Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jan 4, 2012

Day 1st Going School

Sebelum ini aliff gi shcool adalah taskanya. Entrynya adalah di sini .

Hari ini 4 Jan 2012 adalah hari pertama aliff betul-betul ke school. Untuk 3 & 4 tahun, adalah lebih kepada Playschool. Takde sangat sukatan yang khusus. Yer lah kan, nama pun Playschool atau dalam BM nya Sekolah Main-Main :)

Layan gambar aliff untuk Day 1:

Suka happy semua ada semasa masih di rumah. Mulanya taknak pakai seragam. At last dapat pujuk untuk pakai. Seluar pakai yang biasa dulu sebab seluar seragam besar jadi kena otter dulu.

Keadaan semasa proses pendaftaran. Anak-anak yang duduk tu dah biasa ke school, umur 5 tahun. Comel je semuanya pakai baju seragam school siap dengan kopiah & tudung.

Aliff agak confuse sebab hari ini datang tempat lain. Biasa hari-hari sebelum ini pergi taska tempat lain. So time school aliff kat sini start jam 8.00pg - 11.30pg. Lepas tu akan transit masuk taska yang sebelum ini sampai jam 5ptg.

Tengok ramai yang pakai kopiah, dia pun cakap "Mama nak pakai topi" hehe

Time ini dah masuk kelas. Kelas diasingkan ikut umur. So cikgunya lebih mudah untuk mengajar ikut sukatan.

Muka dah start masam cuka sebab ada kids lain yang menangis kat dalam tu. Siap pegang tangan mama. Last-last aliff pun angkut nangis sekali :p Puas pujuk-pujuk semua tak jalan. Siap dia cakap "Mama duduk sini, jangan pergi mama. Duduk sini mama. Main dengan aliff. Aliff nak mama" huhu.

Pandai sungguh anak sorang ni memujuk rayu. Lastnya mama tinggalkan sikit demi sikit time aliff da ralit nangis + cikgu tengah pujuk main-main mainan.

Then mama terus gi ofis. Mesej cikgunya tanya macam mana keadaan, alhamdulillah dah stop nangis + tengah main-main + senyum-senyum dengan kengkawan.

p/s: Aliff sayang, belajar elok-elok yer sayang. Main pun elok-elok yer :) Semoga anak mama selamat & sihat di mana saja anak mama berada.

p/p/s: Petang ni mama dengan adik adam datang ambil abang aliff macam biasa yer.. :)



3 kawan fizumie berkata-kata:

lia said...

Allah.... nak tinggaikan anak kat environment baru la paling lia takot skali... x tahan dgn tangisan dia...

lady scooter said...

same as my kid... hari he started with new journey.. new taska, new nanny, new friends... new adventure...hope dia berjaya tempuh cabaran baru hari ni....

mama salmi said...

Sangat lah mencabar minda dan emosi lia. nak tinggal tadi sangatla berat hati huhu. Memang ikut mata tu dah nak meleleh dah huh dah bertakung dah pun. tapi di tahan. Kang anak nangis mamanya pun nangis tak ke haru. hihi.

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India