Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jul 20, 2011

Sakit-sakit di situ

Sekarang ni dah masuk 7 bln 1/2 dah. Sekejap je masa berlalu. Arini dari pagi tadi tetiba je sakit2 di bawah nun. Ntah kenapa. Risau jugak. Jadi terus ke admin minta buatkan GL. Kot2 mana tau emergency ke hospital kerajaan.

Moga sakitnya takdelah berpanjangan. Bukan apa, nanti nak masuk kelas jalan pun agak terkengkang sikit. Huhu nampak kureng je rasa. Sakit tu datang dan pergi. Kejap datang merenyut gitu. Erm moga2 takde apa2 lah.

Ada kawan2 yang dah berpengalaman bersalin normal cakap tu jalan nak tengah kembang la tu. Erm harap betul la macam tu. Seperti yang selalu mama doa, moga anak ke-2 nih dapat bersalin secara normal. Amin..

Sekarang nih asyik je terlupa untuk kira pergerakan anak. Tup2 dah kul 11 baru teringat. Adui..

Moga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Ketemu lagi. Tak tahan nk duduk lama2, rasa nak baring sekejap. Biar kurang sikit sakitnya.

2 kawan fizumie berkata-kata:

Huda said...

moga dipermudahkan semuanya :)

mamaAliff @ salmi said...

huda> amin..thnnx dik..

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India