Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!
Showing posts with label coret-coret. Show all posts
Showing posts with label coret-coret. Show all posts

Mar 6, 2013

Adakalanya..

Adakalanya terasa macam nak sahaja berhenti kerja duduk di rumah sebagai suri rumah.. Alangkah bahagianya...

Adakalanya terasa macam nak minta cuti panjang, pergi holiday setahun. Alangkah gembiranya hati..

Adakalanya terasa seperti nak sambung belajar lagi. Jadi dapat cuti belajar so boleh concentrate pada study sahaja.. Alangkah seronoknya..

Tapi itulah. Tak semua yang kita mahukan kita boleh perolehi dengan mudah. Dan sekuat mana pun kita berusaha, yang pasti Allah penentunya. Dan kita sebagai hambanya, perlu lebih berusaha dan berusaha dan berusaha. Seterusnya berdoa dan bertawakal.

Tapi apa yang pasti, yang kita ada sekarang inilah yang terbaik untuk diri kita. Untuk keluarga kita. Untuk anak-anak kita. Allah lebih mengetahui..



Nukilan,

Sep 5, 2012

I'm back...

Waduh-waduh. Memang banyak betul sawang kat rumah mama nih. Hari tu kan dah janji untuk sentiasa menjenguk di sini tapi tak tercapai jugak hasrat tu. Kerja-kerja di ofis membuatkan diri ini tak sempat untuk menjengah rumah blog ini.

Now dah ada citer yang pelbagai. Bila jari jemari ini mula menaip di ruangan blog, 1001 cerita hendak dikongsi sampaikan tak tahu yang mana patut didahulukan.

Sekadar update ringkas :

  1. Abang Aliff semakin hari semakin cerdik dan petah. Segala benda hendak diceritakan tetapi adakalanya sampai tak faham apa yang diceritakan oleh anak sorang tu :)
  2. Adik adam next month akan genap 1 tahun. Now dah boleh melangkah sikit-sikit. Last Ahad aritu pecah rekod 7 langkah terus. Cayalah adik adam. Alhamdulillah juga sampai hari ini adik Adam masih lagi full breastfeed. Moga boleh capai sama atau lebih dari abang Aliff...
  3. Berita yang paling menyejukkan hati lagi adalah hari Sabtu ni dah boleh ambil kunci. Sangat seronok! Alhamdulillah.
  4. Malam tadi, lepas kerja bersama-sama papa & anak-anak shoot ke Houz Depot untuk rembat promotion hood, hob & oven. Alhamdulillah tercapai hajat untuk memiliki.
  5. Papa pula cool as usual sentiasa membantu di mana sahaja bantuan diperlukan.
  6. 25 Ogos haritu mama baru sahaja menyambut hari lahir yang ke tuttttt.... hihi...
Cukup dahulu. Nanti akan update untuk tiap satu cerita di atas yer... insyaAllah...

p/s: Hati berbunga riang untuk tunggu hari Sabtu nanti....



May 29, 2012

Say No To Rambut Gugur

Sejak anak sudah dua ni makin menjadi-jadi pula keguguran rambut. Rasanya kalau rumah tu tak bersapu memang penuh je rambut kat lantai tu. Kadang-kadang time mandi, basahkan kepala mama tak berani untuk lap kasar-kasar sebab kuatiri rambut lebih banyak gugur. Mama gunakan kaedah bungkus kepala + rambut dengan towel sahaja untuk keringkan.


*credit to link

Tadi time lunch hour terus pergi kedai salun yang kawan mama rekemen. Sebab dah tak tahan so mama potong pendek terus macam zaman belajar sekolah menengah dulu. Puas hati sangat dengan servis kedai salun tu. Siap massage lagi sampai belakang badan. Jarang-jarang rasanya kedai untuk massage sampai belakang sebab biasanya just leher je kan. 

Ada juga google untuk cari petua + punca berkenaan rambut gugur ni. 

Punca Rambut Gugur (link)

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih. 

* Penyakit tiroid

Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius

Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala. 

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan

Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan



Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser

Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.



