Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Sep 7, 2011

37 weeks sudah..

Update Pregnancy:
Kejap pejam kejap celik, itulah betapa cepatnya masa berlalu. Minggu ni dah masuk 37 weeks dah. Esok ada appointment dengan Hospital Banting berkenaan kelahiran normal atau tidak. Based on semua perkara. Harap semuanya ok. Amin..

Mood:
Sekarang nih mood nak update blog pun dah macam hilang saja. Sebabnya banyak perkara dalam fikiran yang perlu diselesaikan before cuti bersalin. Nak kena siapkan dokumen serah kelas, serah tugas, siapkan kertas kerja dan lain-lain lagi. Dalam masa tu juga mula dari minggu ini dah kena checkup tiap-tiap minggu. Itu lagilah meletihkan.

Normal @ c-ser?
Keputusan terakhir samada nak balik awal untuk persediaan bersalin akan dibuat menjelang esok. Tengok apa kata doktor pakar kerajaan tentang adik kali ini. Memang tiap-tiap hari berdoa semoga dapat bersalin secara normal kali ini. Moga Allah perkenankan doa hambanya.

Barangan Adik:
Semalam bersama papa menyopping barangan untuk adik. Buat tambah-tambah. Baju abang aliff memang sangat banyak sebab membesar dengan cepat, so belikan juga la sikit baju baru untuk adik. Pasal jantina adik belum diketahui lagi. Just amik kaler umum je la semalam untuk baju adik. Disebabkan rasa tak tahan dengan baju kaler pink mama rembat satu :p

Itu sahaja update untuk hari ini. Cau cin cau.. :)

3 kawan fizumie berkata-kata:

ezan said...

bestnya... x lama je lagi adik nk lahir.. ezan pulak excited. hehehe.. good luvk mi.. insyaAllah semuanya akan ok. amin. :)

Puan ApasH said...

sekejap je kan. Salmi awal 1 week dari my sis. Dia this week 36weeks..

mamaAliff @ salmi said...

ezan,
makaseh..mmg tak lama dah lg hehe..amin atas doa..

apash,
owh ye ke..nnt anak dia ngan sy sebaya la hehe..beza sminggu je lbih kurang..

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India