Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

May 15, 2012

Review : Medela Freestyle (mamaSalmi Version)

Ini adalah review version mama sendiri tentang FS Medela. Lain orang lainlah pendapatnya kan :) 

Entry lama berkenaan "Mimpi Benda" telah menjadi realiti, Alhamdulillah..

p/s: Diingatkan juga, pump murah @ mahal bukanlah penyebab susu ibu itu menjadi banyak atau sikit. Semua itu terpulang kepada daya usaha dan juga disiplin serta ketekunan kita mengepam :)

  1. Pada hari pertama (7/5/12) atau minggu pertama di tempat kerja mama menggunakan FS ini hasil output tidak semeriah semasa menggunakan S3. Hati kecil mama mengatakan mungkin masih belum serasi dengan pump yang baru ini. S3 mama menggunakan hard breastshield manakala FS ni soft breastshield. So maybe suction dia lebih slow @ lembut sebabnya permulaan mama hanya berani menggunakan Level 5.

  2. Setakat dah hampir 2 minggu (hari ke-10) menggunakan FS ini, hasil output dah sama banyak semasa menggunakan S3. Malah lebih cepat masa pengepaman itu. Now mama juz buat dalam 20 minit sahaja :)

  3. Daya tahan baterinya ialah hampir seminggu utk pengepaman 2x @ 3x  @ 4x sehari macam mama ni. 

  4. Paling best FS ini dia ada stimulation phase, so dengan phase ini menggalakankan process let down akan menjadi lebih cepat. Normal time pakai S3, dalam 10 minit baru dapat let down pertama then hampir 25-30 minit baru let down ke-2. 

  5. Tapi dengan FS terus let down time stimulation phase ni, so susu memang cepat penuh. (dalam masa 20 minit sahaja)

  6. Dengan adanya handfree kit, memang lebih memudahkan mama untuk membuat 3 in 1 kerja. Sebagai contoh pernah pump semasa driving balik sebab di ofis tak sempat untuk mengepam untuk sesi petang. Jadi sangat teruja kerana dengan ke MOBILEan FS, mama dapat mengepam di mana sahaja. Tanpa perlu terikat dengan wayar + extension bagai.

  7. Dahulu dengan S3, mama akan pastikan dalam beg pam mama akan ada wayar extension. Sebab takut kawasan yang mama nak pump tu memerlukan sambungan wayar. Pernah pakai S3 mama pump ketika mesyuarat pengurusan tanpa rasa segan silu. :) Tapi dengan FS ini mama just perlu pikul pam yang hanya sekecil tapak tangan itu :) Bila bateri habis, just charge then guna semula di mana sahaja :)

  8. Now, EBM dalam peti ais dah makin bertambah sebab dah mula rajin untuk mengepam semasa di rumah. :) Mama LOIKE :p

  9. Part-part accesories (betul ke eja ni :P) lebih leceh mama rasa pada permulaannya time nak mencuci + time nak pasang semula. Now rasa ok dah :) dah terror katakan..

  10. Akhirnya, mama bagi 5/5 star utk Medela Freestyle. Sangat rekemen untuk mommies-mommies di luar sana yang tengah pregnant atau sedang BF anak-anak. Harganya memang mahal ( for me la), sekarang ni banyak seller yang menawarkan sistem kutu. So tepuk dada tanya selera + iman sekali hehe.
Cukup takat itu dahulu Review untuk kali ini. Jika ada teringat + penambahan lagi, akan ada Part 2 Review pula. Chewah :P

P/s: Walaupun sekarang sudah berFreestyle, mama tetap merindui zaman semasa penggunaan S3. Kerana S3 lah yang banyak berjasa + membantu mama selama hampir 4 tahun, seusia abang aliff. 3 tahun semasa dengan abang aliff dan 7 bulan semasa adam. Alhamdulillah.



Gambar pump bersama accesories + susu pertama try pump

berFreestyle semasa drive balik ke rumah. Time ni tengah stop trafik light sebab tu sempat ambil gambar :)

Wajah-wajah kesayangan hamba..

p/s/s: Buat anak-anak mama Aliff dan Adam, mama akan cuba selama yang boleh untuk memberikan susu yang terbaik buat kalian. Abang Aliff telah selesai selama 2 tahun 7 bulan. Now turn adik Adam pula..Dan mama halalkan setiap titisan air susu mama yang mengalir dalam tubuh kalian. Mama sayangkan anak-anak mama...


May 10, 2012

Ni Baru Dua

Adik adam mudah ketawa hingga mengekek jika diagah oleh abang aliff. Adik adam memang suka mencari di mana saja abang aliff berada.


Sejak adik adam dah pandai bermain-main dengan abang aliff, abang aliff memang suka buat apa sahaja bersama-sama adiknya. Hatta nak mandi pun bersama-sama. Tengok ini gambar yang sempat mama snap :)




Aktiviti mandi bersama :) tut terpaksa di sensorkan :P

Setiap hari dapat melihat anak-anak sihat dan ketawa adalah satu anugerah yang tak terhingga. Alhamdulillah mama dapat merasai semua ini. 


di mana ada adik adam, disitu juga ada abang aliff :)

Buat anak-anak mama, membesar menjadi anak-anak yang soleh yer sayang. Mama sayangkan kalian!


May 9, 2012

Wahai Follower Mama

Sekarang ni rasa sunyi je bila jarang buka blog. Lagi-lagi bila follower mama dah melarikan diri. Bukan salah u all, salah mama sendiri sebab memang dah lama tak update blog. Kerja setiap hari semakin bertambah. Tanggungjawab yang telah sedia ada pun lagi bertambah.