Petua Mengelakkan Rambut Gugur (link)

Ada beberapa petua yang dijumpai dalam internet ini untuk mengelakkan dari keguguran rambut…dan setelah dimentelaah dan di perhatikan betul2, lidah buaya merupakan antara kaedah terbaik untuk mengubati penyakit yang sememangnya telah menjadi salah satu kehidupan manusia. Mari kita melihat petua-petua nya :
Petua pertama
Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.
Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.
Petua Kedua :
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua Ketiga :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua Keempat :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.


p/s: akan try untuk cuba petua-petua di atas since rambut dah pendek so lebih senang untuk start jaga semula. Chaiyok-chaoyok...



Apr 22, 2012

Cuba Try Test

Assalamualaikim.

Bersiaran Dari kampung Mak mama di Kedah, menggunakan gadget Baru heje. So heaven dapat pulang ke kampung. Today punya plan nak melayan Mak gi cuci mata untuk kitchen cabinet Rumah Baru Mak nanti.

Mama pun excited juga hehe.

Nanti update lagi hehe.

Apr 19, 2012

Kasih Ibu

Di pagi hening ini teringat mak abah di kampung. Terasa lama betul tak menjengah diaorg di sana. Rindu di hati sangatlah amat! Bila bercerita tentang mak, mulalah mata ini menjadi kabur. Betapa kasihnya seorang ibu kepada anaknya yang bernama Umie ini. Mama lebih dikenali sebagai Cik Umie di kalangan keluarga dan juga kawan-kawan semasa belajar.

Bila menjadi seorang ibu barulah tahu betapa nilainya kasih ibu kepada anaknya. KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA!

Betapa setiap saat ibu itu dambakan kasih dan perhatian seorang yang bergelar anak. Duhai anakku Aliff dan Adam, ketahuilah mama ini akan sentiasa mencuba untuk menjadi mama yang mithali buat kalian. Akan cuba sedaya upaya untuk mendidik kalian ilmu di dunia dan di akhirat. Itulah janji mama kepada kalian berdua.

Sebab itulah Rasulullah bersabda, syurga itu di bawah telapak kakinya. Maknanya, restu ibu itulah paling tinggi. Taatilah ibumu 3x lebih daripada ayahmu. Kerana ibumu yang melahirkanmu dengan menyabung nyawa untukmu. Mak, maafkan anakmu ini andai ada salah dan silap. Terasa begitu kerdil diri ini dibandingkan kasihmu kepada ku sebagai anakmu.

Tak sabar untuk melihat mak abah di kampung. Buat anak-anakku, jadilah mama mu ini sebagai idolamu suatu hari ini. Semoga dikau membesar menjadi anak-anak yang soleh dan sayang pada mamamu.

Jan 13, 2012

Sakit Gigi

Dah 2 hari sebenarnya campur hari ini. Asyik tertangguh + takut sebenarnya nak gi jumpa doktor gigi huhu. Tapi tengok macam tak memberansangkan pun sakit ni, makin sakit je ada.



Mana lagi menyakitkan eh? Cabut gigi geraham atau buat rawatan akar? Huhu. Sayang juga bila tengok gigi masih kukuh kan walaupun dah pernah tampal. Tapi sakit ni makin menjadi-jadi je.

Dari malam tadi asyik dok makan roti cicah air milo je. Sebab macam susah je kalau nak makan nasi sebab takleh nak nganga mulut besar. Maybe gusi pun dah bengkak. So roti cicah air dah lembek senang nak tolak masuk mulut + tak perlu nak kunyah sangat. Macam ni kalau seminggu agak-agak leh kurus tak? :p

Tengok petang nanti kalau ada kekuatan nak gi jumpa jugak doktor gigi. Huk Huk..


Jan 12, 2012

Mimpi 'Benda'

Semalam mama bermimpi berkenaan 'benda' ini. Harap-harap mimpi itu menjadi kenyataan tak lama lagi. Bangun dalam keadaan yang happy walaupun tak lena tidur sebab adik adam asyik bangun-bangun je time tidur + tidur pun lewat.

