Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jan 27, 2011

Apa ada dalam handbag mama?

masa mula2 buka handbag, tpandang benda nih....

yg mama bulatkan & arrow tu..

..

..

..

..

..

tadaaaaaaaa.....

close up sket...ni ha...tau ape nih? RAKSASA...

hahah... sure keje dak comel mama nih..aliff...

nk soh mama ingtkt aliff yer syg..time keje...

yer syg..mama 24/7 sokmo ingt kat anak mama..


Jan 26, 2011

Aku sudah GUMUK!

waaaaa...itulah kenyataan yg harus mama terima skrg nih...huk huk...sgt sedey...

kalau dlu ms anak dara paling2 koman pun berat cecah 45-47 gitu jer...then ms keje + kawen da jadi 50++...ms ngandungkan aliff berat time tu 57kg..then alah teruk smpai 5 bulan berat turun smpai 52kg je..then naik spjg 9 bulan ngandung tu cecah 62kg..

TAPI???? sekarang..takdenye pun ngandung lg...( ye ke? tetttt) berat da 60kg...waaaaaaaa....sgt x suka naik penimbang yg ada kt umah tu...huhu...org kata biar ada penimbang kt umah, so leh pantau berat...x jadi pun hahaha...

camana neh?? dibuatnya tahun ni ada rezeki adik aliff, berat naik lg waaaaaaaaaaaaaaa....takut la beb.... huhu...takut kat naik berat badan tu la..

1. gmbr semasa zaman univ dgn kengkawan...
2. gmbr semasa kawen...
3. gmbr mengandungkan aliff..time tu 7bln++ kot..
4...kini....tgk lengan tu..adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

so mcm mana yer kengkawan? hahah.. u all yg maintain2 cun mcm anak dara tu roger2 la tips2 sket hahah...apa yg mama buat skrg nih mlm mmg da avoid nasi!!!! tu langkah pertama huhu..nk amik ubat2 pelansing mcm tak berani sgt..biarlah secara nuetral dulu org kata..haha yer la... :p

p/s: tul ke ek org kata, klu dlu time kecik2 sekolah rendah/sek menengah kalau kita ni atlet @ kuat bsukan..bila da tinggai lama berat mmg mudah cepat naik...ada sapa2 mcm tu ker? sbb mama dlu boleh la dikatakan atlet skola jgk...(cewahhhh) mode: perasan best sgt time tu...:p

Jan 25, 2011

Mari belajar bersama Aliff

Ni lah sudut di mana mama letakkan meja study aliff..org kata biar dr kecik kita pupuk minat membaca + menulis kan? mama belikan meja nih kt kedah2 perabot, murah2 je..kt atas meja ni ada alphabet A-Z so dia boleh baca sambil2..slain buku2nya..

dulu ms kecik blm pandai utk duduk sendiri kt kerusi nih, skrg da pandai x perlu lagi bantuan..leh duduk dengan sendiri..kdg2 tu mkn pun nk duduk kt meja nih...so layan gmbar aliff study ok aunty2...

ni la si comel mama tgh kusyuk blaja...tgn laju menulis mata tgk mana tu syg??

kita close up sket rupa dak tgh tekun menulis..

Aliff, tgk mama n buat peace...SO JADILA MACAM NIH SIAP DGN MUNCUNGNYA SKALI...
(ape la mama ni kan kaco aliff blajar...:P )

sekian..tu sahaja coletah arini...da nk smbung wt preparation utk class pun..:)

Jan 24, 2011

Sungguh tak disangka...siapa tahu kan?

aliff mmg suka menulis atau melukis. setiap ari ke rumah bbsitter mama n papa akan pastikan papan tulis (lihat n3 nya di sini) dan buku tulis ada dalam bakulnya. kelengkapan menulis pun semua da cukup dari pensil hinggalah ke pensel color..buku tulis papa belikan buku latihan budak2 skolah tu je..lebih murah dan senang..juz utk conteng2kan..

kalau dahulu lukisan aliff berupa seperti cacing yg berbelit2...xde contoh di sini..penuh 1 buku dicontengnya...lebih mudah digelar begitu..seperti contengan...tp smlm..baru mama perasan, tengah leka menonton tv bersamanya, mama lihat lukisan ini dilukis dgn penuh teliti dan konsentrasi...

