Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!
Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Mar 8, 2013

Mimpi Yang Banyak. Tanda Stress Ke?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua..

Hari ini badan mama seperti penat sahaja. Padahal baru sahaja nak mulakan langkah untuk hai Jumaat ini. Semalam macam-macam mimpi yang muncul. Semuanya berat-berat mimpinya. Bangun pagi untuk subuh, rasa macam letih sahaja. Erm. Kenapa yer. Semuanya mimpi perihal kerja. Mama stress ke?

Macam mana yer nak ukur kita ni stress atau tidak? Ada ujian ke nak buat? Ke diri kita sendiri boleh tau? Ada sesiapa yang boleh bagi mama idea? Idea untuk hilangkan stress ke. Apa-apa juga.

Rasa macam taknak buat apa-apa di office hari ini. Nak duduk sahaja surfing internet sahaja bole? Sebenarnya kerja memang tengah banyak.

So langkah pertama ialah menulis entry baru di blog + blogwalking dahulu untuk memberi semangat pada diri sendiri. Aci tak? :)

p/s : Tengah kumpul kekuatan untuk memulakan kerja yang tengah menimbun atas meja...

Nukilan,

Oct 5, 2012

BFF Sudah Datang (Ehem2)

Akhirnya setelah Adik Adam berusia 1 tahun 1 minggu 5 hari, BFF mama sudah kembali. Setelah lama betul membawa diri muncul kembali untuk menemani mana :) Alhamdulillah masih lagi fully breastfeed Adam. Semasa Aliff dulu BFF ni datang masa Aliff berusia 1 tahun 1 bulan 1 hari. Untuk entry Aliff >> Klik Sini

Rasa sangat berdebar bila tengok keadaan ini pagi tadi. Tup tup jantung berdegup. Haha. Macam pelik pula :P

Boleh agak tak BFF yang mama maksud kan nih? :) Klu Klu Klu. Macam warna font ni hehe. Kalut mencari untuk meminjam p** dari rakan sekerja. Nasib baik ada. Fuhh..

Terus sms papa tentang ini. Laju je papa reply sms + tanya : "Nak tambah 1 lagi ke? " Aha.. Mama reply : Larikkk Hehe..


Adik Adam tomey2!

P/s: Apa pun semoga kesihatan tubuh ini akan berterusan dan mama dapat memberi supply susu kepada Adam seperti mama Abang Aliff dahulu. Amin...

P/p/s: Mama Sayangkan anak-anak mama Abang Aliff dan Adik Adam!!


Sep 19, 2012

Penumpang Beg Mama

Rupa-rupanya ntah berapa lama la ada penumpang dalam beg mama nih. Dengar tajuk macam ngeri tak? :) Hehe takde apa la. 

Dahulu pernah buat entry lebih kurang macam ni jugak. Nak tau kisah dahulu >> Klik Sini

Patut la mama rasa handbag mama ni berat je :P Cer perati tengok betul-betul siapa penumpang tersebut :)


Psstt..abaikan item-item lain yer :P 
Nampak tak siapa yang menempel tu.. :)

Yeah..inilah die penumpang itu. Ultraman Tiga kalau mama tak salah.. kena confirmkan semula dengan Aliff ni :)

Rasa-rasanya Aliff yang masukkan dalam ni. Atau mama sendiri ntah la dah lupa. Sebabnya kadang-kadang memang Aliff jenis yang suka keluar rumah bawa barang tapi last minute nanti dah jalan-jalan dah taknak bawa barangnya. Last-last handbag mama jadi sasaran tumpang barangnya. Sebab tu handbag mama berat tau papa :P


Apa pun, sangat geli hati + enjoy melihat ultraman jadi peneman di meja mama hari ini... 

p/s:: Abang Aliff, mama pinjam ultraman yer.. :)



May 29, 2012

Say No To Rambut Gugur

Sejak anak sudah dua ni makin menjadi-jadi pula keguguran rambut. Rasanya kalau rumah tu tak bersapu memang penuh je rambut kat lantai tu. Kadang-kadang time mandi, basahkan kepala mama tak berani untuk lap kasar-kasar sebab kuatiri rambut lebih banyak gugur. Mama gunakan kaedah bungkus kepala + rambut dengan towel sahaja untuk keringkan.


