Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jan 18, 2013

Kena HACK lagi...

Aduhla. Dah tukar password pun still kena HACK LAGI.. wahai la en.hacker, u dah takde kerja lain untuk dibuat ker? Blog i ni bukanlah glamour mana pun kalau u nak hack..

Sedih tul la.. dah la kisah-kisah dalam blog ni bukanlah mengganggu ketenteraman jiwa dan raga orang lain. Hanya kisah berkisah tentang family..

MODE : SEDIH....


Jan 14, 2013

Header Blog 2013


Yea. Akhirnya selesai juga header blog 2013. Kesian adik adam, gambar dia takde dalam header. Now dah ada. Yea. But url blog still guna pakai url lama memandangkan dah ada ramai follower. Chewah :)

Santek tak header baru? Hehe. Dah lama tidak mengasah skill photoshop, dah berkarat la orang kata. Fuh..


Salam 2013 daripada mama Aliff dan Adam kepada semua pembaca blog Kisah KAMI..harap-harap masih belum terlambat..:)

Blog kena HACK

Sedihnya tengok blog. Dapat tahu blog kena hack dari papa sebab dia rajin buka blog mana untuk tengok kalau-kalau ada update. Mama sendiri yang dah lama tak jenguk blog sendiri. Now dah tukar password. Hopefully orang yang rajin buat kerja tak elok ni bawa-bawa bertaubat.

Agak busy dengan rutin kerja harian. Now alhamdulillah satu tanggungjawab yang besar dah diserahkan kepada orang lain, InsyaAllah boleh kembali berblog seperti dahulu..

Cerita pasal rumah pun belum habis kan :) ramai juga rupanya kenalan mama yang tertunggu story morry bout my house. Cewah konon-konon glamour gitu :)

Ok till meet then..


Oct 9, 2012

Update Rumah : Kerja-kerja Wiring

Kalau ikutkan wire yang dah disediakan di rumah baru itu nak kata tak cukup, bolehla kan dari tadi. Tp disebabkan ada penambahan-penambahan ikut keperluan + ikut kehendak suka hati ini jadi bertambah-tambah la dari apa yang patut. Takde la suka hati sangat. Atas perbincangan bersama Bos Besaq juga :P

Cukup je la dulu letak gambar menatang ini. Ntah apa namanya :P DB kalau tak silap! Ni nak kena tukar sebab dah ada penambahan seperti yang dicakapkan. Kalau tak takleh support wiring yang ada. Wireman tu cakap kalau nak tipu boleh aje guna je yang ada ni tapi tak tahan lama la. Tup tap guna sekejap boleh shot. Bahaya!!

Kerja-kerja wiring secara asasnya untuk rumah baru adalah :
  1. Penambahan soket 
  2. Water heater
  3. Aircond
  4. Wiring lampu + downlight
  5. Wiring Wall lamp
  6. Wiring kipas siling + dinding
Itu sahaja. Untuk detailnya nanti bila sudah siap la kan hehe. 

p/s: Mode yang amat tak sabar untuk tengok hasil + nak pindah masuk. Tapi fenin bila fikir tang nak kena pack barang. Uwaaa...sape nak tolong nih??



Oct 8, 2012

Update Rumah : Houses of Lighting at Puchong

Gara-gara terhasut dengan rakan-rakan blogger yang lain mengatakan kedai lampu cantik-cantik yang murah adalah di Puchong iaitu Houses of Lighting, maka dengan jayanya last week mama & papa ambil keputusan untuk ambil cuti pada 4 Oktober 2012 untuk terjah ke sana :)

Kenapa ambil cuti? Sebab katanya time weekend sangatlah ramai orang. Dan mama memang suggest la pada yang nak pergi terjah ke sana haruslah weekdays yer. Sangat mudah + tak ramai orang sangat. Kalau boleh biar sampai awal sesudah kedai baru dibuka jam 10.30pg lagi best. Senang nak memilih + pelayan kedai akan lebih untuk fokus kepada kita.

Inilah rupa kedainya dari depan. 
Ingat yer mommies2, kedai ini ditutup pada hari ISNIN
Woking hours is 10.30 pagi hingga 8.00 malam. 

Bagi yang melalui LDP melalui putrajaya straight je sampai bayar tol RM 1.60 then susur kiri nampak je Avenue Concept terus amik simpang selepasnya. Dekat sangat dah.


Akan nampak kedai perabot Jati Karisma ini bersebelahan kedai..