Tengok ramai yang ada 'benda' ini, macam berangan-angan untuk ada juga. Untuk memenuhi tuntutan hati dan juga keperluan seorang anak. Walaupun dah ada sebenarnya 'benda' yang sama dengannya.


*pic credit to mr.google.

Apa 'benda' itu? Tunggu dah lihat samada ia menjadi kenyataan atau tidak. :)


Dec 27, 2011

Anak Bujang Sulung Ku

Kadang2 orang kata biarlah anak sulung itu perempuan. Sebab nanti boleh tolong mamanya buat keja2 rumah.

Tapi siapa boleh sangkal anak lelaki pun boleh buat kerja rumah kan? Tengok ni buktinya :)


Aliff memang kadang-kadang nak tolong mama buat kerja rumah macam masukkan baju dalam washing machine. Tolong lipat baju. Tolong angkat baju dari ampai. Masukkan baju dalam bakul. Kira boleh la untuk umurnya yang baru je cecah 3 tahun dapat tolong mama buat kerja-kerja macam tu kan?

So samada anak sulung itu lelaki atau perempuan tidak menjadi persoalannya. Moga-moga anak mama aliff dan adik adam rajin tolong mama yer nanti. :)

Sayang anak2 mama. Aliff dan adam




Nov 13, 2011

Mengidam!

Sangat-sangat rasa mengidam sekarang ni. Nak tau kenapa?

Baru-baru ni di rumah mama bersama kakak2 dan abg2 berlangsung discussion berkenaan BF dan gadgetnya. Kakak mama, k intan mengatakan yang dia nak beli pump baru. Fuh berdetik dalam hati, best ek. Tapi memula ingatkan sekadar begitu sahaja.

Hari ini ada masa lapang yang banyak sebab adik adam tidur dengan nyenyaknya. Abg aliff pula leka bermain bersama cousin2nya, aqeela dan aleeya. So mama pun surfing pasal FS iaitu Freestyle Medela. Gambar macam kat bawah nih. Fuhhhh...Menggoda You!!!!


Wah sangat teruja bila tengok gadgetnya. Nak2 lagi boleh dikatakan FS ni sangatlah mobility dan sangat mengujakan. Paling geram bila tengok mesin pump tersebut alahai sangatlah comel! Bole dibawa ke sana ke sini dengan mudah dan jayanya!

Erm tapi S3 mama pun masih lagi ok sebenarnya. Cuma kehendak hati sahaja yang terlebih nak dapatkan gadget yang superb nih. Agak2 papa approve tak ek? Mau taknya, bukan murah. Paling koman pun Rm1500+-. Erm kena fikir jugak jangka panjang sebab kalau ada rezeki by mid march akan masuk rumah. SO akan pakai lagi banyak duit.

Kat ofis mama pun ada jugak kengkawan yang beli s3 lepas mama beli, dah bertukar arah ke FS nih. Fuhh. Camana yer? Agak2 nak ikut serta ke tak ek? Hihi..

Tengok keadaan macam mana. So FS now adalah target kalau hal2 lain setel :p So papa, tunaikanlah permintaan isterimu ini.. :)

p/s: papa.....belikan lah... (pujuk rayu nih...hihi...)

Nov 1, 2011

Shopping Online

Maklumlahkan, mama kan dalam pantang lagi. So tak dapat la keluar2 rumah bagai kan :p so solution untuk menghiburkan diri, mama menyopping online (hihi bahasa ape la ni kan?) :p

Harini sudah hari ke-40 mama berpantang. So dah tak lama lagi tamatlah hari berpantang :) Hari-hari dok tengok baju menyusu & barang2 baby. Dah ada parcel yang sampai. Tapi tetap maklumkan kat papa dulu sebelum tu hehe. Kan papa kan :)

Dah lama sebenarnya tak buat keje-keje shopping online ni. Sebabnya waktu2 biasa boleh aje dok berjalan-jalan dengan papa dan kawan2 opismate. Dah ni duduk kat umah je kan, time anak2 tidur time tu la mama sibuk di depan laptop. Masa awal2 dalam pantang belum berani duduk lama2 sangat. Satunya sebab memang tak dapat. Satu lagi nanti mak mama akan bebel hehe. Nasib baik ada mak yang masih lagi sudi nak jaga anak2nya dalam pantang. Alhamdulillah. Moga mama juga kuat untuk menjagamu nanti mak abah.

