, mama tetap sayang pembuli itu & mangsa buli jugak.. :) Semoga anak2 mama sentiasa menjadi orang yang soleh & sabar, amin...
0 kawan fizumie berkata-kata:
Post a Comment
Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)