*credit to link

Tadi time lunch hour terus pergi kedai salun yang kawan mama rekemen. Sebab dah tak tahan so mama potong pendek terus macam zaman belajar sekolah menengah dulu. Puas hati sangat dengan servis kedai salun tu. Siap massage lagi sampai belakang badan. Jarang-jarang rasanya kedai untuk massage sampai belakang sebab biasanya just leher je kan. 

Ada juga google untuk cari petua + punca berkenaan rambut gugur ni. 

Punca Rambut Gugur (link)

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih. 

* Penyakit tiroid

Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius

Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala. 

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan

Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan



Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser

Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.



Petua Mengelakkan Rambut Gugur (link)

Ada beberapa petua yang dijumpai dalam internet ini untuk mengelakkan dari keguguran rambut…dan setelah dimentelaah dan di perhatikan betul2, lidah buaya merupakan antara kaedah terbaik untuk mengubati penyakit yang sememangnya telah menjadi salah satu kehidupan manusia. Mari kita melihat petua-petua nya :
Petua pertama
Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.
Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.
Petua Kedua :
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua Ketiga :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua Keempat :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.


p/s: akan try untuk cuba petua-petua di atas since rambut dah pendek so lebih senang untuk start jaga semula. Chaiyok-chaoyok...



May 8, 2012

Alhamdulillah. Akhirnya Ku Milikimu

Akhirnya, mama dapat juga memiliki gadget idaman BF mommies ni. Setelah S3 mama yang sangat-sangat berjasa hampir 4 tahun dengan jayanya. Akhirnya dia mengundurkan diri pada Khamis lepas (3 Mei 2012).

Termakbul juga mimpi mama suatu ketika dulu. Entrynya di sini >> Mimpi Benda

Terima kasih buat papa sebab sudi hadiah ini pada 6 Mei 2012 dengan senyuman yang begitu meleret. Apa maknanya ya? :) Mama beli dengan kawan sekolah mama. Alhamdulillah. Papa yang bayarkan :)

Moga FS ini akan terus berjasa bukan untuk adik adam sahaja, tapi untuk adik adam yang seterusnya. Belum ada lagi. Biarlah adik adam dapat menikmati air susu mama seperti abang aliff sekurang-kurangnya 2 tahun. Abang aliff sampai 2 tahun 7 bulan rekodnya.

 FS yang belum dibuka lagi. 
Berdebar-debar masa buka nya sebab tau harganya yang mahal

Semua gadget FS..+ perahan pertama setelah mencuba FS..alhamdulilah..


Moga Allah akan terus memberikan nikmat susu ini kepada anak-anak mama. Dan mama akan berusaha sehingga akhirnya. Amin.. Mama sayangkan anak-anak mama Aliff dan Adam..


p/s: Buat papa, terima kasih untuk segalanya...i LOVE u...


Apr 19, 2012

Kasih Ibu

Di pagi hening ini teringat mak abah di kampung. Terasa lama betul tak menjengah diaorg di sana. Rindu di hati sangatlah amat! Bila bercerita tentang mak, mulalah mata ini menjadi kabur. Betapa kasihnya seorang ibu kepada anaknya yang bernama Umie ini. Mama lebih dikenali sebagai Cik Umie di kalangan keluarga dan juga kawan-kawan semasa belajar.

Bila menjadi seorang ibu barulah tahu betapa nilainya kasih ibu kepada anaknya. KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA!

Betapa setiap saat ibu itu dambakan kasih dan perhatian seorang yang bergelar anak. Duhai anakku Aliff dan Adam, ketahuilah mama ini akan sentiasa mencuba untuk menjadi mama yang mithali buat kalian. Akan cuba sedaya upaya untuk mendidik kalian ilmu di dunia dan di akhirat. Itulah janji mama kepada kalian berdua.