Oklah, cukup takat tu dulu. Ni mama listkan a few web yang mama dah berjaya menyopping online :)




  1. http://trendy-muslimah.com/ - pemiliknya Sis Odah. Sangat friendly dan mesra dengan soalan2 mama hehe. tq sis. pasni boleh dapat diskaun lebih lg ek :p


  2. http://e-mumshop.com/ - pemiliknya pn.aqilah - beli botol baru kat abang aliff kat web ni


  3. http://www.fabulousmom.com/catalog/index.php - beli barang mama dan baby :)


Itu sahaja untuk hari ini. Esok2 kalau ada shopping lagi, mama update lagi yer link2 baru. :)



Jul 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak!


Kepada semua rakan2 bloggers mama...


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..


semoga Ramadhan kali ini memberikan kita lebih keberkatan..


Moga amal ibadah juga bertambah...


Maaf dipinta kalau ada salah silap..


Sama2lah kita memakburkan Ramadhan...




buat diri mama, moga diberi lebih kekuatan & semangat untuk puasa penuh kali ini. amin..

Jul 28, 2011

Persediaan untuk adik

Minggu nih dah masuk 31weeks of pregnancy. Barang2 keperluan utk adik belum lagi diprepare. Ape punya ayat campur2 nih hehe. Bukan tak excited dgn pregnancy kali ini, cuma asyik tertangguh je bila time nak gi beli tu. Lagiplak nak tunggu utk wat scan 4D. Sekadar untuk tengok tumbesaran adik. Kalau dapat tau jantina lagi senang. Kalau dapat boboy, dapatlah aliff main2 otomen dgn adik. Kalau dapat gegurl, dapatlah mama beli baju2 gaun yang sangat2 comey itu. :)

Hujung minggu ini bercadang nak bongkar box yang simpan baju aliff masa aliff kecik2 dulu. Masih elok dalam simpanan. Tapi kebanyakan bajunya warna blue la hehe. Tapi untuk mama ok je kot kalau gegurl pakai baju blue, jangan boboy pakai baju pink hehe.

So kepada papa, jom cepat2 kita pegi buat scan yer :) kalau boleh minggu depan la kot. Tapi da puasa la pulak. OK je kot. So adik, we all tak sabar nak tunggu kehadiran adik yer. Hari2 dok golek2 dalam perut, lagi2 time dengar suara abg aliff dok cakap. Kan adik kan. Mama papa doakan semuanya selamat dan sempurna, amin..

Jun 9, 2011

Mari Mengaji (Aliff Version)

Betullah kata pakar, Tv memberikan impak besar kepada anak2.

Semalam lepas layan cite upin ipin di tv 9, ada slot mari mengaji. Masa tu juga mama pun baru lepas solat magrib + nak baca quran, aliff tetiba datang kat mama minta quran mama. So mama tanya, mana muqaddam aliff? Kan mama dah belikan aliff punya. Then laju je gi capai muqaddam + rehal atas meja studynya. Terus duduk tepi mama depan Tv. Dan inilah yang berlaku.

Layan video.




p/s: dapat dengar tak suara merdu aliff mengaji? :)

So lepas nih mama akan selalu bukak slot mari mengaji dari slot Bertukar or Kamen Rider huhu. Sebab waktunya hampir sama jer. Harap2 aliff cepat pandai mengaji yer sayang.

Alif Ba Ta da boleh baca, cuma ada huruf2 yang masih tertinggal. Tak banyak sikit je yang tinggal. Alhamdulillah..

May 21, 2011

Kursus 1 Malaysia - Belajar Blog

Harini sabtu - 21 Mei 2011 mama kena keje utk ajar komuniti tentang pembinaan buat blog..

