Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Jun 21, 2010

Selamat Hari Bapa

entry ini khas utk tiga org yang mama sayangi...

Abah (abah mama) : Hj A Wahab
Ayah (aka FIL ): Hj Yunus
Abang (aka papa aliff) : Nurul Hafiz

SELAMAT HARI BAPA untuk abah, ayah dan abang..

buat abah : terima kasih kerana menjadi abah yang the best in da world!!! abah yang menjadi idola ceq selama ini..walaupun ceq tau abah x baca blog nih, tp tulus dalam hati ceq, sangat berbangga menjadi anak abah.. love u so much!!

buat ayah : ayah adalah pak mertua yg sgt sporting hihi...sangat bersyukur dapat FIL mcm ayah..:)

buat abang : terima ksih kerana menjadi papa yg sgt best utk anak kita..tiada hadiah yg lebih bermakna yg dapat b berikan melainkan anak kita Muhammad Aliff Haziq..moga papa dapat menjadi papa yg baik utk anak2 kita nnt.. b syg abg sgt!!! moga mahligai yg kita bina ini bkekalan hingga akhir hayat.... i love u!!!

p/s : juga kepada semua ayah2 di dalam dunia ini, yg bergelar ayah ke papa ke daddy ke abah ke baba ke abi ker...pape la ekk..so selamat hari bapa..


bersiaran kembali...

salam ceria utk semua...

setelah selamat bercuti selama seminggu di kampung kedah...

yeah...mama kembali lg...baca mcm lagak iklan TORA KEMBALI LG...hihi...

nnt citer lg ek..arini (21 jun) smpai ari rabu (23 jun) mama ada kursus opensource di cyberjaya...

pegi blik ari je dr opis..so senang xpyh pikir2 utk tinggalkan aliff...alhmdlh.

aliff skrg mmbesar dengan sehat..sgt sronok melihat perkembangannyer..

but aunty2 yg rindu psl citer aliff, nnt mama citer psl milestone aliff sthn 6 bln ek...ni pakai pc kt tmpt kursus, so xleh nk upload gmbr n video aliff bmain bsama cousin2nye ketika cuti sminggu aritu..sgt best!!!

daa...tu jer dlu ekkk....

tadaaaaaaaaaaaa...

p/s : cian papa, sakit mata..gara2 jangkit dr mama..da 5 ari mc..moga cpt sembuh yer sygku....muah2...rehat kt umah baik2 naa...syg papa!!!



Jun 11, 2010

Mesej dari aliff...aunty2 silala baca...

Aunty2....

malam nih aliff, mama n papa nk...

ohoooo balik kampung....

balik kampung mama kt kedah..nk jumpa maktok n tokayah..lama xjumper...

jadi aliff nk aunty2 doakan kami sekeluarga selamat balik kg dan kembli ke sini yer...

i.allah bertolak mlm nih dan akan kembali ke negeri selangor ini ari ahad minggu dpn
(seminggu cuti) :p

mama cakap..nnt klu kt kedah internet ok dia akan bersiaran mcm biasa..

klu x macam biasa pun maybe 2/3 ari sekali akan hapdet hehe...

kalu x alamat seminggu/7 ari la blog nih x berhapdet..

tp aunty2 semua kena rajin singgah blog mama tau....

daaaa....~~~
p/s: mesej ini dikarang atau dicakapkan oleh aliff..tp mama tolong alih bahasa..ACI x?? :p

Jun 10, 2010

Oh Ketumbit..

sejak smlm kelopak bwh mata kanan mama rasa sakit2..klu tenyeh mata rasa xselesa..tnya kwn minta dia tgkkan kn..dia ckp nk jd ketumbit kot.. (psttt..jgn plak ckp mama ngendap org ekk..hihi...)

tup2 pg nih..nmpk da bengkak lg..btl la kot ketumbit..

dr jauh...

close up sket...

(abaikan sembab bwh mate tu yer kalians...:p )


info tentang ketumbit..

Pengenalan

Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.

Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.

Penyebab

Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan

Patogenesis

Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.

Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.

Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.

Simptom-simptom

* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah

NYatalah ketumbit ni takda kena mengena dengan mengintai anak dara orang tgh mandi ke hape ke…

(thanx wiki wiki)

info dr sini..tq yeah...

Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.



Jun 9, 2010

Budak tepung gomak

inilah dier budak tepung gomak itu...


tikar pun jd mangsa jgk..abeh dia tuang bedak mama tu kt tikar huhu...haipppppp.....

tu je gmbr yg ada n clear sket hihi...dah...skrg mmg da simpan baik punya bedak2 tu..kang dia nmpk nk buat lg hehehe...anak mama coang nih.....

Jun 8, 2010

Adik aliff..

hihi sure semua pikir mama preggy kan?? xde n3 psl preggy pn tup2 dpt adik aliff ek...heheh...idok la... cuma kdg2 mama slalu tpikirkan nk bg cpt ke lmbt adik kt aliff..

aliff ms berusia satu ari..

bukan aper..skrg nih kt umah bbstr ada adik br..anak bbster..skrg da 3bln++ gitu kot..namanye qayyum..so acapkali dia dpt budak b4 nih dia sebut "aby"...stand 4 baby la tu kan...skrg nih da pandai..sebut..."ayyum.." utk qayyum la tu..hihi..

skrg nih bila smpai je umah bbster tu laju je dia masuk..n car ayyum dia tu la..hihi..da jumpe laju je kiss2..lembut je tgk..pandai anak mama nih..tp kdg2 dia geram tgk ayyum dia tu..dia pecet2 jgk idung dak ayyum tu hihi..jgn mcm tu yer syg...


i.allah klu xde pape aral aliff 2 thn mama bg aliff adik yer syg..bukan xnk cuma mama btl2 nk rancang semua benda..bg stabil dlu sket..yer la kan..org kata rezeki anak allah bagi..mama tau..tp mudah2an semua yg mama n papa plan berjalan lancar..amin...


mama jgk plan utk tunggu 2 thn sbb nk bf aliff puas2 dlm ms 2 thn nih..sbb mama takut mama jd mcm dlu time pregnantkan aliff..mama kuar masuk wad 2 kali syg..sbb hydrate..asyik muntah je..masuk sket kuarnye byk..so klu sblm 2thn mama da pregnant, mama takut xdpt nk fokus pd aliff..sbb tu la syg ok? lps 2 thn i.allah aliff dpt adik a.k.a kawan ok...


syg anak mama muhammad aliff haziq coang nih...




Jun 7, 2010

Budak pakai seluar ketat

inilah wajah budak itu...hihi..tersengeh sbb pakai seluar baru atau lebih dikenali sebagai legging..:p



sebenarnya dah lama mama bhajat utk bli legging ni utk aliff hihi..tp asyik btangguh jer..tgk wktu pakai test kt umah sbb kwn kolej je yg jual so bleh bwk blk test dlu br bli hihi..sgt cumil mama rasa anak mama nih ehehe..dah test sgt suke blari2 dlm umah..so tgk pn da ok kira jadi bli la dr member tu..papa pun suke hihi..so biar je dia pakai..biasa klu beli baju/seluar br mama akan baso dlu..so ni la 1st time dia pakai blm basuh lg hehe...

xsempat nk capture dr blkg..da gmbr ladybird hihi...nnt ada ms capture lg..

daaaaaaa....~~~

p/s: xsabar nk blk kg kedah ujung minggu nih....

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India