Singgah Sini Kan...

Tinggalkan link anda di sini :) - Klik sini!!

Dec 7, 2011

Kisah Ke Sekolah

Day 1

Bangun lebih awal pagi itu. Abg Aliff begiti bersemangat bila mama mention gi school. Untuk mandi macam biasa akan ambil masa dalam 10 minit baru aliff bersetuju untuk masuk bathroom. So dah setel semua masih ceria lagi bersemangat utk ke school.

Setibanya di school, dalam kereta laju je turun utk masuk school. Mama pun ikut masuk dalam. So dah cakap2 semua dgn cikgunya, mama pun nak balik. Sekali aliff pun nak ikut. Mama cakap tak boleh. SO dah nak start melalak. Nenek yang jaga kat school pun terus dukung sebab dah faham sangat2 kot budak2 kalau baru hantar macam mana. SO sama mama gerak kuar, memang dengar aliff melalak dengan jayanya. MErah padam mukanya sambil air mata bercucuran. Ikutkan air mata mama pun nak ikut serta tapi mama tahankan aje. Dengan harapan papa x perasan. Rupa-rupanya papa memang dah faham mama dia perasan mama pun nak nangis katanya T_T.

Time petang masa ambil bukan main bahagia lagi dok main ultraman kata papanya. TIme tu mama dalam kereta sebab adik adam tengah menyusu. So lepas amik aliff terus ke pantai tengok air laut + dah janji dengannya kalau gi school + tak nangis nak belikan layang2. Walaupun syarat tu tak berapa nak cukup, mama belikan aje sbb berjaya melalui day 1 kan :)

Day 2

Pagi bangun lebih susah. Lebih pandai mengelat. Then dapat pujuk macam biasa so mandi. This time taknak berus gigi pula. Jenuh mama pujuk at last dapat juga. Dalam kereta tertido sama macam day 1. Then sampai school dah taknak turun. Ajak papa turun sekali. SO papa pula yang turun. Sama mcm day 1, kali ini x nak masuk. Then nenek angkat je terus melalak. But this time tak kuat macam day 1. Dah masuk mama n papa terus chow dari situ. Belum sempat jauh dah diam dah :)

Petang mama ambil sampai sana tengok tengah bergumbira je main2 bersama kawan2. Tanya nenek, memang sekejap je aliff nangis. Then terus main2. Alhamdulillah dah berjaya gi school untuk 2 hari.

Day 3

Pagi tadi terus taknak mandi. Dengan alasan nak tengok tv. TIme tu juga adik adam bangun. Sebelum ni tido. So mama mandikan macam biasa kali ini mandi takde nangis langsung. So good bak kata KFC :) time nak gerak gi school buat alasan sekali lagi untuk tgk tv. Puas papa pujuk cakap kat school pun ada tv. Last2 naik juga car.

Sampai school dah taknak turun. Kali ini mama n papa berdua temankan ke pintu school. Nenek kuar untuk ambil. THen nenek dukung je melalak juga. Tapi kali ini siap jerit "Nak salammmmm". Sbb mama terlupa nak salam b4 dia masuk school. So gi salam dalam keadaan masih ada tangisan & sedu, say "bye2" kat papa dan mama. huhu sangat kesian.

Moga2 lepas seminggu keadaan melalak tiap kali nenek dukung dah tak jadi. Maklumlah, 2 bulan lebih aliff duduk umah ngan mama kan. So sure lah taknak gi school.

Inilah wajah budak yang waktu pagi akan menangis kuat time kat school :)

p/s: Buat anak mama aliff, belajar rajin2 yer sayang. Be a good boy and good son ok dear. Moga anak mama aliff sentiasa selamat & sihat di mana sahaja aliff berada. Muah2 mama dan papa sayangkan aliff sangat. Walaupun adik adam ada, kasih sayang + cinta mama dan papa pada aliff tak pernah berkurangan. Tetap sama macam dulu malah semakin bertambah. Sayang aliff!



Dec 5, 2011

Cerita Satu Macam

Disebabkan kekangan masa + tenaga, mama akan update cerita terus dalam satu n3 pasal wajah2 kesayangan hamba ini :)

Adik adam mama dah start train dia utk minum susu thru botol. Alhamdulillah 1st attempt bjaya sbb time dia bangun tido menangis kelaparan, so minta papa yang susukan dengan botol. Atas alasan, baby pandai bau mamanya, so kalau mama yang pangku untuk bagi minum thru botol, takut adik akan tolak.