Berkongsi ilmu adalah sesuatu yg mama sangattt sukerrr...apa yang kita tahu ataupun pengetahuan yang kita ada, kita kongsikan & panjangkan kt org lain besar ganjarannyerr...tu yg suke!!

so kalau ada kengkawan lain yg nak belajar kursus IT atau lain macam kursus masakan ke...meh la join kt kolej mama ni yer...Kolej Komuniti Kuala Langat..dekat banting..tau tak?? :) MACAM2 ADA....

so bole tengok kat sini yer... klik sini >> Takwim 1 Malaysia


May 3, 2011

Celoteh hari ini...adalah...

lama rasanya tak berblog kan...nk kata busy teramat tu xde la sgt..tp busy la jugak.. :p pulak arini tlupa bawak laptop, so semua plan yg dirancang nk dibuat arini tergendala..aduh... dok biasa ari2 kt tmpt keje ngadap laptop, tup arini tlupa bawak mmg mengong je rasa...

masuk minggu nih da 19week da pregnant.. huhu kejap plak rasa..aritu masa dok tempuh ari2 alahan sgtlah panjang rasanya..nk boleh abeh 1 hari 24jam pun rasa punya la lama...now kejap plak..alhmdlh semua da ok...

rasa2 baby skrg pun da leh rasa gerakkannye...xsure la betul ke x tp maybe betul la kot..sbb ada baca jgk kata 2nd baby cpt gerak + cpt dapat rasa sbb dah ada pengalaman..kalau btl alhmdlh dapat lagi sekali merasai pengalaman indah waktu ngandungkan aliff dulu..dan semoga anak mama yg dlm peyot nih behave macam abg aliff yer syg...

aliff skrg nih dah pandai berceloteh da...kadang2 tu da pandai menunjukkan rasa boring dia waktu dlm pjalanan ke mana2..sbgai contoh.. tgh dok rancak mama borak dgn papa.. tiba2 dia bbunyi... "La la la la la la la..." smbil tgk dok goyang2...hahah..bantai mama n papa gelakkan aliff..sure da busan kan xleh nk sampuk kitaorg borak2...cian anak mama...nnt pandai la tu ok...

skrg nih da leh btnya macam2..sebagai cth... "mama nk ke mana? " muka penuh dgn tanda tnya..dahi kerut2..tu soalan yg biasa ditnya waktu tgk mama tgh siap2..kalau pagi2 dia tau mmg nk gi keje..selain waktu tu la...heheh clever boy!

byk vocab + benda2 yg dia da kenal...so alhmdlh perkembangan aliff sgt baik..susu pun da minum byk skrg..da 7oz skali hadap...tp MASIH LG NGEMPENG MAMA mlm2..hihi..tu yg belum tinggal lg...kdg2 tu nk jgk stopkan dia.. sbb penat tdo baring ngiring 1 hala lama...ni baru perut kecik..maybe masuk 5bln nnt da kena start wt step2 utk dia stopkan ngempeng...tp b4 bg dia ngempeng slalu ckp kt dia.. " aliff da nk jadi abg..nnt kalau abg minum susu mama, adik baby nk minum susu ape plak? cian adik baby..." so apa yg mampu si kecik mama tu buat? senyum malu2 smbil mharapkan mama kasi jgk...hihi..anak mama nih....

so tu je la kot nk celoteh arini gara2 x bwk laptop...so sok kena cover blk keje2 yg patut buat aritu..haiyakkkk....

Mar 30, 2011

Hot Chat : Lagu di zaman sekolah rendah

tadi semasa ondaway ke tmpt keje, mcm biasa denga HOT.FM.. pagi nih mmg rasa nostalgia sgt sbb topiknya iailah lagu di zaman kita sekolah rendah..walaupun suara tak sedap sangat tp yer la kan budak2 sure sgt suka time muzik..akan suka suki nyanyi ramai2 dlm kelas dgn cikgu..ingt lagi cikgu kadang2 siap ada bawak gitar heheh...

ramai caller, bg komen citer psl lagu yg dorang masih ingt..siap ada yg nyanyi2 lg..mama pun ikut nyanyi dlm kete bsama aliff..aliff suke n gelak2 sbb masa siap buat mimik muka + gaya sekali hihi..melayankan aliff dlm kete ari2..mmg sronok je..