Sebab itulah Rasulullah bersabda, syurga itu di bawah telapak kakinya. Maknanya, restu ibu itulah paling tinggi. Taatilah ibumu 3x lebih daripada ayahmu. Kerana ibumu yang melahirkanmu dengan menyabung nyawa untukmu. Mak, maafkan anakmu ini andai ada salah dan silap. Terasa begitu kerdil diri ini dibandingkan kasihmu kepada ku sebagai anakmu.

Tak sabar untuk melihat mak abah di kampung. Buat anak-anakku, jadilah mama mu ini sebagai idolamu suatu hari ini. Semoga dikau membesar menjadi anak-anak yang soleh dan sayang pada mamamu.

Jan 13, 2012

Sakit Gigi

Dah 2 hari sebenarnya campur hari ini. Asyik tertangguh + takut sebenarnya nak gi jumpa doktor gigi huhu. Tapi tengok macam tak memberansangkan pun sakit ni, makin sakit je ada.



Mana lagi menyakitkan eh? Cabut gigi geraham atau buat rawatan akar? Huhu. Sayang juga bila tengok gigi masih kukuh kan walaupun dah pernah tampal. Tapi sakit ni makin menjadi-jadi je.

Dari malam tadi asyik dok makan roti cicah air milo je. Sebab macam susah je kalau nak makan nasi sebab takleh nak nganga mulut besar. Maybe gusi pun dah bengkak. So roti cicah air dah lembek senang nak tolak masuk mulut + tak perlu nak kunyah sangat. Macam ni kalau seminggu agak-agak leh kurus tak? :p

Tengok petang nanti kalau ada kekuatan nak gi jumpa jugak doktor gigi. Huk Huk..


Nov 1, 2011

Shopping Online

Maklumlahkan, mama kan dalam pantang lagi. So tak dapat la keluar2 rumah bagai kan :p so solution untuk menghiburkan diri, mama menyopping online (hihi bahasa ape la ni kan?) :p

Harini sudah hari ke-40 mama berpantang. So dah tak lama lagi tamatlah hari berpantang :) Hari-hari dok tengok baju menyusu & barang2 baby. Dah ada parcel yang sampai. Tapi tetap maklumkan kat papa dulu sebelum tu hehe. Kan papa kan :)

Dah lama sebenarnya tak buat keje-keje shopping online ni. Sebabnya waktu2 biasa boleh aje dok berjalan-jalan dengan papa dan kawan2 opismate. Dah ni duduk kat umah je kan, time anak2 tidur time tu la mama sibuk di depan laptop. Masa awal2 dalam pantang belum berani duduk lama2 sangat. Satunya sebab memang tak dapat. Satu lagi nanti mak mama akan bebel hehe. Nasib baik ada mak yang masih lagi sudi nak jaga anak2nya dalam pantang. Alhamdulillah. Moga mama juga kuat untuk menjagamu nanti mak abah.

Oklah, cukup takat tu dulu. Ni mama listkan a few web yang mama dah berjaya menyopping online :)




  1. http://trendy-muslimah.com/ - pemiliknya Sis Odah. Sangat friendly dan mesra dengan soalan2 mama hehe. tq sis. pasni boleh dapat diskaun lebih lg ek :p


  2. http://e-mumshop.com/ - pemiliknya pn.aqilah - beli botol baru kat abang aliff kat web ni


  3. http://www.fabulousmom.com/catalog/index.php - beli barang mama dan baby :)


Itu sahaja untuk hari ini. Esok2 kalau ada shopping lagi, mama update lagi yer link2 baru. :)



Oct 23, 2011

Dah sebulan berpantang

Semasa 23 Sept hari itu rasa macam baru saja melahirkan adik adam. Semalam 22 Okt dah sebulan usia adik adam dan juga sebulan mama berpantang.

