Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!
Showing posts with label Milestone Adam. Show all posts
Showing posts with label Milestone Adam. Show all posts

Sep 27, 2012

Milestone : Adam Setahun


Walaupun telah setahun berlalu, seperti semalam sahaja proses kelahiran adik Adam. Seperti baru sahaja adik Adam menjadi sebahagian ahli keluarga. Tapi itulah, masa terlalu pantas berlalu..

Sudah lama kan tak update milestone adik Adam. Kesian pula adik. Ni mama update yer sayang.. :)
  1. Checkup setahun adik adam pada 26/9/12, berat dah 9.4kg.

  2. Gigi masih lagi belum ada :)

  3. Dah boleh berjalan. Tapi belum betul2 lancar lagi. Kadang-kadang tersadung kaki sendiri. 

  4. Dah boleh sebut mama & papa. Adik Adam 1st word is MAMA u.. :)

  5. Masih makan bubur. Still blend sebab Adam tak suka kalau tekstur bubur tu kasar. Camna nak tumbuh gigi kalau macam ni dik?

  6. Dah pandai berebut barang dengan abang Aliff.

  7. Dah pandai rasa itu barang dia punya if dia tengah pegang abang Aliff nak rampas. Meaning, dia akan pertahankan barang yang dia tengah pegang :P

  8. Pandai main gomol-gomol dengan abang Aliff. Siap boleh liuk lentok landing atas abangnya. So Sweet :)

  9. Sangat suka ketawa mengekek if abang Aliff agah dia.

  10. Pandai meniru bunyi atau pergerakan orang. Contoh macam kita ketuk barang atas meja, dia pun akan ketuk.

  11. Bila sebut bye-bye, adik Adam akan lambaikan tangan.

  12. Bila sebut salam dik. Dia akan hulurkan tangan untuk salam.

  13. Mulut memang sentiasa berbunyi cuma tak tahu apa yang diomelkannya :)

  14. Suka naik motor, scooter atau kerusi dalam keadaan terbalik. Tak caya? Tengok gambar kat atas :P

  15. Bila nyanyi tepuk amai-amai, akan terus tepuk laju-laju.

  16. Dah pandai memanjat. Motor abang Aliff pada mulanya menjadi sempadan dapur, dah berjaya dipanjat. So now dah tak jadi penghadang. Skill sangat terrer nih...

  17. Kalau abang Aliff tengah buat homework, memang suka kacau. Last akan bagi adik Adam satu buku juga. Pandai dia tengok buku.

  18. Jari kecil adik Adam dah pandai point pada tablet papa. Syomel je jari kecik tu dok touch-touch.

  19. Dah pandai merajuk. If tunjukkan kita tengah marah, akan merajuk dengan tundukkan kepala. Ataupun menangis bagai nak rak. Sebek-sebek mulut memang dah lama pandai :)

  20. Pantang tengok botol susu abang Aliff. Memang suka main + terbalikkan botol susu biar titik-titik atau akan hisap puting.

  21. Kalau kita panggil namanya, dari jauh dah boleh datang. 

  22. Suka buat mimik muka yang sangat syomel + cute. Geram je rasa. Then buat hidung kedut-kedut hehe.
Rasa till now dulu. Nanti mama sambung lagi yer sayang.. Ketemuk lagi di sesi milestone akan datang.

Apa pun, mama sangat bahagia dapat melihat adik Adam membesar dengan sihat, riang, cergas dan cerdik. Alhamdulillah. Jadi anak yang soleh yer nak. Mama love u! Mama love abang Aliff jugak!!!! Muahhhhzzz....



Sep 26, 2012

1st Birthday Boy : Muhammad Adam Haikal

23 September 2012 haritu merupakan Hari Kelahiran Adik Adam yang pertama. Pejam celik pejam celik Adik Adam dah setahun. . 


Alhamdulillah. Sepanjang proses itu, susu mama masih lagi menemani perjalanan dalam membesarkan adik Adam. 

Inilah adik Adam.. Di hari pertama kelahirannya dan hari ini setelah genap setahun. Untuk entry kelahiran Adam > Di sini

Buat sedikit sambutan di rumah "Ummi" a.k.a babysitter Adik Adam . Abang Aliff turut serta dalam acara memotong kek :)

Doa mama pada adik..moga adik Adam menjadi anak yang soleh, sentiasa di bawah perlindungan & diberkati Allah hendaknya. Moga menjadi anak yang bijak, cerdik akal fikiran dan terang hati.. Berjaya di dunia & di akhirat serta sihat tubuh badan dan fikiran.. Amin...

p/s: Dapat melihat pembesaran anak-anak di depan mata adalah satu anugerah TERINDAH dari ALLAH.. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. Alhamdulillah.. Semoga mama dan papa akan terus di hati abang Aliff dan adik Adam..

p/p/s : Checkup 26 Sept 2012 berat adik Adam dah 9.4 kg tau.. :)



Apr 10, 2012

Milestone Adam : 6 Bulan

Tengok blog mama ni sudah penuh dengan sawang2 dan debu. Apa tak nya, since Januari mama tak update. Bz tahap gaban yang amat!

Cuma sebab ada perkara penting perkembangan anak-anak yang perlu dicatat mama gagahkan diri juga.

Akhirnya, turn 6 bulan adik adam mula meniarap. Tanda-tanda nak meniarap tu dah ditunjukkan since adam 4 bulan lagi. Cuma tahap kegigihan tu sikit2 aje, puas try dia telentang balik. :) Yang best sekali, adam start meniarap di rumah ummi dia (pengasuh). Jeles jugak hehe. Takpe la adik, asalkan adik membesar dengan sihat alhamdulillah. Umminya cakap "Owh adik nak tunjuk kat ummi dulu yer.. :)"

Wajah keriangan adam bila dapat meniarap :) Debab tak adam? Checkup 6 bulan berat dah 8.2kg :p

Sekarang ini pantang lepa memang meniarap je. Tapi sebab adam da biasa tidur meniarap, so on that day juga dia pandai telentangkan diri balik. So takde masalah sangat, pandai dia telentangkan diri bila dah penat. Maybe la kot. Tu andaian mama je. Hehe.

So adik adam, mama da update ni yer, jangan kata mama tak update :P hehe.

Mama love anak-anak mama. Papa juga :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India