Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Feb 18, 2013

Selamat Berpindah Rumah Baru

Alhamdulillah. Segala puji-pujian kepada Allah. Mama telah selamat pindah masuk ke rumah baru. Ada sedikit dugaan semasa nak masuk rumah baru tapi biarlah menjadi rahsia mama sekeluarga sahaja :)

Yang pasti sekarang selesai sudah kusut masai perihal nak pindah. Cuma ada sedikit lagi barang di rumah lama yang maybe akan angkut hujung minggu ini. Last. Sebabnya sewa rumah bulan ini dah tak perlu bayar just pakai duit deposit masa nak start sewa hari itu. Alhamdulillah.

Dah pindah, rasa lengkap semuanya. Walaupun pada dasarnya kelengkapan rumah masih belum lengkap. Sebab ada barang-barang keperluan yang perlu ditukar ganti dengan yang baru. Telah selamat memakai hampir 5 tahun seusia dengan perkahwinan mama dan papa.

Takpe, kita cuba lengkapkan sikit demi sikit kan. Kalau nak beli sekali harung, namanya memang cop duit yer tak? :)

Nanti akan post gambar-gambar. Pakai komputer di office susah untuk tranfer gambar. Hari itu entry pasal rumah dah terbantut sebab kena hack dan sebagainya. Entry-entry dan gambar-gambar perihal rumah, bukan nak menunjuk, tetapi untuk menjadi kenangan untuk mama, papa dan anak-anak suatu hari nanti. Dan juga semoga menjadi panduan kepada mereka yang dalam proses untuk masuk rumah baru dan sebagainya. Sharing is caring kan? Sekiranya ilmu dikongsi, ganjaran itu akan sentiasa diperolehi selagi amalan itu digunakan atau dipanjangkan kepada orang lain kan?

Kita bertemu lagi di lain entry..:)

Nukilan,

Feb 14, 2013

Tutorial : Bina Blog Baru Tapi Masih Kekal Posting dari Blog Lama

Alhamdulillah. Bila dah setel isu hack tu, dah rasa bersemangat kembali untuk mencoret-coret di blog baru. Berkobar-kobar gitu :)

Tutorial : Bina Blog Baru Tapi Kekal Posting dari Blog Lama (Request by Lia)

Kalau rasa sayang dengan entry-entry yang dibuat semasa blog lama, cara ini memang sangat baik. Tetapi kalau takde niat nak bina blog baru pun, still kena backup juga sekali sekala posting yang pernah dibuat sebelum-sebelum ini. In case jadi apa-apa pada blog kita, kita ada backup.

Step 1 : Klik Setting >> Other. Then akan kuar macam gambar di atas.

Step 2 : Then Klik Export Blog. Akan pop up seperti gambar di bawah.
Step 3 : Klik Download Blog. Akan keluar pop up untuk save file.
Save sahaja di mana-mana yang kita hendak. File akan appear dalam format .xml
 
 

Step 4 : Bila da bina blog baru. Pergi ke bahagian ini juga. Klik Setting >> Other.

Step 5 : Klik Import Blog. Akan keluar pop up seperti gambar di bawah ini.

 

Step 6 : Klik Browse >> Pilih file .xml yang telah dibackup tadi. Then klik OK.

Step 7 : Bahagian yang Automatically publish all imported post tu ::
i) Adalah bahagian option di mana if kalau dah import nanti dia akan terus publish all posting yang ada dalam blog lama.
Tapi macam mie, mie UNCHECK kan box tu sebab ada nak pilih juga posting lama yang rasa dah taknak appear dalam blog baru :)


So tarra. Siap dah import posting di blog lama ke blog baru. Semudah ABC kan? Boleh faham tak Lia?? :)

Diharap tutorial ini memudahkan kalian untuk buat new blog ok!! Harap membantu. If ada pertanyaan, kemusykilan, bolehlah contact Cikgu Salmi yer.. :)

Nukilan,

Exchange Link

 
Pertamanya nak cakap, MAMA SALMI SAYANG ANDA SEMUA!! :)

Terima kasih kerana masih lagi sudi untuk blogwalking di blog ini. Di harap kalian sudi meninggalkan link kalian untuk mama add dalam list blog yer. Sebab nanti senang untuk mama blogwalking ke blog kalian pula!!

Thankx semua!! :)

Nukilan,

Feb 13, 2013

Pindah Blog

Assalamualaikum semua..

<<Ini adalah entry melekat lama juga ok!! Sila scroll bawah untuk baca entry terkini>>

Ini adalah kesinambungan daripada blog mamaaliff.blogspot.com
 
Sekiranya memang ada yang mengikuti blog mamaaliff sebelum ini. Blog itu dah didelete atas sebab-sebab kena hack. So memang tak pakai dah yer. Boleh delete terus daripada list mommies2.

If memang yang tahu, tahu kan selalu aje ada posting pasal apa-apa ntah. Disebabkan tak tahan tengok, dah tukar password bagai masih jadi. So mama amik keputusan untuk delete terus blog itu dan pindah ke alamat baru.

So diharap mommies diluar sana sudi untuk meninggalkan link pada entry Exchange Link untuk mama add semula anda semua dalam list mama yer..

Mama Salmi sayang semua!!! :)

Nukilan,

Jan 18, 2013

Kena HACK lagi...

Aduhla. Dah tukar password pun still kena HACK LAGI.. wahai la en.hacker, u dah takde kerja lain untuk dibuat ker? Blog i ni bukanlah glamour mana pun kalau u nak hack..

Sedih tul la.. dah la kisah-kisah dalam blog ni bukanlah mengganggu ketenteraman jiwa dan raga orang lain. Hanya kisah berkisah tentang family..

MODE : SEDIH....


Jan 14, 2013

Header Blog 2013


Yea. Akhirnya selesai juga header blog 2013. Kesian adik adam, gambar dia takde dalam header. Now dah ada. Yea. But url blog still guna pakai url lama memandangkan dah ada ramai follower. Chewah :)

Santek tak header baru? Hehe. Dah lama tidak mengasah skill photoshop, dah berkarat la orang kata. Fuh..


Salam 2013 daripada mama Aliff dan Adam kepada semua pembaca blog Kisah KAMI..harap-harap masih belum terlambat..:)

Blog kena HACK

Sedihnya tengok blog. Dapat tahu blog kena hack dari papa sebab dia rajin buka blog mana untuk tengok kalau-kalau ada update. Mama sendiri yang dah lama tak jenguk blog sendiri. Now dah tukar password. Hopefully orang yang rajin buat kerja tak elok ni bawa-bawa bertaubat.

Agak busy dengan rutin kerja harian. Now alhamdulillah satu tanggungjawab yang besar dah diserahkan kepada orang lain, InsyaAllah boleh kembali berblog seperti dahulu..

Cerita pasal rumah pun belum habis kan :) ramai juga rupanya kenalan mama yang tertunggu story morry bout my house. Cewah konon-konon glamour gitu :)

Ok till meet then..


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India