Kesihatan mama semakin bertambah baik. Adik adam makin hari semakin cerdik, maklumlah akal sudah bertambah kan. Abang aliff pula seperti biasa kadang2 sangatlah charming dan kadang2 boleh bertukar jadi sangatlah tidak charming hehe :)

Juz nak upload gambar terkini anak2 berdua. Untuk tatapan semua dan juga papa yang jauh di sana hehe. Inilah buah hati mama.


Kisah bersalin belum sempat nak karang. Kalau dulu sudah siap karangan, maklumlah baru anak satu. Now anak dah 2 so masa tu tak sempat. Macam mana la kan, yang anak ramai? Macam mak mama 11 orang anak boleh dijaga dengan baik. Moga daku menjadi mama yang penyabar, penyayang dan mithali, amin...

p/s: Nanti mama update lagi yer..




Sep 27, 2011

Selamat melahirkan putera ke-2

MEMPERKENALKAN....



PUTERA ke-2 kami..

Name : Muhammad Adam Haikal bin Nurul Hafiz

D.O.B : 23 September 2011

T.O.B : 12.37 pagi

Weight : 3.65 kg


p/s: will update later.. terima kasih pada yang mendoakan keselamatan mama dan adik adam..


Sep 21, 2011

Sudah Bercuti + Menunggu hari

Sebenarnya sudah beberapa hari mama berada di kampung kedah. Balik untuk berehat + menunggu hari ketibaan sakit untuk bersalin :)

Lebih kurang ambil cuti dalam 2 minggu awal. Bukan apa takut terbersalin kt kl + setelah berbincang dengan papa, nak continue untuk bersalin dengan doctor yang sama. Ingat tak n3 Bersalin + berpantang di mana? So keputusannya pilihan 1st hehe :)

Minggu ni dah masuk 39weeks of pregnancy dah. Last monday hari tu dah checkup dengan doktor yang sama masa abang aliff dulu. Next appoinment selasa depan pula. Moga2 semuanya ok. Papa dah selamat balik kl. Cian papa sorang2 kat sana. Jaga diri yer sayang. Ingat isterimu dan anakmu aliff + adik. Hehe.. I Love U...

So kita tengok bila sebenarnya adik nak keluar ni yer. Sama macam abang aliff o.n.d.a.d.o.t atau tau :) Last day adalah 29 Sept nanti.. Semoga semuanya selamat. Amin..

Sep 12, 2011

Harini dan Ujian BSP (Blood Sugar Profile)

Sudah terkena baru nak ambil tahu apa itu BSP. BSP ialah Blood Sugar Profile. Ni semua gara2 aritu semasa 34week pregnancy, masa checkup kena minum air gula + detect ada diebetis. BSP ini kena buat dengan cara 4x ambil darah kt hujung jari. Jadualnya adalah :
  1. 8 pg - bacaan 5.3 (update 8.30 pg)
  2. 10 pg - bacaan 4.8 (update 11.30 pg)
  3. 2 ptg - bacaan 4.8 (update 3.25 ptg)
  4. 8 mlm
Jadual ini maybe depend pada KK masing2 kot. Ikut KK mama macam ini la. Dan yang paling menarik kena berpuasa 2 jam sebelum ambil darah ini. Untuk memastikan bacaan darah tu betul. Ermm agak seksa jugak.

Untuk pertama kalinya, kena buat BSP arini. Tadi jam 8 pagi dah buat sesi pertama. Alhamdulillah bacaan masih ok. 5.3. Next ialah kul 10pg. Tunggu dan lihat pulak resultnya macam mana. Erm sebenarnya takut juga bila detect diebetis semasa pregnant ni. Dulu masa abang aliff takde masalah2 macam ini. Maybe faktor umur kot. Padahal belum masuk 30an lagi. :p

So kita tunggu story untuk sepanjang BSP hari ini yer. Moga2 semunya ok. Amin...



Sep 9, 2011

Normal @ C-ser?