antara lagu2 zaman sekolah rendah time muzik tu yg mama masih ingt2 lagi :
  1. Nasi lemak (psttt...ni lagu mama nyanyi masa pertandingan menyanyi kt skolah tau...jgn jeles..siap dpt no.1 lagi...hahah...) mmg terbaekkkk la... :p
  2. Air terjun
  3. Ais kacang
  4. Hujan
  5. Matahari
  6. Bunga kembang
  7. Petani
dan lain2 lagi la..ni je yg tlintas sambil buat keje nih..maybe ada jgk tajuk yg tak kena sebenarnya hehe...tp sgt sronok..ingt pasnih nk cari lagu2 tu n nyanyi sama2 dgn aliff..

melayan DJ2 tu menyanyi sronok jgk.... best sgt dorang nih..Farah, AG n FBI....

Jan 19, 2011

Entry untuk mommies yg berazam nak fully bf anaknya..

Untuk pembuka bicara, entry ni khas utk kawan opismate mama, nurhuda & juga mommies yg lain yg berazam utk fully breastfeed..

Dan pengakuan mama ialah :

  1. Saya bukanlah seorang kaunselor susu ibu atau seangkatan dengannya..

  2. Saya juga tidak mempunyai apa2 sijil kelayakan tentang susu ibu ini.. (hanya sijil kelahiran anak sy sj yg mbuktikan umurnya merangkap lama mana dia telah menyusu dgn sy :) )

  3. Hanya sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang 2 thn fully breastfeed anak saya...Muhammad Aliff Haziq...

  4. Maaf dipinta andai ada yg terguris dengan entry kali ni..bukanlah untuk membezakan atau berbangga dgn pcapaian ini..tp betul2 hanya utk berkongsi pengalaman..sbb ada yg menanyakan perihal susu ibu nih pada mama...
Gmbr hiasan : gmbr ini diambil ketika aliff masih kecil lg..7 bln dat time..

Actullay mungkin pada sesetengah org bab susu ini adalah bab yang x perlu difikirkan..benda kecik je org kata..semasa mama mengandungkan aliff dulu, mama dpt inspirasi dr kakak mama, k intan, sbbnya dulu dia fully bf anaknya aqeela..sbb tu mama pun berazam nk mcm tu..so spjg mengandung tu mmg xde fikir la nk beli susu apa utk bg pada anak nnt..sbb dok azam nk bg susu ibu kan..susu tbaik...

berbalik pada perkataan yg TERBAIK...percaya atau tidak, semasa penyediaan pakaian anak, barang keperluan anak, kita sebagai ibu bapa pasti akan ambil yg tbaik utk anak2 kan..sebagai contoh, brand johnson mmg jd pilihan dr segi bedak, shower foam, losyen dan sebagainya.. dan segi pakaian, maybe brand Anakku jd pilihan..tu yg tbaik kan? so kenapa bila berbalik pada susu, kita mencari susu formula? kenapa kita sebagai mama tidak berazam nk berikan susu ibu kerana semua org tahu kan susu ibu adalah terbaik..dan ia adalah F.O.C..iaitu free of charge.. kan?

perkataan BERKORBAN adalah menjadi perkataan yg setara dengan mommies yg menyusukan anaknya...kerana apa? kena berpantang makan itu dan ini kerana takut susu berkurang, takut anak kena angin dan mcm2 lagi..x cukup tdo, sakit belakang, sakit pinggang, lenguh bahu, makan cepat2, mmg sinonim dgn ibu yg menyusukan anaknya.. ntah la, kalau ikut pengalaman sendiri, mmg btl2 memenatkan..tp kerana memikirkan nak beri yg TERBAIK itulah mama kuatkan semangat mama.. dan semangat itu jgk datang dr papa..sbbnya papa sgt support mama perihal bf nih.. mmg pada mulanya papa seperti tak yakin, tp akhirnya papa akur + sokong mama..terima kasih syg...!

bagi diri mama, dlm penyusuan ini ada 4 fasa. kenapa 4 fasa kerana mama takut tak mampu utk menyusukan anak selama 2 tahun walaupun mama memang berazam nak fully bf aliff selama 2 tahun..actually benda ni tpulang pd individu mcm mana dia nk siapkan dirinya sndiri. ini adalah cara mama..biar targetnya sikit2 tp akan tercapai jgk target yg sebenarnya..tul x?