Step 1 : Pillih lampu-lampu dan kipas yang disukai. 

Time ini akan ada seorang pekerja kedai akan entertain kita. Dari awal sampai habis. Once da decide lampu jenis mana, mentol nak yang macam mana, nak energy saver ker tidak. So pekerja ini akan terus key in code untuk cek stok ada ke tak. Kalau ada dia akan terus letakkan barang kita kan 1 side.


Step 2 : Proses menguji setiap satu item yang kita beli. 

Dia akan buka semua kotak-kotak yang ada untuk tunjuk pada kita satu per satu yer puan-puan. So tahan mata + tahan telinga untuk tengok :). Cek samada ada rosak ke, pecah ke kacanya, herot bengot ke. Sangat cekap pekerjanya.

Bos besaq memerhati setiap barang yang ada. Dalam hati bos besaq "Korang cek elok-elok yer, tak elok siap karang" :P

Bos besaq tengah diberi penjelasan :)

Step 3 : Ini adalah kaunter bayaran. So tunggu q untuk dipanggil no. 

Bos besaq dok memikirkan ongkos yang dah berhabis untuk hari tu :P


Step 4 : Pekerja kedai akan angkut semua barang yang dibeli masuk kereta. 

Siap kereta parking depan kedai lagi untuk mudahkan proses angkut :)
So puan-puan, kalau rasa banyak barang yang nak dibeli, bawa kereta besar-besar yer. Nasib baik muat kereta, kalau tak mama kena dok atas bumbung la jawabnya :P

p/s: Sampai kedai jam 10.45 pagi, keluar kedai jam 2.15 petang. Amcam? Hebat tak? :P

P/p/s: Punya la seronok memilih, lampu toilet terus lupa. :) Takper la lampu toilet beli yang biasa-biasa aje nanti.. :)

----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------

Layan je la ok gambar-gambar lampu yang sempat mama ambil. 
Lampu mana yang menjadi pilihan hati? 
So tunggu next entry la yer bila dah pasang di rumah baru nanti.. 
Tunggu... :)

Wall lamp

 
Wall lamp

Lampu pagar

Lampu gantung

Wall lamp

Lampu gantung

 
Downlight

Downlight


Wall lamp

Wall lamp

Lampu gantung

Wall lamp - Best. Aliff tengok sure suke ni.. :)

Lampu syiling

Lampu gantung. Gile cantik!

Kipas pun ada ok. 

Kipas lagi.

Kipas juga



Oct 5, 2012

BFF Sudah Datang (Ehem2)

Akhirnya setelah Adik Adam berusia 1 tahun 1 minggu 5 hari, BFF mama sudah kembali. Setelah lama betul membawa diri muncul kembali untuk menemani mana :) Alhamdulillah masih lagi fully breastfeed Adam. Semasa Aliff dulu BFF ni datang masa Aliff berusia 1 tahun 1 bulan 1 hari. Untuk entry Aliff >> Klik Sini

Rasa sangat berdebar bila tengok keadaan ini pagi tadi. Tup tup jantung berdegup. Haha. Macam pelik pula :P

Boleh agak tak BFF yang mama maksud kan nih? :) Klu Klu Klu. Macam warna font ni hehe. Kalut mencari untuk meminjam p** dari rakan sekerja. Nasib baik ada. Fuhh..

Terus sms papa tentang ini. Laju je papa reply sms + tanya : "Nak tambah 1 lagi ke? " Aha.. Mama reply : Larikkk Hehe..


Adik Adam tomey2!

P/s: Apa pun semoga kesihatan tubuh ini akan berterusan dan mama dapat memberi supply susu kepada Adam seperti mama Abang Aliff dahulu. Amin...

P/p/s: Mama Sayangkan anak-anak mama Abang Aliff dan Adik Adam!!


Oct 2, 2012

Fenomena Matahari di Langat Hari ini


Subhanallah... Memang itu sahaja ungkapan yang terbit dari hati dan mulut tatkala melihat kebesaran Allah...



Gambar ini diambil bersama kawan ofis tatkala kitaorang keluar nak gi lunch jam 1 ptg tadi. Ambil tanpa memandang matahari sebab pedih mata sangat. Sayup-sayup cuba melihat sangat besar kelihatan. Allahu Akbar!!

P/s: Tengok gambar sahaja pun dah boleh bayangkan sinaran matahari dunia. Inikan pula di akhirat nanti.. Matahari hanya sejengkal di kepala...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India