Mana satu pilihan di hati? Normal atau c-ser? Semalam 8 Sept 2011 ada appointment dengan doktor pakar hospital. Berkenaan delivery nanti. Kebetulan memang ada scan, so dapat tau baby sekarang estimate beratnya 3.5kg. Abang aliff dulu lahir 4kg.

Masih ada lagi dalam 2 minggu sebelum deliver. Banyak & macam-macam yang diperkatakan oleh doktor. Antaranya pros and cons untuk bersalin normal @ c-ser. Risiko-risiko yang ada. Tambahan pula, mama kan ada detect diabetis semasa mengandung, lagilah doktor cerita macam-macam. Antaranya, kemungkinan dalam 2minggu ini berat baby akan bertambah lagi, jadi itu akan menipiskan harapan untuk dapat normal. Mama and papa buat keputusan untuk try normal juga, walaupun ada % risiko. Berdoa dan berserah padaNya. Kalau memang ada rezeki untuk mama normal untuk anak ke2, Alhamdulillah. Kalau rezekinya c-ser macam abang aliff dulu, pun Alhamdulillah. Asalkan mama dan adik selamat.

Tapi apa cara sekalipun, mama akan ambil cuti awal sminggu lebih before tarikh deliver iaitu 29 sept 2011. So akan stay je kat kampung sampai hari bersalin. Last day ialah 29 Sept 2011. Doktor tak bagi extend sebab diabetis. By hook or by crook mama kena bersalin juga on that day. Kali ini bercadang akan bersalin di PMC. Sebabnya doktor yang lama dah berpindah ke situ. Dulu masa abang aliff mama di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra. So doktor dah pindah, mama pun ikut juga la :p

Papa hanya ikutkan mama, bagi papa bilangan anak bukan penentu kebahagiaan rumahtangga. Dengar papa cakap macam tu, sejuk sikit hati ini kalau takde rezeki untuk normal. So paling ramai pun akan ada anak 3org sahaja. Sekurang-kurangnya papa cakap, masih dikurniakan zuriat tu dah lebih dari cukup. Betul juga kan. Tapi apa pun, penentunya semasa nak bersalin nanti. Moga-moga Allah perkenankan doa mama untuk bersalin secara semulajadi iaitu normal. Dan semoga kami (mama dan adik) selamat hendaknya.

Dah update blog, nak sambung buat keje. Banyak keje sebenarnya sedang menanti, sebelum cuti panjang 3 bulan. So ada masa akan update lagi berkenaan mama dan baby. Dah lama kan tak cerita pasal perkembangan abang aliff. Cian abang aliff. Sekarang ni seperti menagih kasih dari mama. Tapi disebabkan mama kekadang teramatlah rasa penat, perhatiannya dialih pada papanya. Malam-malam susu botol minta papa dia yang buatkan. Siap kekadang tu boleh bangun dan kejutkan papanya. Alahai sayang mama, kesian anak mama sorang ni. Mama bukan tak sayangkan abang aliff tau, mama sayang sangat2. Maafkan mama kalau aliff terasa mama pinggirkan. Mama tak berniat sayang. Aliff jadi anak dan abang yang baik yer sayang..

Love u always my son...

Sep 7, 2011

37 weeks sudah..

Update Pregnancy:
Kejap pejam kejap celik, itulah betapa cepatnya masa berlalu. Minggu ni dah masuk 37 weeks dah. Esok ada appointment dengan Hospital Banting berkenaan kelahiran normal atau tidak. Based on semua perkara. Harap semuanya ok. Amin..

Mood:
Sekarang nih mood nak update blog pun dah macam hilang saja. Sebabnya banyak perkara dalam fikiran yang perlu diselesaikan before cuti bersalin. Nak kena siapkan dokumen serah kelas, serah tugas, siapkan kertas kerja dan lain-lain lagi. Dalam masa tu juga mula dari minggu ini dah kena checkup tiap-tiap minggu. Itu lagilah meletihkan.