4 fasa tu ialah :
  • fasa 1 : utk pmulaan, buat mommies yg nk fully, tetapkan target 6 bln pertama dahulu..kerana penyusuan ini dinamakan exclusive bf..saat yg paling penting kerana 6 bln pertama ini hanya susu yg menjadi makanan pd anak2 kita..takde mknan lain..xde minuman air lain yg masuk ke dlm perutnya melainkn air susu kita..

  • fasa ke 2 : target selepas 6 bln ialah setahun..semasa fasa ke2 ini, anak kita da mkn makanan lain...+ air susu kita..so kandungan air susu bukan lg 100% ketika itu..air susu kita tu da jd mcm minuman dia shj..utk menghilangkan dahaga..

  • fasa ke 3 -: target selepas setahun iaitu setahun 1/2.. masa nih mmg akan ada mcm2 dugaan seperti air susu da bkurang..masa ni boleh try ambil supplement dgn saranan doc atau kaunselor..

  • fasa terakhir, fasa ke 4 : target selepas setahun 1/2 iaitu cukup 2 tahun. yg mana waktu ini dia minum susu ktia sekadar suka2..maybe da tak sekerap yg dulu2..tp masih minum lg..sebabnya dia minum rindukan ngempeng tu kalau ikut pengalaman aliff la..sbbnya lepas minum air lain pun still minta nk susu...:)
so buat huda dan mommies2 yg lain, kuatkan semangat, cekalkan mental dan fizikal utk hadapi pengalaman yg begitu menakjubkan sepanjang penyusuan ini. di saat anak da putus susu, pasti korang akan rasa begitu syahdu sekali..hati kecil akan merindui saat anak "mengempeng" susu anda...saat di mana anak anda mencari anda utk menyusu, saat di mana mata anda bertentang mata dgn anak yg sedang menyusu..percayalah! saat di mana air mata pasti akan tumpah seperti mana air susu yg dipam tertumpah ke lantai.. sangat mengecewakan ati tgk susu yg dipam tumpah..walaupun setitis pasti hati akan berbisik, ruginya susu aku tumpah...percayalah kwn2!

walaupun skrg nih aliff da 2thn++ masih lg menyusu mama, mama sendiri blm pasti sampai bila aliff nk menyusu nih..biarlah shingga waktu yg menentukan..selagi air susu ni mengalir dan selagi aliff blm ada adik :)

dan mama jg amat bersyukur pada Allah kerana memberikan rezeki susu ini kepada anak mama..moga rezeki susu ini akan terus mengalir hingga anak2 yg lain pula..sama2 kita berdoa moga yg tbaik utk anak2 kita yer mommies...

Jan 10, 2011

Gugu Gaga Aliff...Dari lensa papa..

kita btemu lagi..heheh....skrg nih kalau tgk rate mama dkt nuffnang da menurun giler dr dlu..huhu..tu gara2 satu ketika mama btl2 malas nk update..:) pada kawan2 yg dlu dok follow + baca blog mama... mai la follow + baca balik..heheh :p

arini n3 bkaitan aliff..gmbr2 tbaru aliff yg bjaya di rakam oleh lensa papa... heheh...

aliff bgaya dgn basikal hadiah birthdaynya yg ke-2...aritu kan dok fenin2 lg pikir nk bagi hadiah apa..n3 disini..

percubaan membuat P.E.A.C.E....

akhirnya menjadi...dengan muka agak serius takut senyum kang peacenya lari hehe...:)

membawa aliff jln2 di I-city di s.alam..time ni aliff demam..so moodnya kurang ok..

gambar sekitar di rabbit park, bukit tinggi pahang..aliff main jongkang jongkit dgn papa..