Abang aliff bergaya bersama dengan beg barunya Angry Birds. Beli beg baru atas alasan untuk antar pegi school :)

Start today 5 Dis 2011, aliff dah mula pergi nursery @ taska. Awal tahun depan akan masuk playschool sekali. Biarlah dia berkawan pula sebab sebelum ni abg aliff duduk umah pengasuh kan. So ikut tahun, tahun depan abg aliff da 4 tahun. Ni yang org kata kalau anak lahir hujung tahun susah sikit hehe. Bukan susah apa, budak2 yang lahir bulan 1@2 dah membesar dengan jayanya. Abg aliff mama rasa masih je kecik nak bagi dia masuk playschool. Ni pun ikutkan 17 Dis ni baru birthday abg aliff yg ke-3 :).

Moga abg aliff seronok belajar di playschool nanti yer sayang. Rajin2 belajar + jaga diri yer sayang.. :)


Ini adalah adik adam yang kekadang time tido bole buat pusingan 45 darjah :) Mama tido kan adik adam meniarap so lebih jerap@nyenyak. Jadi macam ni sebabnya adik adam cuba utk ubah posisi kepalanya. Alhamdulillah leher adik adam cepat keras. Try tiarapkan adik adam masa seminggu usianya, tup2 dia pandai ubah kepalanya sendiri sikit demi sedikit. Memang cepat!


Dan yang terakhir, di mana ada adik adam, di situlah ada abg aliff hehe. :)

Sekian untuk hari ini. Will update agains :) see ya... hehe..

p/s: Kehidupan mama hari-hari dibungakan dengan insan2 yang bernama lelaki buat masa ini hehe. Papa, abg aliff dan adik adam :) Apa pun, mama tetap bahagia, alhamdulillah..


Dec 1, 2011

Dia Sangat Kreatif

Minda kanak2 berkembang mengikut usianya. Kadang2 diluar batasan pemikiran kita orang dewasa pun ada. Seronok melihat anak2 membesar dengan sihat. Alhamdulillah Ya Allah.

Ini adalah contoh kreativiti aliff pada pandangan mama.

Aliff kata : "Mama tengok ni tutup kepala". Maybe dia samakan benda yg dibuatnya ini dengan helmet @ cap. Sangat shomel apabila melihatnya senyum simpul2 bahasa gitu :)





Ini pula mama x sempat nk dengar apa dia cakap. Adakah aliff cuba menghasilkan satu seni yang mama sendiri x faham? yang mama dengar masa dia panggil bagitau hasilnya, "mama tengok ni. aliff buat. cantikkk.." tu je :)

apa pun, sangat2 bersyukur dikurniakan anak2 yang sihat lagi cerdik ini. Alhamdulillah. Moga anak2 mama terus sihat dan menjadi anak2 yang soleh yer sayang.

p/s: minggu depan abang aliff dah nak start pegi school. Moga aliff tak melalak nanti :)




Buli

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

Siapa yang membuli? Siapa yang kena buli?



Mangsa buli yang comel



Pembuli yang sentiasa ensem di mata mama


Itulah yang terjadi sekarang ini.

Kata orang Kedah, pantang lepa saja adiknya kompem kena dengan abang aliff. Huhu. Kejap telinga kena piat. Kejap pipi kena pulas. Kejap kepala kena hanggok. Kejap perut kena tindih. Kejap kaki naik kepala. Kejap kena cubit. Kekadang tu nak tergelak pun ada. Nak marah pun ada. Geram pun ada. Semua ada la kiranya. Macam astro jugak. Macam2 ada :)

So apa yang adik adam buat bila kena buli dengan abangnya? Hanya mampu "oh eh oh eh" sahaja bunyinya. Atau paling tidak kalau dah sampai tak tahan sangat, waaaaaaaaa la jawabnya :)

Kekadang tu aksi ultraman pun dibuatkan kat adik. Tang fire adik yang paling tak tahan. Ade ke patut fire adik. Sebab raksasa takde semua dah mati kot sebab tu adik kena fire hehe. Aliff2. Macam2 kerenah anak2 kan. Tu baru dua :) dah penat kadang2 tu melayan. Moga2 mama sentiasa tabah + SABAR menghadapi ultraman sorang ini dan adiknya yang oh eh oh eh itu :)

Apa pun, mama tetap sayang pembuli itu & mangsa buli jugak.. :) Semoga anak2 mama sentiasa menjadi orang yang soleh & sabar, amin...

Nov 13, 2011

Mengidam!

Sangat-sangat rasa mengidam sekarang ni. Nak tau kenapa?

