ni adalah 1st attempt mama buat yerk...silahlah terliur!! klu ada la hihi...
PUDING TRIFFLES
Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll - mama pakai apollo kek jerk..
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry - mama guna yg nona punya
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar
Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk
da...tu je..da siap..senang kan...
p/s: nak? p amik mangkuk n cedok sendiri yerk..heheh...
p/p/s : klu tgk blog k.nor tu jgn bandingkan hasil tangan mama n k.nor tu yerkk..hahah..beza giler kan hasil dia...ekekek...
1 kawan fizumie berkata-kata:
salam salmi.. ok la tu 1st time buat.. asal sedap kat anak tekak tak per la kan.. tq juga sbb sudi try resipi k.liza tu..
Post a Comment
Terima kasih atas kerana menjengah blog fizumie. Silahlah komen yer :)