Abang aliff arini cuti sekolah lagi. Papa dengan baik hati kerja dari rumah arini. So lega. Adik adam mama terpaksa juga antar ke umah babysitter. Sekarang ni susah untuk ambil cuti sesuka hati. Pengurusan dah orang baru jadi semua cara baru. Sebab tu adik adam mama terpaksa hantar. Tapi kalau ada apa-apa takde masalah sangat sebab rumah babysitter dekat saja dengan tempat kerja mama. Moga takde apa-apalah, amin.
Mempunyai anak yang demam semuanya sangatlah susah hati. Nak kerja pun asyik ingatkan mereka saja. Kalau boleh biarlah semua sakit tu mama yang ambil. Asalkan anak-anak mama sihat-sihat saja dan happy selalu.
Mujurlah ada papa yang tolong mama. Abang aliff muntah, papa tolong lapkan lantai. Adik adam muntah pagi tadi, papa tolong lapkan jugak. Alhamdulillah. Lega hati mama. Dan juga bersyukur punyai suami yang mithali.
Kena sambung kerja + kuatkan semangat untuk hari ini. Pagi tadi travel berdua saja dengan adik adam amatlah lain rasanya. Selalu sepanjang jalan ada saja omongan dan borak-borak kosong bersama abang aliff. Paling-paling tidak mesti dikacau adiknya yang duduk dalam carseat. Mama rindu anak-anak mama... I love u all..

0 kawan fizumie berkata-kata:
Post a Comment
Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)