Yang pasti sekarang selesai sudah kusut masai perihal nak pindah. Cuma ada sedikit lagi barang di rumah lama yang maybe akan angkut hujung minggu ini. Last. Sebabnya sewa rumah bulan ini dah tak perlu bayar just pakai duit deposit masa nak start sewa hari itu. Alhamdulillah.
Dah pindah, rasa lengkap semuanya. Walaupun pada dasarnya kelengkapan rumah masih belum lengkap. Sebab ada barang-barang keperluan yang perlu ditukar ganti dengan yang baru. Telah selamat memakai hampir 5 tahun seusia dengan perkahwinan mama dan papa.
Takpe, kita cuba lengkapkan sikit demi sikit kan. Kalau nak beli sekali harung, namanya memang cop duit yer tak? :)
Nanti akan post gambar-gambar. Pakai komputer di office susah untuk tranfer gambar. Hari itu entry pasal rumah dah terbantut sebab kena hack dan sebagainya. Entry-entry dan gambar-gambar perihal rumah, bukan nak menunjuk, tetapi untuk menjadi kenangan untuk mama, papa dan anak-anak suatu hari nanti. Dan juga semoga menjadi panduan kepada mereka yang dalam proses untuk masuk rumah baru dan sebagainya. Sharing is caring kan? Sekiranya ilmu dikongsi, ganjaran itu akan sentiasa diperolehi selagi amalan itu digunakan atau dipanjangkan kepada orang lain kan?
Kita bertemu lagi di lain entry..:)
Nukilan,
0 kawan fizumie berkata-kata:
Post a Comment
Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)