Normal @ c-ser?
Keputusan terakhir samada nak balik awal untuk persediaan bersalin akan dibuat menjelang esok. Tengok apa kata doktor pakar kerajaan tentang adik kali ini. Memang tiap-tiap hari berdoa semoga dapat bersalin secara normal kali ini. Moga Allah perkenankan doa hambanya.

Barangan Adik:
Semalam bersama papa menyopping barangan untuk adik. Buat tambah-tambah. Baju abang aliff memang sangat banyak sebab membesar dengan cepat, so belikan juga la sikit baju baru untuk adik. Pasal jantina adik belum diketahui lagi. Just amik kaler umum je la semalam untuk baju adik. Disebabkan rasa tak tahan dengan baju kaler pink mama rembat satu :p

Itu sahaja update untuk hari ini. Cau cin cau.. :)

Aug 24, 2011

Dapat kencing manis semasa mengandung

12 Ogos aritu mama kena minum air gula sbb pihak klinik suspect ada diebetis. So aritu mmg tak puasa la. Mcm biasa nk kena minum air gula kena start puasa dr jam 10 mlm sebelumnya. Pukul 8 pagi gi klinik untuk ambil darah + minum air gula. 2 jam lepas tu iaitu pukul 10pg kena gi klinik lagi skali untuk ambil darah untuk kali ke-2.



Arini dapat resultnya. Sangat mendukacitakan. Katanya mmg detect ada diabetis semasa mengandung. Dalam history family takde sesapa pun yang ada diabetis. So sangat kecewa la bila klinik call tadi. Klinik nk buat appointment untuk ambil BSP lepas raya tapi time tu masih lagi bercuti. So terpaksa tangguh dulu BSP. Klinik cakap tadi kena ambil darah 4x, cucuk kat hujung jari untuk sahkan. Adui. Macam mana pula tetiba boleh kena nih? Before puasa checkup memang ok je, start puasa maybe kurang minum air kosong, makan kuih banyak + air manis maybe puncanya. Nanti nak raya nak makan ketupat pun dah macam takde selera. So macam mana nak buat ni yer? Ada mommies2 kat luar sana yang pernah ada pengalaman macam nih? Share kan bole? Sebab tengah runsing nih. Ikutkan pembacaan, akan hilang semasa melahirkan anak. Tapi ada jugak kes yang kekal selepas melahirkan. Nauzubillah. Moga dijauhkan.



Pagi nih mood nk buat keje da terbantut......





Jul 29, 2011

Bersalin + Berpantang di MANA?

Pejam celik pejam celik dah masuk 31minggu dah pregnant. Bila dah nak masuk 3rd trimester nih, perkara pertama yang difikirkan nak bersalin + berpantang kat mana. Tu yg menjadi topik perbualan mama n papa..

Ada 2 kekangan sebenarnya. Atau boleh dikatakan 2 pilihan la kot

1) Bersalin di Kedah + berpantang di sana.
Kalau ini gayanya, mama akan ambil cuti awal maybe seminggu awal la kot. Ikut due peod 29/9 so by 22/9 dah sampai kampung. Dulu masa aliff ambil cuti awal 2 minggu, last bersalinnya betul2 ondadot tarikh yang dijangka hehe. So pakai cuti rehat je sebab sayang nak jadikan due bersalin awal.

So nanti kalau dah berpantang kat sana, mama dah bincang dengan mak mama yang akan ambil upah orang jaga. Sebab mak pun dah tak berapa kuat utk urus baby kecil sangat, nak tolong sikit2 tu masih boleh. So makcik yang diupah ini akan uruskan hal mandi baby & mama + berurut sekali. Cadang ambil dlm 2 minggu macam tu. Maybe total kos dekat RM 1k jugak kot.

So tengok macam mana samada kali ini dapat bersalin normal atau tak. Moga2 Allah permudahkan + perkenankan doa mama untuk bersalin normal. So nanti kalau da 36minggu, doc akan cek samada dapat normal atau tak. Tapi kalau takde rezeki, c-ser pun mama tetap redha, asalkan mama dan adik selamat, amin..

