Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jan 19, 2012

Kena Nebulizer

Hari ini dalam sejarah. Kesian adik adam. Sebab batuk + kahak yang banyak, so doktor buat decision untuk nebulizer dia. Mudahkan adik adam untuk bernafas katanya.

Mula-mula gelisah sebab ada benda dekat hidungnya. Last senyap je, maybe sedap & selesa kot.

Akhirnya tewas, tertidur sepanjang proses tu. Lebih mudah.

Apa pun, mama kesian tengok. Kecik-kecik dah macam ini. Mama rela ambil sakit-sakit anak mama dari tengok anak-anak mama sakit dan tak ceria. Moga-moga pasni anak-anak mama sihat sentiasa, amin..



Jan 17, 2012

Demam

Arini datang kerja dengan hati yang tidak tenteram. Kedua-dua hero kecil mama demam. Abang aliff demam dah 2 hari. Adik adam demam baru start petang semalam.

Abang aliff arini cuti sekolah lagi. Papa dengan baik hati kerja dari rumah arini. So lega. Adik adam mama terpaksa juga antar ke umah babysitter. Sekarang ni susah untuk ambil cuti sesuka hati. Pengurusan dah orang baru jadi semua cara baru. Sebab tu adik adam mama terpaksa hantar. Tapi kalau ada apa-apa takde masalah sangat sebab rumah babysitter dekat saja dengan tempat kerja mama. Moga takde apa-apalah, amin.

Mempunyai anak yang demam semuanya sangatlah susah hati. Nak kerja pun asyik ingatkan mereka saja. Kalau boleh biarlah semua sakit tu mama yang ambil. Asalkan anak-anak mama sihat-sihat saja dan happy selalu.

Mujurlah ada papa yang tolong mama. Abang aliff muntah, papa tolong lapkan lantai. Adik adam muntah pagi tadi, papa tolong lapkan jugak. Alhamdulillah. Lega hati mama. Dan juga bersyukur punyai suami yang mithali.

Kena sambung kerja + kuatkan semangat untuk hari ini. Pagi tadi travel berdua saja dengan adik adam amatlah lain rasanya. Selalu sepanjang jalan ada saja omongan dan borak-borak kosong bersama abang aliff. Paling-paling tidak mesti dikacau adiknya yang duduk dalam carseat. Mama rindu anak-anak mama... I love u all..


Jan 13, 2012

Sakit Gigi

Dah 2 hari sebenarnya campur hari ini. Asyik tertangguh + takut sebenarnya nak gi jumpa doktor gigi huhu. Tapi tengok macam tak memberansangkan pun sakit ni, makin sakit je ada.



Mana lagi menyakitkan eh? Cabut gigi geraham atau buat rawatan akar? Huhu. Sayang juga bila tengok gigi masih kukuh kan walaupun dah pernah tampal. Tapi sakit ni makin menjadi-jadi je.

Dari malam tadi asyik dok makan roti cicah air milo je. Sebab macam susah je kalau nak makan nasi sebab takleh nak nganga mulut besar. Maybe gusi pun dah bengkak. So roti cicah air dah lembek senang nak tolak masuk mulut + tak perlu nak kunyah sangat. Macam ni kalau seminggu agak-agak leh kurus tak? :p

Tengok petang nanti kalau ada kekuatan nak gi jumpa jugak doktor gigi. Huk Huk..


Jan 12, 2012

Mimpi 'Benda'

Semalam mama bermimpi berkenaan 'benda' ini. Harap-harap mimpi itu menjadi kenyataan tak lama lagi. Bangun dalam keadaan yang happy walaupun tak lena tidur sebab adik adam asyik bangun-bangun je time tidur + tidur pun lewat.

Tengok ramai yang ada 'benda' ini, macam berangan-angan untuk ada juga. Untuk memenuhi tuntutan hati dan juga keperluan seorang anak. Walaupun dah ada sebenarnya 'benda' yang sama dengannya.


*pic credit to mr.google.

Apa 'benda' itu? Tunggu dah lihat samada ia menjadi kenyataan atau tidak. :)


Jan 11, 2012

Wordless Wednesday : #2

Abang VS Adik :)





Jan 9, 2012

School : Day 4

Pagi ini seperti hari-hari sebelum, aliff amat bersemangat untuk gi school. Takde masalah untuk bangun pagi waktu papanya kejutkan. Bangun walaupun masih mamai, papa dukung terus masuk toilet untuk dimandikan.

Pagi ni mama sampai awal sikit so sempat tengok aliff buat perhimpunan pagi + senaman ringan-ringan bersama kengkawan & cikgunya. Car pula mama parking betul2 depan school jadi ambil peluang untuk snap gambar aliff semasa perhimpunan.

Datang lambat sikit so beratur kat belakang. Time ni terlindung cikgu pula time snap pic :p

Mama zoom untuk bagi nampak aliff. Tu mama bulatkan. Tengah nak ikut apa pergerakan cikgu dan kawan-kawan buat.

Apa pun mama sangat happy sebab aliff suka gi school. Bersemangat buat homework kat rumah bersama mama.

Aliff yang colorkn. Mama cuma tunjuk cara sambil pegang tangan aliff di telinga bear + tangan bear warna hijau. Rest aliff yang color sendir tau aunty2 sekalian..

Aliff happy, mama papa pun happy! Alhamduliilah.

p/s: Belajar & main elok-elok yer sayang..We love u abang!




Jan 6, 2012

School : Day 3

Ini adalah wajah budak kesayangan hamba :)

Bersemangat untuk gi school pada hari ke-3. Rupa-rupanya baju seragam aliff da tertukar dgn budak lain. Maybe cikgu taskanya tersalah masukkan dlm beg maklumlah semuanya pakai seragam yang sama kan. Pulak tu adalah hari 1st cikgu taska sebabnya taska untuk budak trasnit dah masuk ke rumah baru. So masih lagi tak kenal la kot empunya tuan beg. Harap tanya kan anak-anak tu ape la dorang tau sangat kan.

So pagi tadi baru mama dan papa notice benda tu sebab time nak iron tengok besar semcam. Cek nama tengok takde nama. Baju aliff mama tulis namanya kat kolar baju macam zaman mama sekolah dulu mak mesti tolong tuliskan kat kami semua. Sayang mak! Tetiba rindu pula zaman sekolah :) Then try ukur dengan baju yang masih kotor tengok memang big saiz. Yg bestnya butang satu takde kat baju tu. Huk Aloh. Cakap dengan aliff "Kita pakai baju lain yer sayang." Terus cakap "Taknak aliff nak pakai baju sekolah" huhu. Lastnya pakaikan juga.

Sampai di school mention benda ni pada penyelia so penyelia akan tanya cikgu taska nanti. So kita tengok pula petang nanti macam mana.

p/;s: Esok dan lusa aliff cuti sekolah so sebab good boy mama dan papa bawak jalan-jalan yer esok :p Padahal mama yang nak jalan-jalan hehe.




 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India