Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Sep 10, 2012

Update Rumah : Penyerahan Kunci Rumah Baru

Sabtu hari tu 8 September 2012 adalah hari yang sangat menggembirakan hati mama & papa kerana dapat ambil kunci untuk rumah baru. Alhamdulillah. Setelah menunggu dengan penuh tidak sabar untuk sampai hari itu :)

Jadinya, pagi sabtu tu dalam kul 11 ke tapak perumahan untuk sesi serah kunci. Tapi takde la buat majlis bagai sebab tak ramai pun yang dipanggil untuk ambil.

Kerja-kerja inspection by Mr. Hubby. Cek jangan tak cek sayang :)

Abang Aliff menguji kekuatan tile di ruang living dengan melompat-lompat :)

Kepala kasi tengok syiling kalau ada syiling yang tak ok sambil tangan mengetuk-ngetuk tile. 2 + 1.. Cayalah Papa! :)

Adik Adam pun turut serta dalam kerja-kerja inspection ni. Tugas Adik Adam adalah cek dinding kalau-kalau dorang pasang senget :) 
Sebenarnya Adik Adam dah boleh melangkah sikit-sikit tapi dia lebih suka merangkak la kan. Dah dukung lama mama tak larat da so pakaikan dia shoes untuk dia jalan sendiri. 
Sebab tu letak di tepi dinding, bolehlah dia meniti sepanjang dinding tanpa mengotorkan bajunya :)

Adik Adam : "Mama, adik rasa dinding ni ok. Lulus 100%. Apa kata nanti kita cat warna lain kasi cantik sikit? Nak tak mama? " :) 

So sekian dahulu update tentang rumah. Lepas dah isi borang komen untuk diserahkan kepada pemaju, patutnya dah boleh ambil kunci kalau dah puas hati, Disebabkan tak puas hati lagi, kunci belum diambil untuk kerja-kerja baikpulih oleh pemaju yang telah dikomen-komen. So pemaju janji 2 minggu untu setelkan semua tu. Kita tunggu 2 minggu lagi. Harapnya ok.. Amin..

p/s: Hati sangat berbunga-bunga, hati sabtu tu juga dah panggil kontraktor Kitchen Cabinet datang ukur. :) Tak sabar sebenarnya untuk masuk pindah. Moga rumahku nanti menjadi rumah bahagia yang penuh dengan keberkatan dan keredhaan dari-Nya, amin..

1 kawan fizumie berkata-kata:

Lizan said...

alhamdulillah.... tahniah kpd awak sekeluarga dah sampai hajat dapat rumah sendiri.. cute jer si kecik tu jalan tatih2 tepi dinding...

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India