Now dah ada citer yang pelbagai. Bila jari jemari ini mula menaip di ruangan blog, 1001 cerita hendak dikongsi sampaikan tak tahu yang mana patut didahulukan.
Sekadar update ringkas :
- Abang Aliff semakin hari semakin cerdik dan petah. Segala benda hendak diceritakan tetapi adakalanya sampai tak faham apa yang diceritakan oleh anak sorang tu :)
- Adik adam next month akan genap 1 tahun. Now dah boleh melangkah sikit-sikit. Last Ahad aritu pecah rekod 7 langkah terus. Cayalah adik adam. Alhamdulillah juga sampai hari ini adik Adam masih lagi full breastfeed. Moga boleh capai sama atau lebih dari abang Aliff...
- Berita yang paling menyejukkan hati lagi adalah hari Sabtu ni dah boleh ambil kunci. Sangat seronok! Alhamdulillah.
- Malam tadi, lepas kerja bersama-sama papa & anak-anak shoot ke Houz Depot untuk rembat promotion hood, hob & oven. Alhamdulillah tercapai hajat untuk memiliki.
- Papa pula cool as usual sentiasa membantu di mana sahaja bantuan diperlukan.
- 25 Ogos haritu mama baru sahaja menyambut hari lahir yang ke tuttttt.... hihi...
Cukup dahulu. Nanti akan update untuk tiap satu cerita di atas yer... insyaAllah...
p/s: Hati berbunga riang untuk tunggu hari Sabtu nanti....

1 kawan fizumie berkata-kata:
seronoknya adik adam dah pandai tatih.... sat jer tu...nanti dia lari terus sampai tak terkejar :)
Post a Comment
Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)