Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jan 5, 2012

School : Day 2

Hari ni hanya story semata-mata. Tiada gambar disertakan. Kenapa takde gambar? Sebab abang aliff laju je nak masuk dalam school.

Sampai saja di school, mama turunkan aliff then cikgu-cikgu dah siap menanti di pagar school. Semua senyum-senyum simpul. Ada seorang cikgu yang agak mama maybe Ketua la kot arahakan anak-anak bersalaman dengan cikgu-cikgu. Aliff pun turut serta. Tapi yang paling best lepas je aliff salam dengan cikgu kelasnya, Cikgu Yasmin, terus dihulurkan begnya bagi cikgu. Aliff sayang hehe.

Cikgu pun sempoi aje ambil dan serahkan balik pada aliff mention suruh letak di tempat beg. Then suruh aliff susun shoes. Tapi yer la kan, dok biasa kat rumah laju je sepahkan shoes time nak masuk, masih lagi menjadi tabiatnya. So mama tolong susunkan tadi. Dan aliff terus lesap masuk dalam school. Dah takde pun nak salam-salam kiss-kiss mama macam biasa. Bertuah punya anak ni hehe.

Takpelah sayang mama, asalkan aliff seronok & happy pergi sekolah, mama pun sama. Sebab adakalanya mama terasa macam awal sangat untuk hantar aliff ke school tapi keadaan sekarang ni memaksa mama untuk berbuat demikian sayang. Rata-rata orang dah hantar anak ke school seawal usia 2 dan 3 tahun. Sebabnya juga sekarang ini umur 5 tahun dah boleh masuk Pra Sekolah, jadi sepatutnya waktu tu aliff dah boleh menulis dan mengenal huruf.

Waktu mama daftarkan aliff untuk masuk school, aliff baru sahaja nak sambut Birthday yang ke-3. Sebab tu mama rasa kecil je anak mama sorang ni. Tapi terpaksa juga mama sayang. Sebab school mengikut tahun kelahiran, bukan tarikh birthday tau sayang mama.

Setiap hari makin ramai anak-anak yang cerdik pandai. Mama pun nak anak mama cerdik pandai juga. Sebab tu mama hantar aliff pergi school sayang. Mudah-mudahan, aliff menjadi anak yang soleh dan cerdik akal fikiran yer sayang, amin.

Mama dan papa sayang aliff sesangat!

0 kawan fizumie berkata-kata:

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India