S1 : Mengapakah proses memperkenalkan makanan tambahan (weaning) mustahak?
Susu ibu merupakan makanan yang terbaik dan mencukupi untuk bayi sehingga umur 4 hingga 6 bulan. Apabila berumur 6 bulan, makanan tambahan perlu diperkenalkan kepada bayi untuk melengkapkan keperluan tenaga, protein dan zat-zat lain untuk membesar dengan sempurna.
S2 : Bilakah masanya untuk memperkenalkan makanan tambahan?
4 hingga 6 bulan
S3 : Bagaimana caranya untuk memulakan makanan tambahan?
Ibu harus bersabar dan cuba berulang-ulang memberi makanan tambahan tanpa paksaan. Jika makanan diludah keluar, jangan bimbang kerana keadaan ini tidak berpanjangan sudu kecil patut digunakan.
Untuk menggalak anak mengunyah 1-2 sudu bijirin (bubur nasi), ubi-ubi yang rebus atau pisang masak yang dilecekkan boleh diberi sebagai permulaan. Apabila bayi biasa dengan makanan tersebut, kadar dan jenis makanan boleh ditingkatkan kepada 3-4 kali sehari
S4 : Makanan jenis apakah yang boleh diberi?
Gunakan makanan yang baru dimasak, atau baru dikupas dan dibasuh untuk menentukan kebersihan. Apabila bayi telah biasa mengunyah, selalunya dalam linkungan umur 6-7 bulan, makanan yang sempurna perlu diberikan.
Makanan yang sempurna mengandungi :
1. makanan asas seperti bijirin/bubur nasi
2. bahan makanan protein seperti ikan, telur ayam, daging, kacang-kacang
3. makanan berkhasiat vitamin seperti sayur-sayuran dan/atau buah-buahan
Contoh jadual makanan tambahan :
Umur 3-6 bulan
- 6-8 pagi - Susu ibu
- 10 pagi - Makanan bijirin, susu atau buah-buahan yang dilecek
- 2 petang - Susu / Bubur atau sup / Puree buah-buahan atau sayur-sayuran
- 6 petang Susu ibu- Waktu tidur Susu ibu
- 6 pagi - Susu ibu
- 9-10 pagi - Bijirin dan susu atau buah-buahan dengan bubur/sup atau telur rebus
- 1-2 tengahari -Nasi dan ikan dengan sayur-sayuran hijau atau daging dan puree sayur
- 3-4 petang - Susu atau buah-buahan atau air
- 5-6 petang - Nasi dan kacang-kacang /Pisang lecek
- Masa tidur - Susu ibu
S5 :Bagaimanakah diketahui pemakanan mencukupi untuk pesakit?
1. Sejarah pesakit :
1.1 Pemakanan pesakit dan keluarga dalam masa 24 jam kebelakangan
1.2 Penyakit-penyakit tenat yang boleh mengurangkan berat badan pesakit seperti cirit-birit, jangkitan pernafasan
2. Pemeriksaan pesakit :
2.1 Ukuran anthropometri
2.1.1 Berat badan
2.1.2 Ukuran tinggi
Cara-cara untuk menentukan tahap pemakanan anak seperti lilitan pertengahan lengan (mid-armcircumference), ketebalan kulit (skin fold thickness) dan sebagainya boleh juga digunakan.
Malnutrisi dikatakan berlaku apabila berat badan anak kurang daripada – 2SD dalam carta NCHS. (sila lihat apendiks 5). Pertumbuhan terbantut pula terdapat apabila ketinggian anak kurang daripada – 2SD dalam carta ketinggian yang sama.
Bagaimana Cara Menimbang Anak
1.Tentukan mesin timbang dikalibrat
2.Tanggalkan pakaian dan kasut anak
3.Letak anak di atas mesin timbang *
4.Berat badan diambil apabila jarum ukuran berhenti
* Jika anak tidak berdiam diri, maka timbang ibu bersama anak dan seterusnya timbang ibu seorang.
* Berat badan anak = Berat ibu dan anak – Berat ibu.
Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail
Dr. Iean Hamzah Sendut

0 kawan fizumie berkata-kata:
Post a Comment
Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)