Blog mommies lain pun mama dah jarang blogwalking. Sebab tu memang dah lama tak blogwalking dan bagi komen pada blog mommies-mommies. 


Jangan la merajuk mommies-mommies sekalian. Meh la bertandang kat blog mama semula hehe. Ayat rayu tak tahan tu :) 


InsyaAllah lepas ni akan berupdate selalu. Kesian kat adik adam, kisah dia tak banyak dalam ni. Kisah aliff pun sama. Banyak perkembangan sangat yang nak diceritakan.


OK. Selamat kembali yer :)


May 8, 2012

Alhamdulillah. Akhirnya Ku Milikimu

Akhirnya, mama dapat juga memiliki gadget idaman BF mommies ni. Setelah S3 mama yang sangat-sangat berjasa hampir 4 tahun dengan jayanya. Akhirnya dia mengundurkan diri pada Khamis lepas (3 Mei 2012).

Termakbul juga mimpi mama suatu ketika dulu. Entrynya di sini >> Mimpi Benda

Terima kasih buat papa sebab sudi hadiah ini pada 6 Mei 2012 dengan senyuman yang begitu meleret. Apa maknanya ya? :) Mama beli dengan kawan sekolah mama. Alhamdulillah. Papa yang bayarkan :)

Moga FS ini akan terus berjasa bukan untuk adik adam sahaja, tapi untuk adik adam yang seterusnya. Belum ada lagi. Biarlah adik adam dapat menikmati air susu mama seperti abang aliff sekurang-kurangnya 2 tahun. Abang aliff sampai 2 tahun 7 bulan rekodnya.

 FS yang belum dibuka lagi. 
Berdebar-debar masa buka nya sebab tau harganya yang mahal

Semua gadget FS..+ perahan pertama setelah mencuba FS..alhamdulilah..


Moga Allah akan terus memberikan nikmat susu ini kepada anak-anak mama. Dan mama akan berusaha sehingga akhirnya. Amin.. Mama sayangkan anak-anak mama Aliff dan Adam..


p/s: Buat papa, terima kasih untuk segalanya...i LOVE u...


Apr 22, 2012

Cuba Try Test

Assalamualaikim.

Bersiaran Dari kampung Mak mama di Kedah, menggunakan gadget Baru heje. So heaven dapat pulang ke kampung. Today punya plan nak melayan Mak gi cuci mata untuk kitchen cabinet Rumah Baru Mak nanti.

Mama pun excited juga hehe.

Nanti update lagi hehe.

Apr 19, 2012

Kasih Ibu

Di pagi hening ini teringat mak abah di kampung. Terasa lama betul tak menjengah diaorg di sana. Rindu di hati sangatlah amat! Bila bercerita tentang mak, mulalah mata ini menjadi kabur. Betapa kasihnya seorang ibu kepada anaknya yang bernama Umie ini. Mama lebih dikenali sebagai Cik Umie di kalangan keluarga dan juga kawan-kawan semasa belajar.

Bila menjadi seorang ibu barulah tahu betapa nilainya kasih ibu kepada anaknya. KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA!

Betapa setiap saat ibu itu dambakan kasih dan perhatian seorang yang bergelar anak. Duhai anakku Aliff dan Adam, ketahuilah mama ini akan sentiasa mencuba untuk menjadi mama yang mithali buat kalian. Akan cuba sedaya upaya untuk mendidik kalian ilmu di dunia dan di akhirat. Itulah janji mama kepada kalian berdua.

Sebab itulah Rasulullah bersabda, syurga itu di bawah telapak kakinya. Maknanya, restu ibu itulah paling tinggi. Taatilah ibumu 3x lebih daripada ayahmu. Kerana ibumu yang melahirkanmu dengan menyabung nyawa untukmu. Mak, maafkan anakmu ini andai ada salah dan silap. Terasa begitu kerdil diri ini dibandingkan kasihmu kepada ku sebagai anakmu.

Tak sabar untuk melihat mak abah di kampung. Buat anak-anakku, jadilah mama mu ini sebagai idolamu suatu hari ini. Semoga dikau membesar menjadi anak-anak yang soleh dan sayang pada mamamu.

Apr 10, 2012

Milestone Adam : 6 Bulan

Tengok blog mama ni sudah penuh dengan sawang2 dan debu. Apa tak nya, since Januari mama tak update. Bz tahap gaban yang amat!

Cuma sebab ada perkara penting perkembangan anak-anak yang perlu dicatat mama gagahkan diri juga.

Akhirnya, turn 6 bulan adik adam mula meniarap. Tanda-tanda nak meniarap tu dah ditunjukkan since adam 4 bulan lagi. Cuma tahap kegigihan tu sikit2 aje, puas try dia telentang balik. :) Yang best sekali, adam start meniarap di rumah ummi dia (pengasuh). Jeles jugak hehe. Takpe la adik, asalkan adik membesar dengan sihat alhamdulillah. Umminya cakap "Owh adik nak tunjuk kat ummi dulu yer.. :)"

Wajah keriangan adam bila dapat meniarap :) Debab tak adam? Checkup 6 bulan berat dah 8.2kg :p

Sekarang ini pantang lepa memang meniarap je. Tapi sebab adam da biasa tidur meniarap, so on that day juga dia pandai telentangkan diri balik. So takde masalah sangat, pandai dia telentangkan diri bila dah penat. Maybe la kot. Tu andaian mama je. Hehe.

So adik adam, mama da update ni yer, jangan kata mama tak update :P hehe.

Mama love anak-anak mama. Papa juga :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India