Baru-baru ni di rumah mama bersama kakak2 dan abg2 berlangsung discussion berkenaan BF dan gadgetnya. Kakak mama, k intan mengatakan yang dia nak beli pump baru. Fuh berdetik dalam hati, best ek. Tapi memula ingatkan sekadar begitu sahaja.

Hari ini ada masa lapang yang banyak sebab adik adam tidur dengan nyenyaknya. Abg aliff pula leka bermain bersama cousin2nya, aqeela dan aleeya. So mama pun surfing pasal FS iaitu Freestyle Medela. Gambar macam kat bawah nih. Fuhhhh...Menggoda You!!!!


Wah sangat teruja bila tengok gadgetnya. Nak2 lagi boleh dikatakan FS ni sangatlah mobility dan sangat mengujakan. Paling geram bila tengok mesin pump tersebut alahai sangatlah comel! Bole dibawa ke sana ke sini dengan mudah dan jayanya!

Erm tapi S3 mama pun masih lagi ok sebenarnya. Cuma kehendak hati sahaja yang terlebih nak dapatkan gadget yang superb nih. Agak2 papa approve tak ek? Mau taknya, bukan murah. Paling koman pun Rm1500+-. Erm kena fikir jugak jangka panjang sebab kalau ada rezeki by mid march akan masuk rumah. SO akan pakai lagi banyak duit.

Kat ofis mama pun ada jugak kengkawan yang beli s3 lepas mama beli, dah bertukar arah ke FS nih. Fuhh. Camana yer? Agak2 nak ikut serta ke tak ek? Hihi..

Tengok keadaan macam mana. So FS now adalah target kalau hal2 lain setel :p So papa, tunaikanlah permintaan isterimu ini.. :)

p/s: papa.....belikan lah... (pujuk rayu nih...hihi...)

Nov 1, 2011

Shopping Online

Maklumlahkan, mama kan dalam pantang lagi. So tak dapat la keluar2 rumah bagai kan :p so solution untuk menghiburkan diri, mama menyopping online (hihi bahasa ape la ni kan?) :p

Harini sudah hari ke-40 mama berpantang. So dah tak lama lagi tamatlah hari berpantang :) Hari-hari dok tengok baju menyusu & barang2 baby. Dah ada parcel yang sampai. Tapi tetap maklumkan kat papa dulu sebelum tu hehe. Kan papa kan :)

Dah lama sebenarnya tak buat keje-keje shopping online ni. Sebabnya waktu2 biasa boleh aje dok berjalan-jalan dengan papa dan kawan2 opismate. Dah ni duduk kat umah je kan, time anak2 tidur time tu la mama sibuk di depan laptop. Masa awal2 dalam pantang belum berani duduk lama2 sangat. Satunya sebab memang tak dapat. Satu lagi nanti mak mama akan bebel hehe. Nasib baik ada mak yang masih lagi sudi nak jaga anak2nya dalam pantang. Alhamdulillah. Moga mama juga kuat untuk menjagamu nanti mak abah.

Oklah, cukup takat tu dulu. Ni mama listkan a few web yang mama dah berjaya menyopping online :)




  1. http://trendy-muslimah.com/ - pemiliknya Sis Odah. Sangat friendly dan mesra dengan soalan2 mama hehe. tq sis. pasni boleh dapat diskaun lebih lg ek :p


  2. http://e-mumshop.com/ - pemiliknya pn.aqilah - beli botol baru kat abang aliff kat web ni


  3. http://www.fabulousmom.com/catalog/index.php - beli barang mama dan baby :)


Itu sahaja untuk hari ini. Esok2 kalau ada shopping lagi, mama update lagi yer link2 baru. :)



Oct 23, 2011

Dah sebulan berpantang

Semasa 23 Sept hari itu rasa macam baru saja melahirkan adik adam. Semalam 22 Okt dah sebulan usia adik adam dan juga sebulan mama berpantang.

Kesihatan mama semakin bertambah baik. Adik adam makin hari semakin cerdik, maklumlah akal sudah bertambah kan. Abang aliff pula seperti biasa kadang2 sangatlah charming dan kadang2 boleh bertukar jadi sangatlah tidak charming hehe :)

Juz nak upload gambar terkini anak2 berdua. Untuk tatapan semua dan juga papa yang jauh di sana hehe. Inilah buah hati mama.


Kisah bersalin belum sempat nak karang. Kalau dulu sudah siap karangan, maklumlah baru anak satu. Now anak dah 2 so masa tu tak sempat. Macam mana la kan, yang anak ramai? Macam mak mama 11 orang anak boleh dijaga dengan baik. Moga daku menjadi mama yang penyabar, penyayang dan mithali, amin...

p/s: Nanti mama update lagi yer..




 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India