hasilnya adalah....

dari pandangan jauh...nampak x hasilnya?

dekatkan sket....

close up lebih sket... ni lah hasilnya..

bg mama ini adalah satu pencapaian besar bagi aliff kerana dia sudah pandai mengkordinasikan pergerakan tangannya dgn memegang pen/pensel.. kalau budak 2 tahun sudah dapat melukis bulat dengan baik..walaupun bulat tu masih kasar lg tp sekurang-kurang aliff ada inisiatif utk membuatnya. itu yg membuatkan mama lebih kagum dgn hasil ini.

maybe pada sesetgh org lukisan ini xde apa makna tp mama satu pencapaian bagi aliff.. sbb tu mama amik gmbr nih... mungkin lukisan ini ditiru kerana acapkali meminta papa atau mama melukis idolanya iaitu ultraman..akan dimulakan dengan kepala bulat + mata bulat..maybe dari situ yg ditirunya..siapa tau kan? dari bulatan yg tak seberapa nih makin hari kalau di asah boleh menjadi seorang arkitek atau yg sewaktu dengannya kan? boleh membina bangunan masjid yg tersergam indah... kan?

semoga anak mama membesar menjadi anak yg bijak & soleh...amin....


Jan 19, 2011

Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011


KALAU NAK ape kata kita jadi antara yg tersenarai dalam bloglist Anatasyea.

Anatasyea nak buat bloglist untuk dia terjah blog yg ada dalam list dia sepanjang bulan Feb 2011 nie.

Sbb apa yang best, blog anatasyea nih GLAM tauu..ramai yg follow..

sikit2 nanti geng2nya maybe ada singgah sini ker kan...hehe...

kalau nak join KLIK je kat sini.

tarikh tutup: 31.01.2011.

p/s: the more the merrier....rite? :)

p/s: pssttt byk plak entry hari ni ek...:p macam dapat sheikh plak haha

Entry untuk mommies yg berazam nak fully bf anaknya..

Untuk pembuka bicara, entry ni khas utk kawan opismate mama, nurhuda & juga mommies yg lain yg berazam utk fully breastfeed..

Dan pengakuan mama ialah :

  1. Saya bukanlah seorang kaunselor susu ibu atau seangkatan dengannya..

  2. Saya juga tidak mempunyai apa2 sijil kelayakan tentang susu ibu ini.. (hanya sijil kelahiran anak sy sj yg mbuktikan umurnya merangkap lama mana dia telah menyusu dgn sy :) )

  3. Hanya sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang 2 thn fully breastfeed anak saya...Muhammad Aliff Haziq...

  4. Maaf dipinta andai ada yg terguris dengan entry kali ni..bukanlah untuk membezakan atau berbangga dgn pcapaian ini..tp betul2 hanya utk berkongsi pengalaman..sbb ada yg menanyakan perihal susu ibu nih pada mama...
Gmbr hiasan : gmbr ini diambil ketika aliff masih kecil lg..7 bln dat time..

Actullay mungkin pada sesetengah org bab susu ini adalah bab yang x perlu difikirkan..benda kecik je org kata..semasa mama mengandungkan aliff dulu, mama dpt inspirasi dr kakak mama, k intan, sbbnya dulu dia fully bf anaknya aqeela..sbb tu mama pun berazam nk mcm tu..so spjg mengandung tu mmg xde fikir la nk beli susu apa utk bg pada anak nnt..sbb dok azam nk bg susu ibu kan..susu tbaik...

berbalik pada perkataan yg TERBAIK...percaya atau tidak, semasa penyediaan pakaian anak, barang keperluan anak, kita sebagai ibu bapa pasti akan ambil yg tbaik utk anak2 kan..sebagai contoh, brand johnson mmg jd pilihan dr segi bedak, shower foam, losyen dan sebagainya.. dan segi pakaian, maybe brand Anakku jd pilihan..tu yg tbaik kan? so kenapa bila berbalik pada susu, kita mencari susu formula? kenapa kita sebagai mama tidak berazam nk berikan susu ibu kerana semua org tahu kan susu ibu adalah terbaik..dan ia adalah F.O.C..iaitu free of charge.. kan?