Cuma yang menjadi kerisauan mama ialah abang aliff la. Katakan macam time aliff dulu, sakitnya tengah pagi kul 230, papa dari KL baru gerak balik ke kedah. Tu takper sebab takde anak lagi time tu. Tapi kali ini aliff dah ada. So nanti kalau abah & mak nak hantar mama ke hospital kena bawak aliff sekali la sebabnya time tu takde sapa kat rumah. Melainkan ujung minggu kemungkinan besar ada paksu aliff. Boleh la tinggal sekejap kot aliff dengan paksunya. Sebabnya yang nak kena drive sure abah mama kan. Harap2 tak jadi macam tu la.

2) Bersalin kt KL + berpantang kt sini

Kalau ini gayanya pula mama nak kena cari hospital/klinik mana yang nak bersalin. Sekarang nih yang terlintas kat fikiran mama : 1- Klinik Razif (klang). 2- DEMC (shah alam). 3 - Klinik Annur @ azzahra (bangi). Itu yang ada dalam fikiran sekarang ini. Bukan apa, masa aliff dulu dah biasa kat swasta, so macam nak continue swasta jugak. Tapi kekangan kalau berpantang kat sini, kena jaga diri sendiri la. Time keje aliff papa akan hantar ke umah bbsitter. So nanti b4 gi keje papa akan masak siap2 untuk mama. Atau maybe juga akan cari pengasuh untuk datang umah tolong mama. So kat umah papa takde keje kan, leh la pengasuh tu tolong uruskan baby dan mama sekaligus utk urut2 sekali la kot kan. Maybe antara terus stay kat umah dalam masa 2 minggu, atau pengasuh tu cuma datang time siang je. Malam papa yang uruskan. Juga boleh difikirkan. Tapi belum cari lagi. Ermm susah jugak tu..

Tapi kan dok fikir2 kalau mama dan adik ada kt umah, nak ke si abg aliff tu pegi umah bbsitter yer? alahai sayang.. Dok fikir2 sure macam dia taknak punya. So nanti kompem akan kacau adik dia nanti. Sbb aliff mmg suke layan baby. Abeh sepupu2 baby dia dok jaga hihi..

Takperla, kita tunggu dan lihat macam mana nanti. Bila dah sampai masanya, insyaAllah akan ada decision yang akan dibuat. So harapnya decision tu akan jadi yang terbaik untuk semua. Amin. Mohon kawan2 mama juga doakan yang terbaik yer untuk mama dan adik + abg aliff yer..

Kali ini tidak dapat berpantang di rumah mertua, kalau dulu masa aliff mmg dia ada offer untuk bersalin dan berpantang kt johor, tapi kali ini takde sebab MIL tengah bizi jaga adik ipar yang tengah buat rawatan kimo. Asyik kena berulang muar & ampang je selalu. Sian dia. So takde rasa terkilan atau ape pun walaupun dia tak offer, sebabnya kita sendiri boleh fikir kan, sure dia tak menang tangan nanti kalau nak berpantang kat sana. Dengan abg aliff lagi kan. Cian my MIL and FIL.

So itulah kisahnya...panjang kan? hehe.. kalau ada kengkawan yang ada nk tolong2 bagi no org pengasuh ke, bgtau la ek...tq in advance..

p/s: terasa sangat lega setelah entry ini siap ditulis, sebab dah lama duduk kt dalam draft aje.. :p

Jul 20, 2011

Sakit-sakit di situ

Sekarang ni dah masuk 7 bln 1/2 dah. Sekejap je masa berlalu. Arini dari pagi tadi tetiba je sakit2 di bawah nun. Ntah kenapa. Risau jugak. Jadi terus ke admin minta buatkan GL. Kot2 mana tau emergency ke hospital kerajaan.

