Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!
Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

May 28, 2012

Review Medela Freestyle - Part 2

Rentetan daripada Review Medela FS Part 1 - klik sini 


Kan dah kata, sure ada penambahan :) So di sini nak tambah tentang review FS Part 2 pula.
  1. Dari segi bunyi mama lebih suka dengan S3 sebab bunyinya lebih lembut + senyap. Berbanding dengan FS ini lebih kuat. Maybe sebab ada getaran (vibrate) rasanya. Sebab tu jarang letak atas meja, sbb akan jadi lebih kuat bunyinya. Tapi kalau di unit mama takde orang sangat + banyak benda nak buat mama letak je atas meja. Kawan-kawan keliling mama dah tau sangat rutin harian ni :P

  2. Pada yang dah biasa guna S3, termasuk mama masa pakai FS ni terus try level yang tinggi. Buat masa sekarang ni mama pakai Level 7. Rata-rata kawan mama yang dah biasa pakai S3, dorang pakai Level 9. Hah hamik hehe. Tapi yang 1st time jadi pengepam tegar terus pakai FS, dorang pakai Level 5 ke bawah. 

  3. Kalau dahulu semasa S3 tiada stimulation phase, so main hentam sahaja nak pump. Now dalam 20 minit dah cukup sebab stimulation phase tu membantu untuk mempercepatkan let down. 
Apa pun, alhamdulillah kerana mama masih lagi dikurniakan dengan air susu yang banyak. Kerana rezeki air susu ini adalah rezeki yang orang kata lain orang lain inputnya.

Yang pasti kena ingat dalam minda yang pam bukanlah penyebab susu itu menjadi banyak. Ia lebih kepada usaha + istiqamah kita dalam mengepam. So, cekal hati dan minda, laksanakan tanggungjawab ini dengan ikhlas, insyaAllah Allah akan berikan ganjaranNya, amin. 


Bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk, cuma sekadar untuk memori dan ingatan buat anak-anak apabila mereka besar nanti.



May 15, 2012

Review : Medela Freestyle (mamaSalmi Version)

Ini adalah review version mama sendiri tentang FS Medela. Lain orang lainlah pendapatnya kan :) 

Entry lama berkenaan "Mimpi Benda" telah menjadi realiti, Alhamdulillah..

p/s: Diingatkan juga, pump murah @ mahal bukanlah penyebab susu ibu itu menjadi banyak atau sikit. Semua itu terpulang kepada daya usaha dan juga disiplin serta ketekunan kita mengepam :)

  1. Pada hari pertama (7/5/12) atau minggu pertama di tempat kerja mama menggunakan FS ini hasil output tidak semeriah semasa menggunakan S3. Hati kecil mama mengatakan mungkin masih belum serasi dengan pump yang baru ini. S3 mama menggunakan hard breastshield manakala FS ni soft breastshield. So maybe suction dia lebih slow @ lembut sebabnya permulaan mama hanya berani menggunakan Level 5.

  2. Setakat dah hampir 2 minggu (hari ke-10) menggunakan FS ini, hasil output dah sama banyak semasa menggunakan S3. Malah lebih cepat masa pengepaman itu. Now mama juz buat dalam 20 minit sahaja :)

  3. Daya tahan baterinya ialah hampir seminggu utk pengepaman 2x @ 3x  @ 4x sehari macam mama ni. 

  4. Paling best FS ini dia ada stimulation phase, so dengan phase ini menggalakankan process let down akan menjadi lebih cepat. Normal time pakai S3, dalam 10 minit baru dapat let down pertama then hampir 25-30 minit baru let down ke-2. 

  5. Tapi dengan FS terus let down time stimulation phase ni, so susu memang cepat penuh. (dalam masa 20 minit sahaja)

  6. Dengan adanya handfree kit, memang lebih memudahkan mama untuk membuat 3 in 1 kerja. Sebagai contoh pernah pump semasa driving balik sebab di ofis tak sempat untuk mengepam untuk sesi petang. Jadi sangat teruja kerana dengan ke MOBILEan FS, mama dapat mengepam di mana sahaja. Tanpa perlu terikat dengan wayar + extension bagai.

  7. Dahulu dengan S3, mama akan pastikan dalam beg pam mama akan ada wayar extension. Sebab takut kawasan yang mama nak pump tu memerlukan sambungan wayar. Pernah pakai S3 mama pump ketika mesyuarat pengurusan tanpa rasa segan silu. :) Tapi dengan FS ini mama just perlu pikul pam yang hanya sekecil tapak tangan itu :) Bila bateri habis, just charge then guna semula di mana sahaja :)

  8. Now, EBM dalam peti ais dah makin bertambah sebab dah mula rajin untuk mengepam semasa di rumah. :) Mama LOIKE :p

  9. Part-part accesories (betul ke eja ni :P) lebih leceh mama rasa pada permulaannya time nak mencuci + time nak pasang semula. Now rasa ok dah :) dah terror katakan..

  10. Akhirnya, mama bagi 5/5 star utk Medela Freestyle. Sangat rekemen untuk mommies-mommies di luar sana yang tengah pregnant atau sedang BF anak-anak. Harganya memang mahal ( for me la), sekarang ni banyak seller yang menawarkan sistem kutu. So tepuk dada tanya selera + iman sekali hehe.
Cukup takat itu dahulu Review untuk kali ini. Jika ada teringat + penambahan lagi, akan ada Part 2 Review pula. Chewah :P

P/s: Walaupun sekarang sudah berFreestyle, mama tetap merindui zaman semasa penggunaan S3. Kerana S3 lah yang banyak berjasa + membantu mama selama hampir 4 tahun, seusia abang aliff. 3 tahun semasa dengan abang aliff dan 7 bulan semasa adam. Alhamdulillah.



Gambar pump bersama accesories + susu pertama try pump

berFreestyle semasa drive balik ke rumah. Time ni tengah stop trafik light sebab tu sempat ambil gambar :)

Wajah-wajah kesayangan hamba..

p/s/s: Buat anak-anak mama Aliff dan Adam, mama akan cuba selama yang boleh untuk memberikan susu yang terbaik buat kalian. Abang Aliff telah selesai selama 2 tahun 7 bulan. Now turn adik Adam pula..Dan mama halalkan setiap titisan air susu mama yang mengalir dalam tubuh kalian. Mama sayangkan anak-anak mama...


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India