perkataan BERKORBAN adalah menjadi perkataan yg setara dengan mommies yg menyusukan anaknya...kerana apa? kena berpantang makan itu dan ini kerana takut susu berkurang, takut anak kena angin dan mcm2 lagi..x cukup tdo, sakit belakang, sakit pinggang, lenguh bahu, makan cepat2, mmg sinonim dgn ibu yg menyusukan anaknya.. ntah la, kalau ikut pengalaman sendiri, mmg btl2 memenatkan..tp kerana memikirkan nak beri yg TERBAIK itulah mama kuatkan semangat mama.. dan semangat itu jgk datang dr papa..sbbnya papa sgt support mama perihal bf nih.. mmg pada mulanya papa seperti tak yakin, tp akhirnya papa akur + sokong mama..terima kasih syg...!

bagi diri mama, dlm penyusuan ini ada 4 fasa. kenapa 4 fasa kerana mama takut tak mampu utk menyusukan anak selama 2 tahun walaupun mama memang berazam nak fully bf aliff selama 2 tahun..actually benda ni tpulang pd individu mcm mana dia nk siapkan dirinya sndiri. ini adalah cara mama..biar targetnya sikit2 tp akan tercapai jgk target yg sebenarnya..tul x?

4 fasa tu ialah :
  • fasa 1 : utk pmulaan, buat mommies yg nk fully, tetapkan target 6 bln pertama dahulu..kerana penyusuan ini dinamakan exclusive bf..saat yg paling penting kerana 6 bln pertama ini hanya susu yg menjadi makanan pd anak2 kita..takde mknan lain..xde minuman air lain yg masuk ke dlm perutnya melainkn air susu kita..

  • fasa ke 2 : target selepas 6 bln ialah setahun..semasa fasa ke2 ini, anak kita da mkn makanan lain...+ air susu kita..so kandungan air susu bukan lg 100% ketika itu..air susu kita tu da jd mcm minuman dia shj..utk menghilangkan dahaga..

  • fasa ke 3 -: target selepas setahun iaitu setahun 1/2.. masa nih mmg akan ada mcm2 dugaan seperti air susu da bkurang..masa ni boleh try ambil supplement dgn saranan doc atau kaunselor..

  • fasa terakhir, fasa ke 4 : target selepas setahun 1/2 iaitu cukup 2 tahun. yg mana waktu ini dia minum susu ktia sekadar suka2..maybe da tak sekerap yg dulu2..tp masih minum lg..sebabnya dia minum rindukan ngempeng tu kalau ikut pengalaman aliff la..sbbnya lepas minum air lain pun still minta nk susu...:)
so buat huda dan mommies2 yg lain, kuatkan semangat, cekalkan mental dan fizikal utk hadapi pengalaman yg begitu menakjubkan sepanjang penyusuan ini. di saat anak da putus susu, pasti korang akan rasa begitu syahdu sekali..hati kecil akan merindui saat anak "mengempeng" susu anda...saat di mana anak anda mencari anda utk menyusu, saat di mana mata anda bertentang mata dgn anak yg sedang menyusu..percayalah! saat di mana air mata pasti akan tumpah seperti mana air susu yg dipam tertumpah ke lantai.. sangat mengecewakan ati tgk susu yg dipam tumpah..walaupun setitis pasti hati akan berbisik, ruginya susu aku tumpah...percayalah kwn2!

walaupun skrg nih aliff da 2thn++ masih lg menyusu mama, mama sendiri blm pasti sampai bila aliff nk menyusu nih..biarlah shingga waktu yg menentukan..selagi air susu ni mengalir dan selagi aliff blm ada adik :)

dan mama jg amat bersyukur pada Allah kerana memberikan rezeki susu ini kepada anak mama..moga rezeki susu ini akan terus mengalir hingga anak2 yg lain pula..sama2 kita berdoa moga yg tbaik utk anak2 kita yer mommies...

Doa amalan banyakkan susu

*credit to pn dhia

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India