Moga sakitnya takdelah berpanjangan. Bukan apa, nanti nak masuk kelas jalan pun agak terkengkang sikit. Huhu nampak kureng je rasa. Sakit tu datang dan pergi. Kejap datang merenyut gitu. Erm moga2 takde apa2 lah.

Ada kawan2 yang dah berpengalaman bersalin normal cakap tu jalan nak tengah kembang la tu. Erm harap betul la macam tu. Seperti yang selalu mama doa, moga anak ke-2 nih dapat bersalin secara normal. Amin..

Sekarang nih asyik je terlupa untuk kira pergerakan anak. Tup2 dah kul 11 baru teringat. Adui..

Moga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Ketemu lagi. Tak tahan nk duduk lama2, rasa nak baring sekejap. Biar kurang sikit sakitnya.

Mar 23, 2011

Alhamdulillah atas nikmat kesihatan

Alhamdulillah...kebelakangan kesihatan mama sudah kembali seperti biasa..moga nikmat kesihatan ini akan terus bertambah dari sehari ke sehari..

perkembangan aliff plak now dia da boleh nyanyi lagi ABC version full, da boleh hafal 1-10, dan baca aliff ba ta smpai ya..tp ada dlm 5 huruf jawi la tetinggal..tp mama rasa tu da perkembangan yang baik kan? alhamdulillah...

layan video yg sempat di rakam...bersama sepupunya amira..



baby plak now da masuk 3bln++...sok ada checkup...hopefully semua ok..amin...

nntkan n3 yg akan datang pula....

daaa diiii duuuuuu....


Feb 17, 2011

Morning sicknesssssssss


Ya...mcm tu la mama skrg ni..tgh mencuba utk melawan morning sickness yg tgh terjadi nih...bukan kata morning, afternoon, evening...semua ada...aduhh...

oleh itu mommies2 yg lain, rasanya blog akan sepi skejap kot..sbb rasa x larat nk hadap laptop.. moga2 alahan nih cpt pergi..kesian tgk aliff dambakan kasih mama dia..skrg nih mama tgk aliff pun da mcm faham mama x larat, apa2 jua mesti papa dia yg uruskn..buat mr.hubby, terima kasih kerana tlg menguruskn hal2 rumahtangga dari membasuh pinggan mknku smpaila lain2 lg..dan terima kasih kerana menjaga makan minumku...terima kasih juga kerana melayan aliff...syg abg...

daaa......xlarat.....

Ya Allah Ya Tuhannku, jauhkanlah alahanku ini.. kasihanilah suamiku terutama sekali anakku yang masih kecil itu...amin.....

Feb 7, 2011

Alhamdulillah rezeki tahun 2011 :)

Allah itu Maha Mengetahui...

Tahun 2011, papa tukar tempat keje baru..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui...kenapa? sebabnya.....

:)


..


..


..


..


..


..


..

Ni time detect Aliff..

..


..


..


..

ni plak.....ADIK ALIFF :)

Alhamdulillah..itu sebab kenapa papa dapat rezeki tmpt keje baru...Allah lebih mengetahui tentang hambaNya kan? rupa2nya aliff nk dpt adik tahun nih... patutla...:)

Moga2 mama n baby sihat sepanjang masa..belum gi wat checkup doctor lagi..ni adalah checkup diri sendiri ms kt kg kedah aritu time CNY.. belum tau exactly lg da brp minggu... tp da boleh agak2 la sebenarnya....:)

so mommies... doakan mama n baby sihat2 aje yer...dan buat aliff...nnt jadi abang yang baik tau..nk dapat adik nih..:) buat papa plak, terima kasih atas segalanya syg... syg anak mama aliff... sayang papa jugak!! :)

p/s: semoga precnancy kali ini, mama tak alah teruk mcm dulu..moga mama kuat hadapi..dlu boleh la juz ber2 ngan papa..kalau jd mcm dulu, cian alifff...moga2 dijauhkan olehNya...amin....aku mohon padaMu Ya Allah...


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India