Kenapa ambil cuti? Sebab katanya time weekend sangatlah ramai orang. Dan mama memang suggest la pada yang nak pergi terjah ke sana haruslah weekdays yer. Sangat mudah + tak ramai orang sangat. Kalau boleh biar sampai awal sesudah kedai baru dibuka jam 10.30pg lagi best. Senang nak memilih + pelayan kedai akan lebih untuk fokus kepada kita.
Inilah rupa kedainya dari depan.
Ingat yer mommies2, kedai ini ditutup pada hari ISNIN.
Woking hours is 10.30 pagi hingga 8.00 malam.
Bagi yang melalui LDP melalui putrajaya straight je sampai bayar tol RM 1.60 then susur kiri nampak je Avenue Concept terus amik simpang selepasnya. Dekat sangat dah.
Akan nampak kedai perabot Jati Karisma ini bersebelahan kedai..
Step 1 : Pillih lampu-lampu dan kipas yang disukai.
Time ini akan ada seorang pekerja kedai akan entertain kita. Dari awal sampai habis. Once da decide lampu jenis mana, mentol nak yang macam mana, nak energy saver ker tidak. So pekerja ini akan terus key in code untuk cek stok ada ke tak. Kalau ada dia akan terus letakkan barang kita kan 1 side.
Step 2 : Proses menguji setiap satu item yang kita beli.
Dia akan buka semua kotak-kotak yang ada untuk tunjuk pada kita satu per satu yer puan-puan. So tahan mata + tahan telinga untuk tengok :). Cek samada ada rosak ke, pecah ke kacanya, herot bengot ke. Sangat cekap pekerjanya.
Bos besaq memerhati setiap barang yang ada. Dalam hati bos besaq "Korang cek elok-elok yer, tak elok siap karang" :P
Bos besaq tengah diberi penjelasan :)
Step 3 : Ini adalah kaunter bayaran. So tunggu q untuk dipanggil no.
Bos besaq dok memikirkan ongkos yang dah berhabis untuk hari tu :P
Step 4 : Pekerja kedai akan angkut semua barang yang dibeli masuk kereta.
Siap kereta parking depan kedai lagi untuk mudahkan proses angkut :)
So puan-puan, kalau rasa banyak barang yang nak dibeli, bawa kereta besar-besar yer. Nasib baik muat kereta, kalau tak mama kena dok atas bumbung la jawabnya :P
p/s: Sampai kedai jam 10.45 pagi, keluar kedai jam 2.15 petang. Amcam? Hebat tak? :P
P/p/s: Punya la seronok memilih, lampu toilet terus lupa. :) Takper la lampu toilet beli yang biasa-biasa aje nanti.. :)
----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------
Layan je la ok gambar-gambar lampu yang sempat mama ambil.
Lampu mana yang menjadi pilihan hati?
So tunggu next entry la yer bila dah pasang di rumah baru nanti..
Tunggu... :)
Wall lamp
Wall lamp
Lampu pagar
Lampu gantung
Wall lamp
Lampu gantung
Downlight
Downlight
Wall lamp
Wall lamp
Lampu gantung
Wall lamp - Best. Aliff tengok sure suke ni.. :)
Lampu syiling
Lampu gantung. Gile cantik!
Kipas pun ada ok.
Kipas lagi.
Kipas juga

0 kawan fizumie berkata-kata:
Post a Comment
Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)