Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jan 24, 2011

Sungguh tak disangka...siapa tahu kan?

aliff mmg suka menulis atau melukis. setiap ari ke rumah bbsitter mama n papa akan pastikan papan tulis (lihat n3 nya di sini) dan buku tulis ada dalam bakulnya. kelengkapan menulis pun semua da cukup dari pensil hinggalah ke pensel color..buku tulis papa belikan buku latihan budak2 skolah tu je..lebih murah dan senang..juz utk conteng2kan..

kalau dahulu lukisan aliff berupa seperti cacing yg berbelit2...xde contoh di sini..penuh 1 buku dicontengnya...lebih mudah digelar begitu..seperti contengan...tp smlm..baru mama perasan, tengah leka menonton tv bersamanya, mama lihat lukisan ini dilukis dgn penuh teliti dan konsentrasi...

hasilnya adalah....

dari pandangan jauh...nampak x hasilnya?

dekatkan sket....

close up lebih sket... ni lah hasilnya..

bg mama ini adalah satu pencapaian besar bagi aliff kerana dia sudah pandai mengkordinasikan pergerakan tangannya dgn memegang pen/pensel.. kalau budak 2 tahun sudah dapat melukis bulat dengan baik..walaupun bulat tu masih kasar lg tp sekurang-kurang aliff ada inisiatif utk membuatnya. itu yg membuatkan mama lebih kagum dgn hasil ini.

maybe pada sesetgh org lukisan ini xde apa makna tp mama satu pencapaian bagi aliff.. sbb tu mama amik gmbr nih... mungkin lukisan ini ditiru kerana acapkali meminta papa atau mama melukis idolanya iaitu ultraman..akan dimulakan dengan kepala bulat + mata bulat..maybe dari situ yg ditirunya..siapa tau kan? dari bulatan yg tak seberapa nih makin hari kalau di asah boleh menjadi seorang arkitek atau yg sewaktu dengannya kan? boleh membina bangunan masjid yg tersergam indah... kan?

semoga anak mama membesar menjadi anak yg bijak & soleh...amin....


5 kawan fizumie berkata-kata:

Nieza Ishak said...

tue yg baru ni nieza belajar ..
kalo nak urat2 tangan anak lembut kasi dia main plaster-sing atau playdoh ...

ibu_Arifa said...

pandainyer Aliff nih..
moga2 tercapai cita2 mama mu itu ..aminnn

mamaAliff @ salmi said...

k nieza> mmg ada cdg jgk nk beli cuma asyik tertangguh je..pasnih nk gi beli hehe tq tq...

ibu arifa> amin...sebenarnya jd apa pun tak kesah kan, ikut dia punya kehendak asalkan yg baik2 dan sentiasa bjaya..:)

adianiez AIDA said...

salmi, why not start beli kan aliff buku yg sambung sambung garisan tu. asas penulisan... bagus tu!

mamaAliff @ salmi said...

aida > yea.....dats a very good suggestion! tak terpikir plak..bagus2 nih..tq ekkk :)

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India