Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

May 5, 2011

Sayangkan anak tangan-tangankan..

Itulah pesanan yang kita acapkali dengar..

Kalau dahulu masa kita kecil ataupun masih lagi remaja, kalau kena denda/rotan/sebat/cubit dan yang sewaktu dengannya, kita akan merasakan yang mak ayah kita tak sayangkan kita... tapi apabila kita dah meningkat dewasa, kefahaman tentang hal ini semakin meningkat..kenapa kita didenda? kenapa kita dirotan? kenapa semua itu berlaku...KERANA.. MAK AYAH KITA HENDAK KITA MENJADI INSAN YANG BERGUNA, INSAN YANG TAHU MENGHORMATI HAK ORG LAIN, INSAN YANG SABAR DALAM MENGHADAPI DUGAAN...

Oleh itu anak mama aliff,

kalau mama atau papa buat begitu pada aliff, jangan sesekali terfikir yang mama dan papa tak sayangkan aliff..kerana sayanglah mama dan papa nak mengajar aliff.. bukan semua benda yang aliff hendak aliff boleh dapat..bukan dengan menunjukkan kemarahan aliff, mama dan papa akan ikut sahaja semua.. bukan sayang..bukan begitu caranya...

akhir2 ini aliff dah pandai menunjukkan rasa marah mu sayang..amukkan mu sayang... tak boleh macam tu sayang mama... mungkin kerana merasakan kasih mama sudah berkurangngan kerana apabila malam penat bekerja seharian terasa sangat..ditambah semakin hari perut mama ini semakin membesar, cepat rasa nak masuk tido.. mama minta maaf sayang..bukan itu maksud mama...

mama harap, suatu hari nanti aliff akan faham kenapa mama n papa tangan2 kan aliff.. bukan tidak mengerti aliff masih lagi kecil..apa lah anak kecil akan faham..tapi mama dan papa nak mengajar aliff dari kecil..taknak terlambat seperti kisah Anakku sazali..dilakonlah oleh P.Ramlee... mama taknak aliff jadi seperti itu..nauzubillah Ya Allah...

moga anak mama akan membesar menjadi anak yang soleh..anak yang sabar..

dan mama papa juga akan sentiasa memperbaiki diri kami moga menjadi mama dan papa yang terbaik buat aliff dan adik2 nanti...moga jalan sentiasa dibuka olehNya, amin...

ANAK MAMA MUHAMMAD ALIFF HAZIQ, MAMA DAN PAPA TERAMAT SAYANGKAN DAN KASIHKAN MU ANAK...


0 kawan fizumie berkata-kata:

Post a Comment

Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India