Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Sep 9, 2011

Normal @ C-ser?

Mana satu pilihan di hati? Normal atau c-ser? Semalam 8 Sept 2011 ada appointment dengan doktor pakar hospital. Berkenaan delivery nanti. Kebetulan memang ada scan, so dapat tau baby sekarang estimate beratnya 3.5kg. Abang aliff dulu lahir 4kg.

Masih ada lagi dalam 2 minggu sebelum deliver. Banyak & macam-macam yang diperkatakan oleh doktor. Antaranya pros and cons untuk bersalin normal @ c-ser. Risiko-risiko yang ada. Tambahan pula, mama kan ada detect diabetis semasa mengandung, lagilah doktor cerita macam-macam. Antaranya, kemungkinan dalam 2minggu ini berat baby akan bertambah lagi, jadi itu akan menipiskan harapan untuk dapat normal. Mama and papa buat keputusan untuk try normal juga, walaupun ada % risiko. Berdoa dan berserah padaNya. Kalau memang ada rezeki untuk mama normal untuk anak ke2, Alhamdulillah. Kalau rezekinya c-ser macam abang aliff dulu, pun Alhamdulillah. Asalkan mama dan adik selamat.

Tapi apa cara sekalipun, mama akan ambil cuti awal sminggu lebih before tarikh deliver iaitu 29 sept 2011. So akan stay je kat kampung sampai hari bersalin. Last day ialah 29 Sept 2011. Doktor tak bagi extend sebab diabetis. By hook or by crook mama kena bersalin juga on that day. Kali ini bercadang akan bersalin di PMC. Sebabnya doktor yang lama dah berpindah ke situ. Dulu masa abang aliff mama di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra. So doktor dah pindah, mama pun ikut juga la :p

Papa hanya ikutkan mama, bagi papa bilangan anak bukan penentu kebahagiaan rumahtangga. Dengar papa cakap macam tu, sejuk sikit hati ini kalau takde rezeki untuk normal. So paling ramai pun akan ada anak 3org sahaja. Sekurang-kurangnya papa cakap, masih dikurniakan zuriat tu dah lebih dari cukup. Betul juga kan. Tapi apa pun, penentunya semasa nak bersalin nanti. Moga-moga Allah perkenankan doa mama untuk bersalin secara semulajadi iaitu normal. Dan semoga kami (mama dan adik) selamat hendaknya.

Dah update blog, nak sambung buat keje. Banyak keje sebenarnya sedang menanti, sebelum cuti panjang 3 bulan. So ada masa akan update lagi berkenaan mama dan baby. Dah lama kan tak cerita pasal perkembangan abang aliff. Cian abang aliff. Sekarang ni seperti menagih kasih dari mama. Tapi disebabkan mama kekadang teramatlah rasa penat, perhatiannya dialih pada papanya. Malam-malam susu botol minta papa dia yang buatkan. Siap kekadang tu boleh bangun dan kejutkan papanya. Alahai sayang mama, kesian anak mama sorang ni. Mama bukan tak sayangkan abang aliff tau, mama sayang sangat2. Maafkan mama kalau aliff terasa mama pinggirkan. Mama tak berniat sayang. Aliff jadi anak dan abang yang baik yer sayang..

Love u always my son...

2 kawan fizumie berkata-kata:

lia said...

mi, semangat betul babies ek.... aliff dulu 4kg, yg ni pon semangat gak....

good luck yer...

mamaAliff @ salmi said...

lia> itulah..xtau la sbb apa yg baby semua semangat2 belake..hehe..tak kesah la janji sehat dan kuat..hehe..kan lia kan? :)

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India