anak bahagia papa dan mama...

cubaan memberi makanan pada rabbit..smbil jerit2 time dok bagi...(ye ke aliff yg jerit? erkkk ke mama yg lebih jerit? :p)

habis semua rabbit dikejarnya...blari2 dalam park tu..tak takut langsung..

cuit rabbit sini..cuit rabbit sana...aliff geram pada rabbit tu semua sbb cumel! hehehe..

kalau boleh nak dikendongnya..aliff2...

p/s: apa pun..sangat seronok melihat gelagat anak mama aliff nih...kalau rasa penat..letih..bila tatap wajahnya dan senyuman..hilang semua...moga senyuman di wajah anak mama n papa ni tetap tersimpul...amin...jadi anak yg soleh yer nak...

Jan 4, 2011

Aliff anakku...

Inilah wajah kesayanganku...semakin hari semakin cerdik akalnya..semakin aktif mulutnya berkata2..semakin lincah pergerakkannya..dan semakin pandai menunjukkan perasaannya...

itulah anakku...Muhammad Aliff Haziq..17 dis 2010 aritu genap umurnya 2 thn..perjalanan bergelar mama bersamanya amat membahagiakan..terasa diri cukup lengkap dikelilingi insan yg disayangi dan dicintai...papa n aliff..

Tapi kadangkala terasa kesabaran ini diuji oleh tingkahlakunya...oleh emosinya yg ditunjukkannya...mmg terasa sangat..mungkin itulah lumrah kehidupan bagi yg bgelar seorang mama n papa...kadangkala terfikir di benak, dari mana dia tiru perbuatan itu? dari aku kah? atau itu cuma tingkahlaku seorang anak yg sedang membesar? dan setiap pembesaran anak itu akan berbeza dari satu yang lain... kadangkala ayat itulah yg memberikan aku lebih kesabaran...anak2..tgh mbesar...masih kecil lg..tp kadangkala terasa jgk perlu diajar dan ditunjukkan perbuatannya itu salah.. kalau dahulu semasa kecil, mmg akan takut apabila abah memerhati..terasa abah sgt tegas ketika itu..semakin hari, semakin memahami kenapa abah perlu begitu pada anak2nya..dan skrg ini terasa sgt bsyukur atas tindakan abah itu, kerana kerana dialah aku menjadi anak yg bguna skrg ini...

Aliff, kalau aliff memahami setiap butir kata mama n papa, mesti aliff akan jadi anak yg baik kn? dan mama tahu aliff anak yang baik..kalau disatu hari nnt aliff semakin memahami, kenapa mama n papa marah, kenapa itu tak boleh, kenapa ini tak boleh, kenapa tak semua kemahuan aliff mama n papa tak turuti.. tp percayalah.. walau apa pun yg mama n papa buat, MAMA n PAPA TERAMAT MENYAYANGIMU NAK... aliff lah penyatu hubungan mama n papa..aliff lah zuriat mama n papa....

Semoga setiap hari anak mama n papa membesar mnjadi anak yg soleh, ank yg cerdik akal fikiran, anak yg bjaya dlm hidup, yg bjasa kepada org tua, dan dimurahkan rezeki.. dan jika ada rezeki aliff menjadi seorang abang, jadilah abang yg dapat melindungi adik2nya, dan juga dalam ms yg sama, bersama papa melindungi keluarga kita.. Yer sayangku...


Sep 8, 2010

Salam Aidilfitri buat semuaaaaa :)


Salam Aidilfitri buat semua kengkawan, mommies yg slalu jengok2 blog mama nih..sorry la guys da lama xupdate..nnt pas raya ok heheh...

mohon maaf andai ada salah silap, tutur kata yg kasar, yg terasa ati semasa mbaca blog mama atau sebagainya... harap dimaafkan ok... doakan mama & keluarga slmt smpai ke kg... bg yg beraya kt muo jemputlah ke umah mertua sy hehe.. atau yg beraya kt nun di utara, jemput mai umah mak sy pula lps raya ke3..thn ni turn raya di muo dahulu :)

salam... jumpa lg slps raya...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India